Kehidupan bagi kebanyakkan orang sebenarnya sesuatu yang payah. Mungkin darjah kepayahan berbeda-beda dan kebolehan mengatasi kepayahan juga berbeda-beda. Namun hakikatnya kehidupan ini sebenarnya sesuatu yang payah.
Semua manusia menginginkan kehidupan yang bahagia berpanjangan. Hidup diselimuti kegembiraaan dan kesejahteraan tanpa masalah kewangan dengan cukup segala keperluan. Namun itu semua adalah utopia sahaja. Tidak ada kehidupan yang serba sempurna, cukup semua atau kebahagiaan yang berpanjangan tanpa sebarang kesakitan. Tidak ada.
Menusia satu-satunya makhluk didunia ini yang memerlukan terlalu banyak perkara didalam hidupnya. Manusia mempunyai seribu satu macam tuntutan dan seribu satu macam kehendak. Kehendak tidak terbatas kata ahli ekonomi. Kerana tuntutan dan kehendak itulah yang sebenarnya menjadikan kehidupan manusia menjadi payah.
Sekalipun manusia dilahirkan dengan kebolehan dan keupayaan yang tidak sama kehendak mereka tetap serupa atau hampir serupa. Wang yang banyak dan harta yang menimbun. Untuk mencapai matlamat itu manusia mencipta berbagai-bagai ikhtiar untuk mencapai kehendak-kehendaknya.
Tidak semua yang manusia kehendaki dalam hidupnya mampu dicapai oleh beliau. Konflik kehendak yang tidak terbatas serta keupayaan yang terhad inilah yang menjadikan kehidupan yang payah. Manusia tidak berhenti setakat apa yang mampu dicapai olehnya. Manusia mencipta tekanan dalam hidupnya untuk mencapai apa yang kebanyakkan diluar gapaiannya.
Semua ini menjadikan kita letih. Mujurlah ada agama-agama yang dapat memujuk dan menenangkan jiwa manusia supaya dapat mendepani hakikat kehidupan. Konsep bahawa hidup ini adalah ketentuan ilahi, Rezeki di tentukan oleh Sang Pencipta serta konsep qada dan qadar diajarkan kepada kita untuk membantu manusia mendepani realiti kehidupan yang memenatkan.
Banyak manusia tewas dalam tekanan menjalani kehidupan yang payah ini. Ramai yang sakit jiwanya kerana tidak mampu menerima hakikat kehidupan ini. Kita menjadi pemarah, pembengis dan buas kerana kehendak-kehendak kita tidak dipenuhi. Memandangkan kita tidak dapat menuding jari kepada sesiapa tentang nasib kita melainkan kepada takdir dan ketentuan ilahi, maka ada manusia yang layu jiwanya. Tewas oleh permainan kehidupan.
Kita sering diberitahu bahawa kehidupan dunia ini sementara dan kita akan kembali kepada suatu kehidupan yang kekal di alam yang lain. Kita diberitahu bahawa dunia ini tipu helah belaka dan semua yang kita miliki akan kita tinggalkan apabila jasad kita disemadikan nanti. Namun itu semua ini kelihatan tidak penting kepada kebanyakkan manusia, kerana sekalipun kita hanya menjadi penghuni dunia sekitar 70 tahun sahaja secara purata, kita berasa kita akan hidup selama-lamanya. Maka berlumba-lumbalah manusia mengumpul apa-apa yang dunia boleh tawarkan padanya.
Apapun dalam kita menjalani kehidupan ini sesuatu fakta yang tidak akan berubah adalah kita akan mati! Fakta ini menghasilkan dua jenis manusia...1. manusia yang malas berusaha kerana berpendapat semuanya adalah ketentuan ilahi 2. manusia yang tidak berhenti henti berusaha kerana kata mereka bila mati nanti engkau tidurlah sepuas-puasnya....
aku dah kurang menulis. bimbang pun ada. banyak dah blogger kena dakwa. lagipun sekarang ni musim orang gila facebook.
ReplyDeleteapa pun, aku tetap setia menjenguk blog kamu. membaca setiap apa yang kamu perkatakan. banyak pengalaman dan nasihat kamu yang berguna buat aku.
syabas dan terima kasih aku ucapkan.