Bila orang Melayu dulu-dulu mencipta pepatah ini pastilah ada suatu hikmah yang tersembunyi yang hendak disampaikan. Mengapa orang Melayu dulu-dulu meminta kita 'tangan-tangankan' anak yang kita sayangi? Bukankah seeloknya kita manjakan anak yang kita sayangi? Biarkan sahaja mereka buat apa sahaja yang mereka suka?
Mungkin nasihat itu diberi kerana mereka telah terlebih dahulu 'makan garam'. Mereka telah lebih dahulu tahu bahawa buluh kalau hendak dilentur biar sewaktu pada peringkat rebung, sebab bila dia sudah menjadi buluh muda , ia sukar hendak dilentur, kalau terlebih lentur mungkin buluh itu patah.
Perkataan 'tangan-tangan' bukan bermakna pukul yang memang bertujuan memukul. Ia bermaksud pukul yang ringan-ringan yang bukan bertujuan untuk mendera. Ia membawa maksud pukul yang memberi pengajaran. Memberi mesej tertentu. Bahawa hidup ini ada hukum sebab dan akibat. Bagi anak-anak, yang paling mudah adalah 'ditangan-tangankan' bila mereka membuat kesalahan. Ini mendidik mereka untuk mengenal hukum sebab dan akibat tadi. Bahwa bila mana berlaku satu pelanggaran norma, tatasusila, adat dan pantang larang,peraturan maka akan berlalulah satu kesan yang mungkin mendatangkan musibah. Tugas ibu bapa adalah untuk menerangkan apa aturan-aturan yang perlu patuhi dan apa yang bakal menimpa jika tidak ikuti...
Mungkin bagi setengah kita terlalu awal untuk menerangkan tentang hakikat hidup dan kerenah kehidupan kepada anak-anak kita yang kecil-kecil..tetapi percayalah anak-anak kita zaman ini membesar dengan kelajuan cahaya berbanding kita dahulu..jika tidak masakan anak berusia 14 tahun tahun tahu bagaimana nak merogol rakan sekelas,malah pencabulan kini dilakukan oleh kanak-kanak seawal 8 tahun! dan kita masih berpendapat mereka belum bersedia!!!
Kita merasa cukup berat untuk mendidik anak-anak kita tentang hakikat seksualiti mereka, hingga mereka belajar dari rakan-rakan dan sumber-sumber tidak sahih. Kita pun tahu apa akibat belajar tanpa guru. Kata orang tua-tua jika kita belajar tanpa guru maka yang menjadi guru adalah Syaitan!!
Pelajaran yang paling penting untuk kita ajar anak-anak kita adalah apa yang didalam disiplin pengurusan projek disebut sebagai 'potential problem analisis'. Kita mengajar anak-anak kita mengenal pasti atau sekurang-kurangnya membuat pengecaman kepada masalah yang bakal berlaku dan tindakan-tindkan yang wajar untuk mengurangkan risiko.
Sebagai contoh jika anak kita berjalan pulang dari sekolah sekali pun jarak ke sekolah tak sampai 1 km. Kita ajarkan beberapa petua untuk mengelak masalah. Contohnya ; berjalan berkumpulan, Jika ada orang berhenti dengan kereta untuk bertanya jangan menghampiri kereta tersebut dan berbagai lagi senario yang boleh berlaku dan apakah langkah-langkah untuk mengelakkan dari ia berlaku.
Hal ini membawa kita kepada satu tragedi yang berlaku baru-baru ini. Tragedi yang meragut nyawa seorang pelajar 'yang berbudi bahasa' yang akhirnya maut ditangan pihak polis. Sekalipun banyak pihak yang menyalahkan pihak polis, ada beberapa fakta yang harus kita ingat. 1. Pelajar tersebut memandu tanpa lesen 2. Pelajar tersebut tidak berhenti apabila polis mengarahkannya berhenti. Jika pelajar terbabit faham apakah kesannya apabila beliau engkar, mungkinkah tragedi sedemikian dapat dielakkan?
Zaman ini banyak penjenayahan. kes rogol, liwat, culik, rompak, bunuh dan pelbagai lagi berlaku. banyak kes yang masih gagal diselesaikan dan ramai penjenayah masih bebas.
ReplyDeletesebagai penjaga, kita akan mengajar anak kita untuk tidak cepat bersangka baik. Kita mengajar mereka untuk tidak mudah mempercayai apatah lagi pada orang yang tak dikenali. itu semua kerana penjenayah sekarang pintar menyamar.
Dalam kes ini, anak itu tak ada lesen memandu dan lari apabila dikejar. anak itu mungkin tak pasti samada polis yang mengejar itu benar-benar polis. banyak sudah kes penyamaran seumpama itu. Sebab dia gagal ikut arahan berhenti lalu dibunuh mati.
Polis dibenar menembak apabila keselamatan diri terancam atau keselamatan orang awam terancam. Apakah anak itu memberi ancaman? jika benar, peluru patut menembusi bahagian hadapan badan dan bukan bahagian belakang kepala.