bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, May 14, 2010

Video UFO yang menarik

Video ini menunjukkan sebuah objek yang tidak dikenal pasti yang terapung kemudian terjun kedalam laut untuk mengelak serangan jet tentera. Dipercayai dirakamkan di Portugal. Mugkin benar, mungkin tidak tetapi ini adalah antara beberapa misteri dunia yang belum terungkai...

Wednesday, May 5, 2010

Minda yang menukar orang biasa kepada jutawan...

Aku berpeluang untuk makan tengah hari dengan seorang pengurus kanan salah sebuah GLC sebentar tadi. Aku sedang menguruskan 'final claim' untuk kerja-kerja yang aku buat untuk GLC berkenaan so selepas semua urusan selesai aku pun ajak beliau makan tengah hari sebagai ucapan terima kasih aku keatas kerjasama beliau sewaktu aku menjalankan kerja-kerja aku dahulu.

Walaupun beliau tidak bercerita banyak mengenai diri beliau selama persahabatan kami, aku tahu pegawai ini seorang yang bertaraf 'jutawan'. Beliau bukan menjadi jutawan kerana kerja-kerja 'hanky panky' sebaliknya beliau meraih taraf tersebut kerana beliau mempunyai business mind yang sangat tajam dan terlatih.

Beliau seorang yang tidak suka duduk diam jadi jika ada masa terluang beliau akan membuat kajian tentang peluang-peluang perniagaan yang jarang orang lain terfikir. Memandangkan beliau amat meminatai komoditi jadi penglibatan beliau lebih kepada perniagaan komoditi.


Beberapa bulan yang lalu beliau melibatkan diri dengan perniagaan komoditi getah. Beliau menumpukan kepada membeli getah dari pendalaman yang melibatkan orang asli (1. kerana orang asli lebih jujur dan tak menipu kandungan getah, katanya 2. tidak banyak persaingan dengan peraih lain). Beliau kini menguruskan lebih 2 tan getah sehari dengan kadar keuntungan rm1.20 sekilo. Bayangkan dalam masa sebulan beliau sudah boleh memperolehi 72k!. Gaji beliau selama setahun dengan GLC dengan hanya berkerja pada Sabtu dan Ahad!

Selama satu jam kami bertukar-tukar pandangan tentang keusahawanan. Tentang bagaimana pegawai JHEOA yang bertugas selama bertahun-tahun dikawawasan penempatan orang asli tersebut tidak nampak langsung potensi yang perkampungan orang asli ini boleh berikan.

Kesimpulannya adalah ushawan adalah manusia yang mempunyai keupayaan untuk menyambungkan titik titik yang membentuk gambaran besar. Begitulah perbezaan minda manusia. Apabila manusia mendidik mindanya untuk berfikir dengan jalan yang betul, mindanya akan mengubahnya kepada seorang manusia yang berfikir luar kebiasaan.

Well, when you make more on your part time job compared to your full time work..you are special breed indeed!...




Monday, May 3, 2010

45 Lesson of Life..

Written By Regina Brett, 90 years old, of The Plain Dealer, Cleveland, Ohio .

"To celebrate growing older, I once wrote the 45 lessons life taught me. It is the most-requested column I've ever written. My odometer rolled over to 90 in August, so here is the column once more:

1. Life isn't fair, but it's still good.

2. When in doubt, just take the next small step.

3. Life is too short to waste time hating anyone.

4. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends and parents will. Stay in touch.

5. Pay off your credit cards every month.

6. You don't have to win every argument. Agree to disagree.

7. Cry with someone. It's more healing than crying alone.

8. It's OK to get angry with God. He can take it.

9. Save for retirement starting with your first pay check.

10. When it comes to chocolate, resistance is futile.

11. Make peace with your past so it won't screw up the present.

12. It's OK to let your children see you cry.

13. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

14. If a relationship has to be a secret, you shouldn't be in it.

15. Everything can change in the blink of an eye. But don't worry; God never blinks.

16. Take a deep breath. It calms the mind.

17. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.

18. Whatever doesn't kill you really does make you stronger.

19. It's never too late to have a happy childhood. But the second one is up to you and no one else.

20. When it comes to going after what you love in life, don't take no for an answer.

21. Burn the candles, use the nice sheets, wear the fancy lingerie. Don't save it for a special occasion. Today is special.

22. Over prepare, then go with the flow.

23. Be eccentric now. Don't wait for old age to wear purple.

24. The most important sex organ is the brain.

25. No one is in charge of your happiness but you.

26. Frame every so-called disaster with these words: 'In five years, will this matter?'

27. Always choose life.

28. Forgive everyone everything.

29. What other people think of you is none of your business.

30. Time heals almost everything. Give time time.

31. However good or bad a situation is, it will change.

32. Don't take yourself so seriously. No one else does.

33. Believe in miracles.

34. God loves you because of who God is, not because of anything you did or didn't do.

35. Don't audit life. Show up and make the most of it now.

36. Growing old beats the alternative -- dying young.

37. Your children get only one childhood.

38. All that truly matters in the end is that you loved.

39. Get outside every day. Miracles are waiting everywhere.

40. If we all threw our problems in a pile and saw everyone else's, we'd grab ours back.

41. Envy is a waste of time. You already have all you need.

42. The best is yet to come.

43. No matter how you feel, get up, dress up and show up.

44. Yield.

45. Life isn't tied with a bow, but it's still a gift."

Thursday, April 29, 2010

Sayang anak tangan-tangan kan...

Bila orang Melayu dulu-dulu mencipta pepatah ini pastilah ada suatu hikmah yang tersembunyi yang hendak disampaikan. Mengapa orang Melayu dulu-dulu meminta kita 'tangan-tangankan' anak yang kita sayangi? Bukankah seeloknya kita manjakan anak yang kita sayangi? Biarkan sahaja mereka buat apa sahaja yang mereka suka?

Mungkin nasihat itu diberi kerana mereka telah terlebih dahulu 'makan garam'. Mereka telah lebih dahulu tahu bahawa buluh kalau hendak dilentur biar sewaktu pada peringkat rebung, sebab bila dia sudah menjadi buluh muda , ia sukar hendak dilentur, kalau terlebih lentur mungkin buluh itu patah.

Perkataan 'tangan-tangan' bukan bermakna pukul yang memang bertujuan memukul. Ia bermaksud pukul yang ringan-ringan yang bukan bertujuan untuk mendera. Ia membawa maksud pukul yang memberi pengajaran. Memberi mesej tertentu. Bahawa hidup ini ada hukum sebab dan akibat. Bagi anak-anak, yang paling mudah adalah 'ditangan-tangankan' bila mereka membuat kesalahan. Ini mendidik mereka untuk mengenal hukum sebab dan akibat tadi. Bahwa bila mana berlaku satu pelanggaran norma, tatasusila, adat dan pantang larang,peraturan maka akan berlalulah satu kesan yang mungkin mendatangkan musibah. Tugas ibu bapa adalah untuk menerangkan apa aturan-aturan yang perlu patuhi dan apa yang bakal menimpa jika tidak ikuti...

Mungkin bagi setengah kita terlalu awal untuk menerangkan tentang hakikat hidup dan kerenah kehidupan kepada anak-anak kita yang kecil-kecil..tetapi percayalah anak-anak kita zaman ini membesar dengan kelajuan cahaya berbanding kita dahulu..jika tidak masakan anak berusia 14 tahun tahun tahu bagaimana nak merogol rakan sekelas,malah pencabulan kini dilakukan oleh kanak-kanak seawal 8 tahun! dan kita masih berpendapat mereka belum bersedia!!!

Kita merasa cukup berat untuk mendidik anak-anak kita tentang hakikat seksualiti mereka, hingga mereka belajar dari rakan-rakan dan sumber-sumber tidak sahih. Kita pun tahu apa akibat belajar tanpa guru. Kata orang tua-tua jika kita belajar tanpa guru maka yang menjadi guru adalah Syaitan!!

Pelajaran yang paling penting untuk kita ajar anak-anak kita adalah apa yang didalam disiplin pengurusan projek disebut sebagai 'potential problem analisis'. Kita mengajar anak-anak kita mengenal pasti atau sekurang-kurangnya membuat pengecaman kepada masalah yang bakal berlaku dan tindakan-tindkan yang wajar untuk mengurangkan risiko.

Sebagai contoh jika anak kita berjalan pulang dari sekolah sekali pun jarak ke sekolah tak sampai 1 km. Kita ajarkan beberapa petua untuk mengelak masalah. Contohnya ; berjalan berkumpulan, Jika ada orang berhenti dengan kereta untuk bertanya jangan menghampiri kereta tersebut dan berbagai lagi senario yang boleh berlaku dan apakah langkah-langkah untuk mengelakkan dari ia berlaku.

Hal ini membawa kita kepada satu tragedi yang berlaku baru-baru ini. Tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar 'yang berbudi bahasa' yang akhirnya maut ditangan pihak polis. Sekalipun banyak pihak yang menyalahkan pihak polis, ada beberapa fakta yang harus kita ingat. 1. Pelajar tersebut memandu tanpa lesen 2. Pelajar tersebut tidak berhenti apabila polis mengarahkannya berhenti. Jika pelajar terbabit faham apakah kesannya apabila beliau engkar, mungkinkah tragedi sedemikian dapat dielakkan?








Monday, April 19, 2010

Fakta-fakta kecil Tubuh Badan Kita

Medical term for belly button is umbilicus.

Those who smoke a pack of cigarettes a day drink half a cup of tar a year.




Humans are the only animals capable of drawing a straight line.

On average, an individual grows over 450 miles of hair in a lifetime.

When a person smiles, 17 muscles are engaged.

Human DNA contains 80,000 genes.

Men shorter than 4.2 feet and women shorter than 3.9 feet are considered dwarfs.

White blood cells live in the human body for 2 to 4 days, while red blood cells live up to 3 to 4 months.

Every human bends her finger 25 million times in a lifetime.

Human heart is equal in size to a human fist. Average weight of an adult’s heart is approximately 0.5lbs.

Human body contains four minerals: apatite, aragonite, calcite, and christobalite.

Human brain generates more electric impulses in a day than all telephones of the world combined.

The loss of vision caused by exposure to bright light is called snow blindness.

Total weight of bacteria living in the human body is 4.4lbs.

Human brain produces 100,000 chemical reactions per second.

Babies are born without kneecaps, which form only at the age of 2 to 6.

The area of human lungs’ surface is equal to that of a tennis court.

At birth, a baby’s brain contains 14 billion cells, and this number does not increase till death. On the contrary, after the age of 25 it decreases by 100,000 cells per day. Reading a page of text in a minute kills approximately 70 cells. After the age of 40, the brain degradation is accelerated, and after 50, neurons shrink and brain volume reduces.

The human small intestines are 8.5 feet long during life. After death, when the muscles of the bowel walls relax, it may reach over 19 feet.

An average human has approximately 2 million of perspiratory glands. An average adult person loses 540 calories with a liter of sweat. Men perspire 40% more than women.

The right lung holds more air than the left one.

An adult person makes approximately 23,000 breaths a day.

In a lifetime, the female body produces 7 million egg cells.

The human eye is capable of differentiating 10,000,000 hues.

There are approximately 40,000 bacteria in the human mouth.

It is impossible to sneeze with your eyes open.

The human spine contains 33 to 34 spinal bones.

Women blink twice as often as men.

Sunday, April 11, 2010

Pesan Buat Anak ku...


Ada ketika

Kehidupan menjadi beban yang panjang

Kita menjadi letih dan lelah

Goyah Iman dan keyakinan

Resah melayan kerenah duniawi

Dan kita ingin saja lari kalau boleh

Lalu kita melihat dunia dengan wasangka

Anak-anak ku

Ayah merentas belantara kehidupan

Membina denai agar jalan mu lebih mudah dan tidak berliku

Semuga kau peroleh kehidupan yang mudah

Lagi dipermudahkan

Sebagai manusia

Ayah tidak pasti

Apa sudahnya hasil usaha ini

Hanya Dia yang Esa Maha Penentu

Ikhtiar manusia hanyalah sekadar ikhtiar

Sedetik dalam kehidupan mu nanti

Kau akan mengejar kehidupan duniawi

Tika ayah tidak lagi dapat membantu

Ketika ayah menamatkan perjalanan hidup ini

Menghadap yang maha esa untuk bertanggungjawab

Diatas kehidupan sendiri

Kau harus cukup kuat, pintar dan tabah

Kehidupan yang mencengkam bisa sahaja

Meroboh tembok iman yang rapuh

Saat itu penghubung kita

Hanyalah kenangan dan doa

Serta pesan-pesan kita sesama insan

Sunday, March 28, 2010

Berjalan mencari 'pintu ' di bumi Tuhan

Firmannya lagi :

هو الذي جعل لكم الأرض ذلوﻻ، فامشوا فى مناكبها وكلوا من رزقه، وإليه النشور.(الملك : ١٥)


Terjemahan : " Dialah Allah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya. Dan hanya kepadanya jua kamu kembali setelah dibangkitkan.

Begitulah ikhtiar kita sebagai hamba, berjalan ke seluruh pelusuk bumi untuk mencari rezeki yang telah ditentukan olehNya. Dengan penuh kesedaran bahawa semua ikhtiar adalah sekadar ikhtiar dan semua ketentuan berada dengannya.

Kadang-kadang sebagai manusia kita terlupa fakta-fakta ini. Kita menyangka semua rezeki yang kita dapat adalah hasil daripada kerja kita dan tiada kena mengena dengan benda -benda lain. Namun hakikanya sebagai seorang muslim sangkaan itu semua tidak benar.

Jika semuanya adalah ketentuanNya mengapakah kita perlu bekerja keras?. Malah Nabi s.a.w meminta kita berkerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun dan beramal seolah-olah kita akan mati esoknya?

Ini kerana Tuhan tidak mentakdirkan rezeki turun tanpa ada ikhtiar. Tuhan memberi kita pintu-pintu rezeki tetapi terpulanglah kepada kita untuk mrncari ikhtiar bagi membuka pintu-pintu yang sudah disediakannya. Firman Allah , bahawa Allah tidak akan mungubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya dengan tangan mereka sendiri.

Ini memberi makna bahawa untuk mendapatkan rezeki kita perlu menyediakan 'pintu-pintu' yang mana darinya rezeki akan turun kepada kita. Bagi seorang yang bekerja 'pintu'nya adalah majikan masing-masing. Kita juga mungkin memcipta 'pintu-pintu' lain seperti MLM, berniaga kecil-kecilan atau apa sahaja ikhtiar bagi menjadi saluran untuk rezeki turun mendapatkan kita.

Bagi setengah orang ilmu menjadi pintu, bagi setengah yang lain kemahirannya menjadi saluran. Namun semua rezeki tersebut perlu ada satu saluran bagi membolehkan ia turun.


Bolehkan kita menarik rezeki, seperti yang diwar-warkan oleh hukum tarikan itu ( Law of attraction)? Mungkin benar, namun ia tetap memerlukan pintu-pintu yang membolehkan rezeki turun.

Namun sebagai manusia, kita sentiasa diuji, ketika tuhan menurunkan rezeki, kita perlu berhati-hati dalam mencipta pintu-pintu kerana ada pintu yang haram bagi kita dan ada juga yang halal. Ini akan menentukan samada rezeki itu menjadi halal atau haram. Dan ujian kepada kita manusia adalah memilih untuk mencari atau membuka pintu yang halal bagi kita, kerana terlalu banyak pintu dan saluran yang haram bagi kita...

Aku mencanai tulisan ini seketika menanti waktu zohor mendatang kerana selepasnya aku akan bertolak ke Kuala Krai untuk menghadiri mesyuarat tapak apda hari isnin nanti. Ini merupakan mesyuarat terakhir kerana kerja-kerja aku telah semprna dilaksanakan.

Dan ketika menghampiri bulan April ini, syarikat aku masih belum mendapat sebarang kerja baru. Sebagai seorang manusia ini sesuatu yang membimbangkan, namun sebagai seorang hamba Allah, aku sedar semua adalah ketentuanNya. Aku telah berusaha menciptakan pintu-pintunya, Doa aku semuga bahagian aku akan turun..wallahu aklam...


Salam untuk pencar-pencari yang berjalan dimuka bumi...








Monday, March 22, 2010

Mencari 'mood' yang hilang....

Tiba-tiba sahaja rasa 'mood' untuk menulis hilang disebabkan oleh beberapa kerenah kehidupan yang membebani hidupku. Sekalipun aku dari jenis manusia yang 'self motivated' kadang-kadang masalah-masalah kehidupan ini menyebabkan aku umpama kura-kura. Bila terbeban aku akan mendiamkan diri dan kurang berkata-kata. Ini bukan apa, bila otak mula berikir dengan pantas, mulut biasanya akan kurang berkata-kata kerana tumpuan lebih diberikan kepada kepala untuk berfikir. Badan pula akan bertindak balas dengan menjadi semakin panas, seram sejuk seperti hendak demam dan degupan jantung akan menjadi semakin laju. Yang paling sukar henbdak dilakukan adalah untuk tidur kerana otak sukar untuk berhenti berfikir...

Sebenarnya ada banyak formula yang boleh dipegang..aku pernah menghadapi masalah yang lebih berat dari ini tetapi aku mampu menghadapinya dengan menghuraikan benang yang kusut sedikit demi sedikit. Dengan fikiran positif kita boleh mengandaikan bahawa masalah ini juga akan berlalu pergi dan menjadi kenag-kenangan. Namun jauh disudut hati kita tahu bahawa setiap masalah perlu diatasi. Masalah mengambil masa untuk diselesaikan. Kadang-kadang dalam usia yang semakin menghampiri setengah abad ini, kita tertanya-tanya adakah masa menyebelahi kita. Bagaimana jika masa tidak menyebelahi kita, mampukah yang kita tinggalkan berhadapan dengan beban kehidupan ini...

Bila kita fikir kembali DIA memberi ujian kepada manusia berkadar dengan kemampuan mereka untuk mengatasinya. Jadi aku berdoa agar apa yang TUHAN turunkan kepada hidupku, DIA juga memberi aku cukup kekuatan untuk mencari ikhtiar bagi mengatasi semuanya.

Dalam hidup ini kadang-kadang kita perlu juga mengikut kata hati (gut feeling), walaupun logik akal tidak bersetuju dengan naluri kita, namun naluri memberi 'check and balance' dalam kehidupan kerana ia mengimbangi logik akal yang boleh tersasar. Al kisah yang menimpa aku ini berlalu sepuluh tahun lebih awal, ketika aku dan rakan-rakan aku mengambil keputusan untuk menjalin satu perkongsian perniagaan. Sekalipun logik akal aku bersetuju kerana dari pandangan zahir perkongsian ini merupakan satu gabungan yang sinergetik, namun naluri aku berkata-kata yang salah seorang dari rakan ini akan menjerumuskan kami ke dalam lubang yang dalam yang sukar untuk kami keluar. Benar sekali sepuluh tahun kemudian semua kami berada dalam lubang yang sukar untuk keluar kerana sikap tamak dan rakus seorang rakan yang tidak mampu menahan diri melihat aliran tunai -aliran tunai yang mencecah jutaan ringgit. Paling malang sekali adalah dia diberi kepercayaan untuk menguruskan semuanya!

Namun kehidupan tidak membolehkan kita berpatah kembali. Kita harus menghadapai apa-apa akibat dan kesan dari perbuatan kita yang telah berlalu. Apa yang perlu adalah mencari jalan agar kebobrokan ini tidak menjejaskan laluan masa hadapan kita. Semuga TUHAN menjauhkan segala mara bahaya ...


Salam.









Wednesday, March 10, 2010

Waktu yang semakin pergi...

Hari ini anak sulungku melangkah setapak lagi dalam hidupnya...dan tiap-tiap langkah yang diambil dalam hidupnya, membawa maksud dia akan semakin jauh dari diriku..semakin jauh dari hidup ku...bukan aku tidak gembira dengan setiap kemajuan yang diperolehinya, cuma sebagai seorang ayah yang tidak hanya sekadar menjadi pemerhati dalam hidupnya, aku telah mencuba sebaik mungkin untuk menyumbang dalam pembentukan sahsiah dirinya dan aku harap Tuhan memakbulkan doaku agar ia menjadi hamba yang soleh..

Kegembiraan diwajahnya adalah kegembiraan hidup ku..sebahagian hidup yang ku abadikan untuk mendidiknya, memimpinnya melalui liku-liku kehidupan. Sebahagian masa yang kuhabiskan untuk bersamanya..walaupun ia tidak mengkehendakinya. Aku akan berada disebelahnya setakat yang aku mampu.

Aku menghantar beliau setiap pagi selama alam persekolahan yang hampir 11 tahun tanpa jemu. Aku ingin melihat beliau membesar dan berada dekat dengan ku selagi waktu menyebelahi ku...ketika beliau masih mengharap kepada seorang lelaki yang dipanggil ayah. Kerana aku tahu akan tiba waktunya beliau mempunyai cukup persiapan untuk menerokai dunia berseorangan dan ketika itu seorang ayah hanya mampu melihat anaknya melayari kehidupan berseorangan. Ketika beliau memilih teman hidup atau membina hidup, peranan seorang ayah sudah tidah banyak. Mungkin sekadar panggilan telefon yang sangat ringkas..

Hari ini anak ku lulus lesen memandu..tidak lama lagi mungkin beliau akan memandu sendirian kearah tujuannya. Tidak lama lagi ia tidak perlukan ayah untuk menghantarnya ke stesen keretapi, stesen bas atau sebagainya.

Esok anakku akan mengambil keputusan peperiksaan SPMnya ...satu lagi batu tanda hidup akan dilepasi, mahu tak mahu beberapa bulan lagi beliau akan meninggalkan keluarga untuk menjalani hidup sebagai pelajar kolej/universiti. Dan sarang kehidupan kami suami isteri kan kekurangan satu ahli...Semoga perjalanan mu dirahmati anakku...Ayah mendoakan dari tepi gelanggang..

Salam kepada yang menghuni sarang yang kosong...


Wednesday, March 3, 2010

Mendepani Kerenah Kehidupan




Kehidupan bagi kebanyakkan orang sebenarnya sesuatu yang payah. Mungkin darjah kepayahan berbeda-beda dan kebolehan mengatasi kepayahan juga berbeda-beda. Namun hakikatnya kehidupan ini sebenarnya sesuatu yang payah.

Semua manusia menginginkan kehidupan yang bahagia berpanjangan. Hidup diselimuti kegembiraaan dan kesejahteraan tanpa masalah kewangan dengan cukup segala keperluan. Namun itu semua adalah utopia sahaja. Tidak ada kehidupan yang serba sempurna, cukup semua atau kebahagiaan yang berpanjangan tanpa sebarang kesakitan. Tidak ada.

Menusia satu-satunya makhluk didunia ini yang memerlukan terlalu banyak perkara didalam hidupnya. Manusia mempunyai seribu satu macam tuntutan dan seribu satu macam kehendak. Kehendak tidak terbatas kata ahli ekonomi. Kerana tuntutan dan kehendak itulah yang sebenarnya menjadikan kehidupan manusia menjadi payah.

Sekalipun manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang tidak sama kehendak mereka tetap serupa atau hampir serupa. Wang yang banyak dan harta yang menimbun. Untuk mencapai matlamat itu manusia mencipta berbagai-bagai ikhtiar untuk mencapai kehendak-kehendaknya.

Tidak semua yang manusia kehendaki dalam hidupnya mampu dicapai oleh beliau. Konflik kehendak yang tidak terbatas serta keupayaan yang terhad inilah yang menjadikan kehidupan yang payah. Manusia tidak berhenti setakat apa yang mampu dicapai olehnya. Manusia mencipta tekanan dalam hidupnya untuk mencapai apa yang kebanyakkan diluar gapaiannya.

Semua ini menjadikan kita letih. Mujurlah ada agama-agama yang dapat memujuk dan menenangkan jiwa manusia supaya dapat mendepani hakikat kehidupan. Konsep bahawa hidup ini adalah ketentuan ilahi, Rezeki di tentukan oleh Sang Pencipta serta konsep qada dan qadar diajarkan kepada kita untuk membantu manusia mendepani realiti kehidupan yang memenatkan.

Banyak manusia tewas dalam tekanan menjalani kehidupan yang payah ini. Ramai yang sakit jiwanya kerana tidak mampu menerima hakikat kehidupan ini. Kita menjadi pemarah, pembengis dan buas kerana kehendak-kehendak kita tidak dipenuhi. Memandangkan kita tidak dapat menuding jari kepada sesiapa tentang nasib kita melainkan kepada takdir dan ketentuan ilahi, maka ada manusia yang layu jiwanya. Tewas oleh permainan kehidupan.

Kita sering diberitahu bahawa kehidupan dunia ini sementara dan kita akan kembali kepada suatu kehidupan yang kekal di alam yang lain. Kita diberitahu bahawa dunia ini tipu helah belaka dan semua yang kita miliki akan kita tinggalkan apabila jasad kita disemadikan nanti. Namun itu semua ini kelihatan tidak penting kepada kebanyakkan manusia, kerana sekalipun kita hanya menjadi penghuni dunia sekitar 70 tahun sahaja secara purata, kita berasa kita akan hidup selama-lamanya. Maka berlumba-lumbalah manusia mengumpul apa-apa yang dunia boleh tawarkan padanya.

Apapun dalam kita menjalani kehidupan ini sesuatu fakta yang tidak akan berubah adalah kita akan mati! Fakta ini menghasilkan dua jenis manusia...1. manusia yang malas berusaha kerana berpendapat semuanya adalah ketentuan ilahi 2. manusia yang tidak berhenti henti berusaha kerana kata mereka bila mati nanti engkau tidurlah sepuas-puasnya....










Wednesday, February 24, 2010

Dimana ada ikhtiar...


Dimajalah Mingguan wanita edisi 24 feb 2010 bulan ini tersiar satu rencana tentang kakak penulis. Tentang kisah kehidupan beliau yang penuh ranjau akibat ditinggalkan suami dan kisah beliau yang menyara hidup dengan menjadi tukang urut wanita.

Sebenarnya kisah kehidupan kami sewaktu mula-mula menjejak kaki ke ibukota pada tahun 1969 penuh dengan cubaan dan dugaan. Setiap kali berkumpul, jika cerita ini dikenang pasti akan menitis air mata. Lari dari kemiskinan yang menghimpit di Hilir Perak dan merantau ke kampung Pasir di Pucong dan Kampung setinggan di Datuk Keramat, kehidupan kami amat payah dan memeritkan. Namun itu semua telah menjadi kenangan. Penulis sendiri tidak pernah bercerita kepada anak-anak tentang hal ini, pertama kerana mereka tidak akan mengerti bahawa pada suatu ketika dahulu tiada KFC atau McDonald. Kedua kerana tidak mahu mereka dibebani dengan nostalgia penulis.


Kemiskinan dan suratan menyebabkan kakak tidak disekolahkan secara penuh berbanding kami adik-beradik. Begitupun Tuhan tetap memberi ruang untuk hambanya dan menganugerahkan bakat dan kebolehan untuk digunakan dijalan yang betul kepada hamba-hambanya. Pada yang berikhtiar tanpa mengira titik peluh, kepada yang berusaha setiap kali jatuh terduduk, akhirnya cahaya pasti akan datang menerangi kehidupan.

Ketika Tuhan menutup satu pintu, dia akan membukakan pintu-pintu yang lain untuk kita terokai dan semua orang sebenarnya mempunyai cukup peluang untuk memperbaiki serta memajukan diri.

Salam





Tuesday, February 23, 2010

Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan





Masih lagi dengan gambar-gambar Masjid. Kali ini Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan dalam kilauan cahaya malam. Ikhtiar hidup berurusan diluar kawasan baru-baru ini di Kuantan kerana menguruskan kerja-kerja pembaikan bangunan untuk Tabung Haji. Menginap di Hotel Shahzan dan kebetulan mendapat bilik yang menghadap masjid yang indah ini.

Tuesday, February 16, 2010

Masjid Putrajaya Diambang Senja

Gambar-gambar ini di rakamkan oleh anak sulungku sewaktu kami melawat putrajaya. Its a nice picture that i thought I'd like to share iy with u guys



Thursday, February 11, 2010

Kuasa dan Wang boleh Mengubah Manusia....

Suatu waktu dahulu ketika aku masih menjalankan perniagaan dengan rakan kongsi aku, Ketika itu perkongsian kami telah mencecah tahun kelima, beliau ada memberi komen tentang 'partnership' kami. Antara lain beliau menyebut bahawa 'partnership' sebenarnya sesuatu yang sementara dan tidak kekal. Komen beliau secara bersahaja dan mungkin juga tidak lebih dari hanya satu komen.

Tapi komen tersebut mempunyai kesan mendalam kepada aku. Kerana manusia selalu menyebut apa yang dia percaya dan sejak dari waktu itu aku telah mempersiapkan diri aku untuk berhadapan dengan situasi sukar.

Pada tahun ke 5 perkongsian kami perniagaan kami betul-betul meletup dan suatu ketika kami mempunyai 'book order' sehingga 10 juta. Ini memberi satu kejutan kepada kami didalam syarikat tersebut. Sikap, perlakuan, pandangan dan falsafah perniagaan manusia sebenarnya dipengaruhi oleh persepsi masing-masing. Dan manusia sebenarnya boleh mengubah pandangan hidup diatas faktor-faktor sebegini.

Kejayaan yang kecil dirasakan cukup besar dan akan berkekalan dan ada diantara kami tersasar dalam meniti liku-liku perniagaan. Mungkin Allah ingin mengajar kami tentang rahmat tuhan sebenarnya datang dari tuhan dan bukan dari sesiapa.

Cerita-cerita kegagalan mengurus kejayaan ini sebenarnya banyak , terutama dikalangan usahawan Melayu. Namun hakikatnya kejayaan yang kita sangka akan berkekalan sebenarnya akan musnah jika kita tidak pandai menguruskannya dengan baik.

Namun sesuatu yang aku pelajari dari episod hidup aku itu adalah, kejayaan perlu diasaskan diatas dasar yang kukuh dan mapan. Falsafah yang mendasari perniagaan kita hendak betul dan tulus, hanya itu sahaja yang akan menjamin kelestarian kita didalam dunia perniagaan ang berubah dengan cepat dan pantas.

Aku pernah terbaca tentang falsafah seorang usahawan Cina. Katanya If you have to choose between high quality , lower profit and high profit, lower quality, choose the high quality because it will last long after the profit has gone.

Usahawan kadang-kadang menganiaya pelanggannya kerana maukan keuntungan yang maksima, namun beliau tidak akan hidup lama kerananya. Lambat laun kualiti yang tidak dipedulikan akan datang menghantuinya..

Begitulah kesimpulan dengan aku dan rakan kongsi aku, kami akhirnya terpaksa membawa haluan masing-masing kerana falsafah yang berbeza, tetapi episod tersebut amat melukakan. Sekalipun aku sudah mampu bangun kembali, kesan lukanya berparut juga...


Tuesday, February 9, 2010

Bila Peniaga Cina Meminta Perlindungan Kerajaan

Akhbar NST hari ini melaporkan Tan Sri William Cheng, Presiden Associated Chinese Chambers of Commerse and Industry meminta kerajaan menghadkan import dari Cina demi melindungi industri tempatan ( industri kaum Cina).

Agak pelik juga bila kaum Cina yang selama ini mendesak semua perkara hendaklah dilakukan diatas nama meritokrasi tiba-tiba meminta perlindungan kerajaan kerana tidak mampu bersaing dengan pengilang Cina. Mereka yang beria-ia mendesak agar subsidi dan perlindungan kepada Proton dihapuskan kini mahukan layanan yang sama pula untuk mereka.

Begitulah bila terkena batang hidung sendiri tiba -tiba merotokrasi tidak bermakna pula kepada yang menjerit-jerit mahukan meritokrasi. Ikhtiar hidup sebenarnya tidak hairan dengan sikap sebegini. Inilah sikap kiasu yang membolehkan mereka 'survive' selama ini. Mereka sentiasa inginkan kelebihan berpihak kepada mereka. Dimana mereka boleh menang mereka inginkan meritokrasi dilaksanakan. Dimana mereka rasa mereka akan tersungkur, mereka meminta perlindungan.

Selama ini pun sebenarnya mereka telah menikmati banyak subsidi dari kerajaan. Namun hakikatnya ini semua tidak mencukupi bagi mereka. Malah dituduh kerajaan tidak memainkan apa-apa peranan dalam membantu mereka. Dikhabarkan dana dan geran smidec kabanyakkannya disapu oleh mereka, tetapi ini bukan salah sesiapa, peniaga bumi tidak mempunyai imaginasi dalam hal-hal merebut peluang sebegini. Mungkin kerana tidak mahu bersusah payah kerana menganggap semua ini perlu kabel politik. Banyak peluang kita terlepas kerana anggapan salah sebegini.

Dengan kuasa ekonomi ditangan mereka dan sebagai pemabayar cukai terbanyak, mungkin kerajaan akan akur dengan tuntutan mereka? Kita tunggukan Model Ekonomi Baru Najib.




Saturday, February 6, 2010

Hasil Tangan Terbaharu...Pejabat Sendiri





Setelah sepuluh tahun bergelumang dalam perniagaan, hari ini ikhtiar hidup menempa satu tahap dalam perjalanannya. Kini kami telah mempunyai pejabat sendiri. Ubahsuaian dilakukan sendiri dengan rekabentuk di ilhamkan melalui pengalaman kami selama 10 tahun








Semuga perjalanan ini direstui Allah taala dan perjalanan kami yang masih panjang ini akan dilimpahi dengan rahmat dan rezeki yang baik. Amin

Wednesday, February 3, 2010

Paradoks Kehidupan

Setiap pagi kerja aku dan isteri adalah menghantar anak ke sekolah. Buat waktu ini aku ada dua anak yang bersekolah menengah dan satu sekolah rendah. Tugasan pagi-pagi aku adalah menghantar anak remaja aku ke sekolah menengah. Isteri aku menghantar anak bongsu ke sekolah rendah.

Anak Lelaki aku bersekolah di Desa Tun Hussein sekitar 2km dari rumah aku sementara anak perempuan aku bersolah di Aminudin Baki sekitar 8 km dari rumah aku. Secara logiknya aku harus menghantar anak lelaki aku sekolahnya terlebih dahulu memandangkan sekolahnya hanya 2km sahaja dari rumah kemudian masuk ke Jalan Jelatek terus ke Jalan Ampang-Ampang Hilir Desa Pandan untuk ke Aminudin Baki (perjalanan 10km). Lepas tu terus ke pajabat.

Masalah bagi aku adalah jika aku bertolak dari rumah 6.30 dan mengikut aturan ke DTHO baru ke Aminudin Baki. Aku hanya akan sampai ke Aminudin Baki pada 7.20 pagi dan anak perempuan aku akan dicatat namanya kerana masuk lambat ke sekolah.

Sebaliknya pula jika aku keluar 6.30 pagi dan terus hantar anak perempuan aku dahulu ke Aminudin Baki, KEMUDIAN patah balik ke SMK DTHO, aku akan sampai ke SMK DTHO sekitar pukul 7 pagi!

Begitulah anehnya kehidupan...

Sunday, January 31, 2010

Telah Tiba Waktunya


Mungkin, telah tiba waktunya untuk kita berdua membuat perhitungan

Kerana selama ini, kita telah berjalan didalam kesamaran

Perjalanan ini ditemani andaian-andaian yang kita ciptakan

Tentang hujung pencarian yang indah dan membahagiakan

Setelah bermusim kita layari
Berbagai teluk telah kita singgahi
Lautan dan gelora yang kita lewati
Perjalanan kita seolah tiada penghujungnya

Mungkin kita telah tersalah membaca buruj
atau kita tidak erti membaca lautan
atau kita hanya sekadar pelayar yang sesat


Mungkin sudah sampai juga waktu
untuk kita menerima hakikat yang pedih
bahawa kita telah menipu diri
bahawa perjalanan ini bukan untuk mu
pencarian ini tidak memberi makna pada mu

Disini perlu untuk kita menerima berita
tentang pelabuhan yang kita burui itu telah jauh kita lepasi
dan telah tiada waktu buat kita
untuk berpatah balik

Mungkin disini
Kita harus menetapi destinasi baru
untuk diri kita masing-masing

Mungkin aku harus meninggalkan kapal ini
dan kau meneruskan pelayaran mu
dan aku tidak lagi bertanya

kemana arah mu?




Monday, January 25, 2010

40 tips kehidupan positif

I Received this from a good friend of mine. Its beautiful and I thought I'd like to share this with you guys

Health:


1. Drink plenty of water.
2. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
3. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in
plants.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Make time to perform Solat on time
6. Play more games.
7. Read more books than you did in 2009
8. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
9. Sleep for 7 hours.
10. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.


Personality


11. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.
12. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment.
13. Don't over do. Keep your limits.
14. Don't take yourself so seriously. No one else does.
15. Don't waste your precious energy on gossip.
16. Dream more while you are awake.
17. Envy is a waste of time. You already have all you need.
18. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Make peace with your past so it won't spoil the present.
21. No one is in charge of your happiness except you.
22. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23. Smile and laugh more.
24. You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Society


25. Call your family often.
26. Each day give something good to others.
27. Forgive everyone for everything.
28. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
29. Try to make at least three people smile each day.
30. What other people think of you is none of your business.
31. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will. Stay in touch.


Life


32. Do the right thing!
33. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
34. The Almighty heals everything.
35. However good or bad a situation is, it will change.
36. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
37. The best is yet to come.
38. When you awake alive in the morning, thank The Almighty for it.
39. Your Inner most is always happy. So, be happy.


Last but not the least
....

40. Please Forward this to everyone you care about




... and when something isn't going your way, keep thinking positive thoughts - don't get discouraged.

Sunday, January 17, 2010

Belajar memberi dan belajar menerima

Seringkali disyorkan kepada usahawan agar 'memberi'. 'Memberi' dikatakan akan menjadi salah satu pintu rezeki . Mengapa ini dikatakan menjadi 'pintu' tiada jawaban yang khusus. Namun tindakan memberi akan menghasilkan getaran yang positif kepada pemberi dan penerima. Memberi menghasilkan berkat yang tersendiri. Pengalaman lalu juga menunjukkan sipemberi tidak akan kehilangan apa yang diberinya kerana apa yang diberinya akan kembali kepadanya dalam bentuk-bentuk lain.


Memberi dikatakan mempunyai impak positif. Ia membantu membetuk sikap toleransi, tolak ansur, empati malah ia dikatakan mempunyai nilai terapi kerana memberi dapat membantu kita mempunyai jiwa yang tenang. 'Memberi' akan menghasilkan 'kitaran' pemberian -penerimaan yang panjang dan kalau kita bernasib baik kitaran ini tidak akan putus.

Mengapakah kita perlu 'memberi'? Ini juga kita punya jawaban yang konkrit kenapa ia harus dilakukan. Selain dari ia diwajibkan oleh agama pada beberapa bab tertentu, selebihnya perlakuan 'memberi' adalah menjadi perkara sukarela. Tidak ada paksaan.


'Memberi' boleh datang dari berbagai bentuk dan rupa, ia boleh datang dalam bentuk kewangan, harta, tenaga, masa, budi, ilmu, kasih sayang dan yang paling mudah adalah senyuman. Namun dalam situasi perlumbaan yang tidak mengenal batasan masa dan tempat, kita sebenarnya lebih terdidik untuk merebut dan mengumpul sebanyak mungkin sumber-sumber alam. Perebutan perebutan ini tanpa disedari akhirnya menyebabkan kita membina satu sikap yang seolah-olah menjadi pakaian kepada kita semua. Tamak.


Kerana secara semula jadinya manusia mempunyai sikap tamak dan takut, memberi sudah menjadi sesuatu yang tidak mudah dilakukan . Tidak ramai yang ada kebolehan untuk memberi. Sudah tentu 'memberi' memerlukan satu ilmu yang tersendiri. Ini bermakna 'memberi' perlu dipelajari!

Bila ada 'memberi' mesti pula ada 'menerima'. Menerima sebenarnya amat mudah dilaksanakan. Secara amnya ia tidak perlu dipelajari?. Betulkah begitu?. Sebenarnya sebaik-baik sahaja kita menjadi penerima adalah menjadi kewajiban kita untuk menjadi 'pemberi'. Maknanya 'menerima' juga memerlukan ilmu. Ia harus dipelajari.

Pepatah Melayu berkata 'orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Adat Melayu sendiri mengajar kita menjadi pemberi dan penerima yang baik. Sebenarnya lebih sukar bagi kita menjadi penerima kerana orang yang menerima ini terikat dengan suatu ikatan yang tidak boleh di untai dengan mudah.

Pantun melayu menyebut ' hutang emas boleh dibayar, butang budi dibawa mati'. Begitulah halnya dengan kehidupan ini.

Sudahkah anda 'memberi' hari ini?

Salam untuk yang memberi dan yang tahu menerima

Thursday, January 7, 2010

Proses pembelajaran berterusan- aku kursus lagi daa..

Aku akan menyambung kursus pada 11-15 januari 2010. Ketika habis kursus modul 3 dahulu kami dikhabarkan kursus modul 4 akan bermula 15-21 Jan. Tup-tup dipercepatkan pula. So ada kawan-kawan yang dah buat plan berdasarkan maklumat awal terpaksa mengubah rancangan saat akhir sebab maklumat hanya baru disampaikan oleh tempat kursus kami semalam (Rabu). Tapi aku kira ok je sebab awal- awal ni tak banyak perancangan lagi. Mungkin ada 1-2 tender dan sebut harga yang akan tutup pertengahan minggu hadapan, so kena datang opis malam-malam la siapkan.


Kadang-kadang ada kawan-kawan yang bertanya, dah tua-tua nak kursus apa lagi? Ini soalan yang susah nak dijawab. Tapi hakikatnya dunia keusahawanan ada terlalu banyak ilmu yang perlu dituntut dalam proses kita hendak memperbaiki diri. Teknologi berubah dan konsep perniagaan juga berubah, jadi kena sentiasa ada masa untuk melengkapkan diri kita dengan sesuatu yang baru bagi membolehkan kita mengekalkan daya saing.

Tetapi relevankah itu semua jika pendekatan perniagaan di malaysia lebih mementingkan know who dari know how? Relevan, sebab dari pengalaman aku, yang ada know who akan lenyap sebaik sahaja who yang dia know lenyap dari sistem, berbanding dengan know how, know how akan lenyap bila kita lenyap. Bila kita lenyap dari dunia ini, know how dah tak penting, kecuali know God, betul tak?

Ada beberapa perkembangan menarik yang akan mendepani aku dan rakan-rakan dalam syarikat kecil kami. Kami akan pindah ke pejabat baru yang sedikit lebih besar dari pejabat sedia ada. Sekarang kerja-kerja ubah suai sedang di peringkat akhir. Setelah sepuluh tahun bekerja, akhirnya dapat juga memiliki pejabat sendiri!.