Tiba-tiba sahaja rasa 'mood' untuk menulis hilang disebabkan oleh beberapa kerenah kehidupan yang membebani hidupku. Sekalipun aku dari jenis manusia yang 'self motivated' kadang-kadang masalah-masalah kehidupan ini menyebabkan aku umpama kura-kura. Bila terbeban aku akan mendiamkan diri dan kurang berkata-kata. Ini bukan apa, bila otak mula berikir dengan pantas, mulut biasanya akan kurang berkata-kata kerana tumpuan lebih diberikan kepada kepala untuk berfikir. Badan pula akan bertindak balas dengan menjadi semakin panas, seram sejuk seperti hendak demam dan degupan jantung akan menjadi semakin laju. Yang paling sukar henbdak dilakukan adalah untuk tidur kerana otak sukar untuk berhenti berfikir...
Sebenarnya ada banyak formula yang boleh dipegang..aku pernah menghadapi masalah yang lebih berat dari ini tetapi aku mampu menghadapinya dengan menghuraikan benang yang kusut sedikit demi sedikit. Dengan fikiran positif kita boleh mengandaikan bahawa masalah ini juga akan berlalu pergi dan menjadi kenag-kenangan. Namun jauh disudut hati kita tahu bahawa setiap masalah perlu diatasi. Masalah mengambil masa untuk diselesaikan. Kadang-kadang dalam usia yang semakin menghampiri setengah abad ini, kita tertanya-tanya adakah masa menyebelahi kita. Bagaimana jika masa tidak menyebelahi kita, mampukah yang kita tinggalkan berhadapan dengan beban kehidupan ini...
Bila kita fikir kembali DIA memberi ujian kepada manusia berkadar dengan kemampuan mereka untuk mengatasinya. Jadi aku berdoa agar apa yang TUHAN turunkan kepada hidupku, DIA juga memberi aku cukup kekuatan untuk mencari ikhtiar bagi mengatasi semuanya.
Dalam hidup ini kadang-kadang kita perlu juga mengikut kata hati (gut feeling), walaupun logik akal tidak bersetuju dengan naluri kita, namun naluri memberi 'check and balance' dalam kehidupan kerana ia mengimbangi logik akal yang boleh tersasar. Al kisah yang menimpa aku ini berlalu sepuluh tahun lebih awal, ketika aku dan rakan-rakan aku mengambil keputusan untuk menjalin satu perkongsian perniagaan. Sekalipun logik akal aku bersetuju kerana dari pandangan zahir perkongsian ini merupakan satu gabungan yang sinergetik, namun naluri aku berkata-kata yang salah seorang dari rakan ini akan menjerumuskan kami ke dalam lubang yang dalam yang sukar untuk kami keluar. Benar sekali sepuluh tahun kemudian semua kami berada dalam lubang yang sukar untuk keluar kerana sikap tamak dan rakus seorang rakan yang tidak mampu menahan diri melihat aliran tunai -aliran tunai yang mencecah jutaan ringgit. Paling malang sekali adalah dia diberi kepercayaan untuk menguruskan semuanya!
Namun kehidupan tidak membolehkan kita berpatah kembali. Kita harus menghadapai apa-apa akibat dan kesan dari perbuatan kita yang telah berlalu. Apa yang perlu adalah mencari jalan agar kebobrokan ini tidak menjejaskan laluan masa hadapan kita. Semuga TUHAN menjauhkan segala mara bahaya ...
Salam.
5 Petua Utk Tahan Lasak:
ReplyDelete1. Sabar
2. Sabar
3. Sabar
4. Sabar
5. Sabar