bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Monday, May 25, 2009

Tamak



Masalah dan dilema yang selalu mendepani usahawan adalah sikap tamak haloba. Baik sikap tamak dirinya sendiri atau sikap tamak orang-orang disekelilingnya. Selalu aku diingatkan bahawa sikap sebenar manusia akan terserlah apabila dia mempunyai wang atau kuasa. Bak kata Azizi Ali, wang mempunyai kuasa untuk 'amplify' sisi seorang manusia. Jika dia tamak wang akan menjadikanya lebih tamak. Jika dia penipu wang akan menjadikan penipu yang lebih besar. Begitulah sebaliknya.

Berbeza dengan spesis lintah yang aku hikayatkan terdahulu, mahkluk sitamak ini lebih 'prevalent' tetapi mereka bukan perosak. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan keuntungan jangka pendek berbanding menjalinkan satu hubungan panjang yang memerlukan sikap bertolak ansur dan berlebih kurang. Mungkin dalam menjalinkan persahabatan kita lah yang perlu lebih bertolak dan beransur atau yang berada dipihak 'kurang' didalam lebih kurang tadi.

Perlukah sikap tamak dibalas dengan sikap tamak juga? Perlukah sikap tamak haloba di nuetralkan dengan tipu helah atau kita berlalu dengan menunjukkan jari tengah? Kadang-kadang sitamak ini akan membuli kita tanpa sedikitpun rasa bersalah. Kadang -kadang sitamak ini datang dengan berbagai syarat yang berat sebelah, tetapi selagi ia dapat memaksimumkan keuntungan, ia akan dianggap adil sehinggalah apabila ia berasa rugi maka ia mula mengubah syarat-syarat yang dipersetujui dengan berbagai -bagai alasan.

Tetapi yang paling tragis adalah sikap tamak ini boleh mengorbankan persahabatan. Sebanyak manapun keuntungan ia tetap tidak akan sama dengan sebuah persabatan yang jujur. Tetapi apabila kita meletakkan harga kepada suatu persahabatan, maka kita telah terperosok didalam sikap tamak haloba kita...

Sejahtera kepada mu sahabat ku...

No comments:

Post a Comment