Tapi komen tersebut mempunyai kesan mendalam kepada aku. Kerana manusia selalu menyebut apa yang dia percaya dan sejak dari waktu itu aku telah mempersiapkan diri aku untuk berhadapan dengan situasi sukar.
Pada tahun ke 5 perkongsian kami perniagaan kami betul-betul meletup dan suatu ketika kami mempunyai 'book order' sehingga 10 juta. Ini memberi satu kejutan kepada kami didalam syarikat tersebut. Sikap, perlakuan, pandangan dan falsafah perniagaan manusia sebenarnya dipengaruhi oleh persepsi masing-masing. Dan manusia sebenarnya boleh mengubah pandangan hidup diatas faktor-faktor sebegini.
Kejayaan yang kecil dirasakan cukup besar dan akan berkekalan dan ada diantara kami tersasar dalam meniti liku-liku perniagaan. Mungkin Allah ingin mengajar kami tentang rahmat tuhan sebenarnya datang dari tuhan dan bukan dari sesiapa.
Cerita-cerita kegagalan mengurus kejayaan ini sebenarnya banyak , terutama dikalangan usahawan Melayu. Namun hakikatnya kejayaan yang kita sangka akan berkekalan sebenarnya akan musnah jika kita tidak pandai menguruskannya dengan baik.
Namun sesuatu yang aku pelajari dari episod hidup aku itu adalah, kejayaan perlu diasaskan diatas dasar yang kukuh dan mapan. Falsafah yang mendasari perniagaan kita hendak betul dan tulus, hanya itu sahaja yang akan menjamin kelestarian kita didalam dunia perniagaan ang berubah dengan cepat dan pantas.
Aku pernah terbaca tentang falsafah seorang usahawan Cina. Katanya If you have to choose between high quality , lower profit and high profit, lower quality, choose the high quality because it will last long after the profit has gone.
Usahawan kadang-kadang menganiaya pelanggannya kerana maukan keuntungan yang maksima, namun beliau tidak akan hidup lama kerananya. Lambat laun kualiti yang tidak dipedulikan akan datang menghantuinya..
Begitulah kesimpulan dengan aku dan rakan kongsi aku, kami akhirnya terpaksa membawa haluan masing-masing kerana falsafah yang berbeza, tetapi episod tersebut amat melukakan. Sekalipun aku sudah mampu bangun kembali, kesan lukanya berparut juga...
No comments:
Post a Comment