bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Wednesday, February 24, 2010

Dimana ada ikhtiar...


Dimajalah Mingguan wanita edisi 24 feb 2010 bulan ini tersiar satu rencana tentang kakak penulis. Tentang kisah kehidupan beliau yang penuh ranjau akibat ditinggalkan suami dan kisah beliau yang menyara hidup dengan menjadi tukang urut wanita.

Sebenarnya kisah kehidupan kami sewaktu mula-mula menjejak kaki ke ibukota pada tahun 1969 penuh dengan cubaan dan dugaan. Setiap kali berkumpul, jika cerita ini dikenang pasti akan menitis air mata. Lari dari kemiskinan yang menghimpit di Hilir Perak dan merantau ke kampung Pasir di Pucong dan Kampung setinggan di Datuk Keramat, kehidupan kami amat payah dan memeritkan. Namun itu semua telah menjadi kenangan. Penulis sendiri tidak pernah bercerita kepada anak-anak tentang hal ini, pertama kerana mereka tidak akan mengerti bahawa pada suatu ketika dahulu tiada KFC atau McDonald. Kedua kerana tidak mahu mereka dibebani dengan nostalgia penulis.


Kemiskinan dan suratan menyebabkan kakak tidak disekolahkan secara penuh berbanding kami adik-beradik. Begitupun Tuhan tetap memberi ruang untuk hambanya dan menganugerahkan bakat dan kebolehan untuk digunakan dijalan yang betul kepada hamba-hambanya. Pada yang berikhtiar tanpa mengira titik peluh, kepada yang berusaha setiap kali jatuh terduduk, akhirnya cahaya pasti akan datang menerangi kehidupan.

Ketika Tuhan menutup satu pintu, dia akan membukakan pintu-pintu yang lain untuk kita terokai dan semua orang sebenarnya mempunyai cukup peluang untuk memperbaiki serta memajukan diri.

Salam





1 comment: