Mungkin, telah tiba waktunya untuk kita berdua membuat perhitungan
Kerana selama ini, kita telah berjalan didalam kesamaran
Perjalanan ini ditemani andaian-andaian yang kita ciptakan
Tentang hujung pencarian yang indah dan membahagiakan
Setelah bermusim kita layari
Berbagai teluk telah kita singgahi
Lautan dan gelora yang kita lewati
Perjalanan kita seolah tiada penghujungnya
Mungkin kita telah tersalah membaca buruj
atau kita tidak erti membaca lautan
atau kita hanya sekadar pelayar yang sesat
Mungkin sudah sampai juga waktu
untuk kita menerima hakikat yang pedih
bahawa kita telah menipu diri
bahawa perjalanan ini bukan untuk mu
pencarian ini tidak memberi makna pada mu
Disini perlu untuk kita menerima berita
tentang pelabuhan yang kita burui itu telah jauh kita lepasi
dan telah tiada waktu buat kita
untuk berpatah balik
Mungkin disini
Kita harus menetapi destinasi baru
untuk diri kita masing-masing
Mungkin aku harus meninggalkan kapal ini
dan kau meneruskan pelayaran mu
dan aku tidak lagi bertanya
kemana arah mu?
No comments:
Post a Comment