Seringkali dia bertandang
ke rumah yang usang dan terbiar ini
sekalipun tiada sesiapa lagi yang menghunipondok tinggal yang hampir menyembah bumi
bukan ada sesiapa yang dicari
kerana tiada apa lagi yang membawa erti kini
Dia amat mengerti hakikat itu
Namun tetap ia bertandang bila ada waktu
Kerana hanya dia yang tahu
nilai semua yang telah berlalu
Dia tak mampu memutar kembali waktu
Menyusuri lorong-lorong
yang pernah melakar warna bahagia
satu titik dalam kehidupan yang panjang
ada cinta yang mewarnai hati
ada pelangi indah yang membalut janji
Hanya senyum yang difahami diri
kala hidup tiada memberi pilihan
untuk memilih kehidupan
saat takdir memberi gurauan tragis
merentap kejam angan dan azam
kini dia kembali
menyusuri lorong -lorong ini
mengimbau kembali memori
yang tersangkut dipohon mawar
yang penuh duri
SYABAS ZUL,
ReplyDeleteANDA MEMANG KONTRAKTOR YANG BERBAKAT DALAM BERPUISI,
JARANG JUMPA KONTRAKTOR YANG BERJIWA HALUS SEPERTI ANDA.
TERUSKAN..
t/kasih azuan, cerita hidup masing2 panjang dan berliku. Saya hanya melakar rasa untuk tatapan dan pengajaran.
ReplyDelete