bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Tuesday, March 31, 2009

Musim menjala dah tiba be...

Bulan March keatas ( biasanya sampai Oktober) merupakan bulan yang agak sibuk sedikit, memandangkan pada waktu ini banyak kontrak-kontrak pembinaan diiklankan. Hari ini sahaja sebenarnya ada 2 tender tutup. Pagi ini kami ada satu lawatan tapak dan satu mesyuarat tapak.
So kena bebagi tugaslah.
Sebenarnya masuk tender kerajaan ini hampir-hampir macam main loteri sahaja keadaannya. Sebabnya kita tak tahu atau kadang-kadang cara sesuatu projek diawardkan tidak seragam dan tidak mengikut ragam tertentu. JKR dengan kaedahnya, Universiti dengan ragamnya, TNB dengan caranya. Semuanya menggunakan pendekatan berbeza membuat kita susah untuk mengagak harga yang patut diletakkan.
Dalam disiplin pemasaran ada istilah 'product positioning'. Macamana kita nak menghargakan produk kita berbanding produk pesaing kita in relation to quality. Jika skim yang tidak setara digunakan maka sangat sukar untuk kita meletak harga kepada tender kita. Sebenarnya bagi tiap-tiap kontrak kosnya lebih kurang sama sahaja. Yang berbeza berapa margin yang hendak kita capai dari sesuatu projek tersebut.
Ada yang mengikut anggaran mereka sendiri, ada yang menggunakan sistem 'cut of' dan ada pula yang menggunakan kaedah harga terendah. Malah ada yang menggunakan sistem 'cut of' tiba -tiba dalam jawatankuasa tender dok pilih sesuka hati dia. So pada yang bernasib baik tu macam menang loteri jugalah.
Ramai yang beranggapan masuk tender kerajaan , perlu mempunyai kabel. Jawapan aku, mungkin betul dan banyak yang tak betul. Setakat pengalaman aku banyak agensi menggunakan sistem harga terendah jadi ada kabel atau tak ada kabel tak penting. Kalau dah rendah, tak payah lah pakai kabel pun...
Ramai juga kawan kawan yang berhabis untuk 'kabel' mereka, tetapi projek sangkut pada yang masuk dengan harga terendah. hehehe nasib lah kau be...
Tetapi melalui pengalaman aku, sesiapa yang masuk tender dengan kabel ni biasanya hayatnya tak lama. Sebab kumpulan ini sebenarnya tiada 'competitive edge', so bila kabel mereka dah tercabut mereka tidak mampu bersaing dan banyak yang tutup kedai. Bagi aku yang dah 10 tahun ni macam-macam yang aku lalui. Tetapi hakikatnya kita kena ada daya saing dan daya juang untuk hidup didalam dunia usahawan ni.
Itu sebab kita perlu berpegang kepada kata-kata 'QUALITY LAST LONG AFTER ALL THE PROFIT HAVE GONE'. If you have to choose between better quality output as compared to profit increment, choose quality delivery because one day, you will be judged by what you delivered to your client. Yang itu akan lekat dengan kita sepanjang hayat. Sum of all is called reputation.
Salam...

Monday, March 30, 2009

Tanda-tanda entrepreneur yang akan pergi jauh.

Selepas 10 tahun bergelumang dalam bidang keusahawanan ini banyak yang dapat aku pelajari. Banyak contoh-contoh kejayaan dan kegagalan ang aku temui.
Dalam banyak-banyak 'trait' atau karakter yang mesti ada kepada usahawan berjaya adalah 'self motivation'. Usahawan baik lelaki atau perempuan yang pergi jauh dalam bidang mereka selalunya tidak perlu di 'tolak' atau di'tarik'. Mereka biasanya mempunyai daya keinginan untuk berjaya yang kuat dan sentiasa ada idea untuk memajukan diri mereka. Bagi mereka bukan membuat keuntungan yang menjadi motivasi sangat tetapi memenangi bisnis atau sales yang membuat mereka teruja. Imbuhan kewangan tersebut datang kemudian.
Satu lagi pengalaman aku adalah semua yang telah berjaya pasti menemui kegagalan dalam perjalanan mereka. Kegagalan-demi kegagalan yang amat melemaskan. Pada orang biasa ini sudah cukup untuk mereka berpatah balik makan gaji, namun bagi manusia istimewa ini, kegagalan membuat mereka menjadi lebih tabah dan lasak.
Salam...

Saturday, March 28, 2009

If Things can go wrong it will go wrong




Salah satu disiplin dalam pengurusan yang pertama aku belajar dulu adalah hukum Murphy yang mengatakan 'If Things can go wrong it will go wrong'. Kalau ada perkara-perkara dalam kehidupan atau pun dalam projek yang kita uruskan boleh memberi masalah. Masalah itu haruslah diselesaikan segera.Jika tidak masalah itu akan tetap menjengah kita dan waktu ia datang menjengah kita, dalam saat-saat yang kita memang tak mau ada sebarang masalah.


Hari ini, aku mendapat pengajaran yang mengingatkan aku supaya tidak melupakan hukum en Murphy tadi. Alkisahnya kereta honda isteri aku telah mula menunjuk ragam sejak awal tahun ini. Aku memang tahu kotak gear ini ada masalah. Tetapi aku hanya gi servis, tukar ATF dan bersihkan solenoidnya sahaja dengan harapan masalah tersebut tu akan selesai, sedangkan aku memang tahu ada masalah pada kotak gear.


Hakikatnya aku buat begitu sebab kalau nak tukar kotak gear atau overhaul kotak gear kos nya memang rabak poket. Sedangkan Honda aku baru 6 tahun. Takkan lah Honda cam tu...


So today, aku dah plan nak bawa orang tua aku ke UUM untuk menghadiri konvokesyen cucu kesayangannya ( anak kakak aku), Ibu ku pun dah teruja sangat-sangat. But as luck would have it, the damn gearbox tank, as i cross Selangaor Border at Tanjung Malim. So aku kena merangkak balik ke KL dan hantar workshop. My poor mum cried silently at the back oh the car.What can I do, I just cannot continue to drive to Sintok with broken gear box.It would take me 7 hours to get there with 40km/h speed and the risk is too great. I have to disappoint her in the end.


So the lesson today is listen to Mr Murphy.


Salam...

Thursday, March 26, 2009

Ambil Tahu!

Hari ni mood aku betul-betul keluar tingkap. Aku bengang betul kalau manusia , bila diberi tugas, dia nampak masalah sahaja. Kerana dia hanya nampak masalah dia akan hanya memberi beribu-ribu alasan untuk tidak menjalankan tugasnya. Dahlah begitu tak nak bertanya dan tak nak mengkaji.
Apa-apa hal pun, tugasan kita tetap perlu dilaksanakan pada tarikh yang telah ditentukan. pelanggan tidak mahu tahu sama ada kita tahu atau tidak, kita tetap perlu menyelesaikan masalah tersebut. Berdiam diri tak akan menyelesaikan masalah. Kalau kita hendak bertengkar tentang hal-hal filasauf baik lah kita jadi ahli akademik. Mungkin teman aku ni telah tersalah bidang!!
Sebagai usahawan, kita patut tahu atau setidak-tidaknya ambil tahu semua hal yang bersangkutan dalam bidang perniagaan, tak kisahlah kalau hal sekecil mana sekalipun. Kerana sikap suka ambil tahu itulah yang akan membezakan kita dengan orang yang tidak terlibat dalam keusahawanan.
Mungkin kerana itulah sebabnyanya aku menamakan blog aku sebagai ikhtiar hidup. Jika kita tak tahu sesuatu perkara. Ramai kawan-kawan aku heran bagaimana aku boleh terlibat dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan sedangkan aku dididik dalam bidang pertanian. Jawapan aku mudah aje. AKU AMBIL TAHU!!!

Wednesday, March 25, 2009

Duit-Duit-Dimana kau Duit?

Sewaktu M. Nasir menyanyikan lagu itu, aku rasa beliau tak ada masalah duit. Beliau artis berjaya, masalah beliau ialah bagaimana hendak menguruskan duit!
Masalah duit , adalah masalah usahawan kecil macam aku. Sentiasa kekurangan modal untuk menampung kos projek sementara bayaran bagi urus niaga terdahulu diperolehi. Kadang-kadang aku pening kepala, sebab bila orang bertanya 'ada duit ke tidak?' aku tak tahu macamana nak jawab. Nak kata tak ada, duit ada...nak kata ada...baki bank cukup2 makan je..sebab pelanggan masih belum menjelaskan bayaran..kadang 3-4 bulan baru dapat. Itulah dilemma biasa masa kini.
Ketika aku bekerja dahulu aku tak kisah pasal aliran tunai firma tempat aku bekerja. Paling penting aku capai sasaran pelan perniagaan aku dan dapat imbuhan pada bulan berikut atau bonus hujung tahun. Yang lain aku tak ambil kesah. Bila GM aku berkerut dahi pasal collection aku wat tak tahu je. Sekarang aku dah rasa sendiri.
Satu lagi aku pening bila pergi 'tender interview', kadang-kadang yang jadi interviewer jenis mangkuk berayun. 'Baki wang dalam akaun ni sikit je..macam mana nak buat projek ni??- selalu betul aku dapat komen cam tu. Sudah tentulah baki sedikit sebab ia diniagakan, kalau baki banyak maknanya syarikat tiada projek lah!!. tengok lah pada transaksinya dahulu bang oi!.
Got money?
Salam...

Tuesday, March 24, 2009

Salam pembuka Tirai

Aku ingin bercerita tentang kehidupan dari ruang lingkup terhad seorang hamba yang serba kekurangan. Pengembaraan ku membina kehidupan dengan liku-likunya. Kadang-kadang kehidupan melukakan aku dan ada masanya aku melukakan teman seperjalanan ku, keluarga dan teman-teman lain.

Semuga kita dapat berkongsi cerita sambil mencari -cari jalan pulang...

Salam