Aku sebenarnya tidak mahu membuat ulasan politik dalam blog ini. Blog-blog politik telah berlambak-lambak di Malaysia. Aku sebenarnya ingin berbicara tentang kehidupan sebagai usahawan. Tak kiralah apa jenis perniagaan pun. Bagi aku bidang keusahawanan masih begitu asing dikalangan orang Melayu. Masih banyak yang boleh diterokai dan masih banyak yang belum diterokai.
Tetapi menjadi usahawan di Malaysia tidak dapat dipisahkan dengan sepak terajang politik. Masih dikongkongi oleh 'know who' melebihi dari 'know how'. Menjadi usahawan Melayu lebih seksa kerana sikap-sikap prejudis bangsa yang merasakan diri mereka lebih maju dan lebih baik. Ushawan Melayu juga masih dibebani oleh sikap prejudis bangsa sendiri.
Tetapi aku sudah menerima semua ini sebagai sebahagian fakta kehidupan. Mana yang boleh kita betulkan, kita betulkan. Mana yang boleh kita ceritakan, kita ceritakan. Selebihnya kita menangis dalam diam...
Aku tidak mempunyai kecenderungan politik tertentu. Aku ingin melihat yang terbaik dilaksanakan dinegara ini. Tidak hairan jika isteri aku mengundi lain aku mengundi lain di pilihanraya lalu. Dalam keluarga kami tiada halangan untuk mengundi sesiapa. Terpulanglah kepada diri sendiri.
Aku terpanggil untuk menceritakan kisah ini kerana aku jangkakan apabila berkuasa Pakatan Rakyat akan berlaku adil kepada semua usahawan dengan lebih melihat kepada merit lebih dari siapa menyokong siapa. Tetapi aku silap. Aku silap kerana PR adalah sebuah parti yang tidak berpegang kepada janji mereka. Jika dahulu mereka menentang UMNO kerana amalan kronisme, apabila mereka berkuasa mereka melakukan amalan yang sama!!.
Ketiaka ini Kerajaan Selangor melalui SUK (ini kerajaan PR) sedang menjalankan pendaftaran panel kontraktor untuk dimasukkan kedalam pengkalan data mereka. Setelah melihat borang pendafataran mereka aku agak terkedu kerana didalam borang tersebut mengkehendaki semua kontraktor mendapat pengesahan ADUN kawasan masing-masing.
INI ADALAH CARA HALUS UNTUK HANYA MENDAFTARKAN KRONI MEREKA. SUDAH TENTU ADUN PR TIDAK AKAN MENGESAHKAN MANA-MANA KONTRAKTOR YANG DIANGGAP DARI PUAK LAIN.
Sepanjang ingatan aku UMNO tidak pernah melakukan amalan sebegini. Tidak pernah kena minta tandatangan wakil rakyat untuk mendaftar dengan mana-mana agensi kerajaan.
Nah, itulah keadilan kepada orang yang berjuang diatas nama keadilan!
Saya tak salahkan mana-mana parti politik kerana amalan kronisme dalam kerajaan. Parti politik tidak bersalah. Manusia kat dalam parti tu yang bersalah. Sepanjang pengalaman saya berurusan dengan ketua-ketua jabatan di Terengganu, Kelantan dan Perak tak terasa pula kronisme. Pengarah-pengarah jabatan yang saya kenal (penjawat awam) kebanyakannya anti-kronisme dan tak suka kerja mereka dicampuri ahli politik. Tak ada seorang pun penjawat awam yang suka keputusan mereka diganggu unsur politik.
ReplyDeleteNampaknya PKR Selangor telah belajar dari BN selok belok kronisme, malah lebih "improve" lagi. PAS Kedah/Perak/Kelantan dan DAP Penang belum timbul lagi.
"Hai Jembalang PKR....aku tahu asal usulmu. Dari AMENO kamu asal, dar ANUWAR kamu diusul".
saya xsalahkan mana2 parti politik...tetapi sy salahkan pemimpin dalam sesebuah parti...pengamalan kronism, korupsi, n rasuah telah lama berakar umbi dalam arena politik negara kita sejak dulu lg sehingga sekarang
ReplyDelete