bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Thursday, January 7, 2010

Proses pembelajaran berterusan- aku kursus lagi daa..

Aku akan menyambung kursus pada 11-15 januari 2010. Ketika habis kursus modul 3 dahulu kami dikhabarkan kursus modul 4 akan bermula 15-21 Jan. Tup-tup dipercepatkan pula. So ada kawan-kawan yang dah buat plan berdasarkan maklumat awal terpaksa mengubah rancangan saat akhir sebab maklumat hanya baru disampaikan oleh tempat kursus kami semalam (Rabu). Tapi aku kira ok je sebab awal- awal ni tak banyak perancangan lagi. Mungkin ada 1-2 tender dan sebut harga yang akan tutup pertengahan minggu hadapan, so kena datang opis malam-malam la siapkan.


Kadang-kadang ada kawan-kawan yang bertanya, dah tua-tua nak kursus apa lagi? Ini soalan yang susah nak dijawab. Tapi hakikatnya dunia keusahawanan ada terlalu banyak ilmu yang perlu dituntut dalam proses kita hendak memperbaiki diri. Teknologi berubah dan konsep perniagaan juga berubah, jadi kena sentiasa ada masa untuk melengkapkan diri kita dengan sesuatu yang baru bagi membolehkan kita mengekalkan daya saing.

Tetapi relevankah itu semua jika pendekatan perniagaan di malaysia lebih mementingkan know who dari know how? Relevan, sebab dari pengalaman aku, yang ada know who akan lenyap sebaik sahaja who yang dia know lenyap dari sistem, berbanding dengan know how, know how akan lenyap bila kita lenyap. Bila kita lenyap dari dunia ini, know how dah tak penting, kecuali know God, betul tak?

Ada beberapa perkembangan menarik yang akan mendepani aku dan rakan-rakan dalam syarikat kecil kami. Kami akan pindah ke pejabat baru yang sedikit lebih besar dari pejabat sedia ada. Sekarang kerja-kerja ubah suai sedang di peringkat akhir. Setelah sepuluh tahun bekerja, akhirnya dapat juga memiliki pejabat sendiri!.
















No comments:

Post a Comment