bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Wednesday, May 5, 2010

Minda yang menukar orang biasa kepada jutawan...

Aku berpeluang untuk makan tengah hari dengan seorang pengurus kanan salah sebuah GLC sebentar tadi. Aku sedang menguruskan 'final claim' untuk kerja-kerja yang aku buat untuk GLC berkenaan so selepas semua urusan selesai aku pun ajak beliau makan tengah hari sebagai ucapan terima kasih aku keatas kerjasama beliau sewaktu aku menjalankan kerja-kerja aku dahulu.

Walaupun beliau tidak bercerita banyak mengenai diri beliau selama persahabatan kami, aku tahu pegawai ini seorang yang bertaraf 'jutawan'. Beliau bukan menjadi jutawan kerana kerja-kerja 'hanky panky' sebaliknya beliau meraih taraf tersebut kerana beliau mempunyai business mind yang sangat tajam dan terlatih.

Beliau seorang yang tidak suka duduk diam jadi jika ada masa terluang beliau akan membuat kajian tentang peluang-peluang perniagaan yang jarang orang lain terfikir. Memandangkan beliau amat meminatai komoditi jadi penglibatan beliau lebih kepada perniagaan komoditi.


Beberapa bulan yang lalu beliau melibatkan diri dengan perniagaan komoditi getah. Beliau menumpukan kepada membeli getah dari pendalaman yang melibatkan orang asli (1. kerana orang asli lebih jujur dan tak menipu kandungan getah, katanya 2. tidak banyak persaingan dengan peraih lain). Beliau kini menguruskan lebih 2 tan getah sehari dengan kadar keuntungan rm1.20 sekilo. Bayangkan dalam masa sebulan beliau sudah boleh memperolehi 72k!. Gaji beliau selama setahun dengan GLC dengan hanya berkerja pada Sabtu dan Ahad!

Selama satu jam kami bertukar-tukar pandangan tentang keusahawanan. Tentang bagaimana pegawai JHEOA yang bertugas selama bertahun-tahun dikawawasan penempatan orang asli tersebut tidak nampak langsung potensi yang perkampungan orang asli ini boleh berikan.

Kesimpulannya adalah ushawan adalah manusia yang mempunyai keupayaan untuk menyambungkan titik titik yang membentuk gambaran besar. Begitulah perbezaan minda manusia. Apabila manusia mendidik mindanya untuk berfikir dengan jalan yang betul, mindanya akan mengubahnya kepada seorang manusia yang berfikir luar kebiasaan.

Well, when you make more on your part time job compared to your full time work..you are special breed indeed!...




1 comment:

  1. Peluang terdampar pada yang terbuka hati dalam menerima sesuatu peluang.......

    ReplyDelete