Kegembiraan diwajahnya adalah kegembiraan hidup ku..sebahagian hidup yang ku abadikan untuk mendidiknya, memimpinnya melalui liku-liku kehidupan. Sebahagian masa yang kuhabiskan untuk bersamanya..walaupun ia tidak mengkehendakinya. Aku akan berada disebelahnya setakat yang aku mampu.
Aku menghantar beliau setiap pagi selama alam persekolahan yang hampir 11 tahun tanpa jemu. Aku ingin melihat beliau membesar dan berada dekat dengan ku selagi waktu menyebelahi ku...ketika beliau masih mengharap kepada seorang lelaki yang dipanggil ayah. Kerana aku tahu akan tiba waktunya beliau mempunyai cukup persiapan untuk menerokai dunia berseorangan dan ketika itu seorang ayah hanya mampu melihat anaknya melayari kehidupan berseorangan. Ketika beliau memilih teman hidup atau membina hidup, peranan seorang ayah sudah tidah banyak. Mungkin sekadar panggilan telefon yang sangat ringkas..
Hari ini anak ku lulus lesen memandu..tidak lama lagi mungkin beliau akan memandu sendirian kearah tujuannya. Tidak lama lagi ia tidak perlukan ayah untuk menghantarnya ke stesen keretapi, stesen bas atau sebagainya.
Esok anakku akan mengambil keputusan peperiksaan SPMnya ...satu lagi batu tanda hidup akan dilepasi, mahu tak mahu beberapa bulan lagi beliau akan meninggalkan keluarga untuk menjalani hidup sebagai pelajar kolej/universiti. Dan sarang kehidupan kami suami isteri kan kekurangan satu ahli...Semoga perjalanan mu dirahmati anakku...Ayah mendoakan dari tepi gelanggang..
Salam kepada yang menghuni sarang yang kosong...
No comments:
Post a Comment