Jika kita bersawah bendang, bertanam, berladang , meneroka hutan dan rimba maka pacat dan lintah adalah teman sejati. Haiwan kecil yang bewarna kehitaman dengan garisan-garisan merah atau coklat dibadanya ini mendatangkan perasaan geli yang teramat pada setengah orang. Pacat dan Lintah terkenal kerana tabiat suka menghisap darah haiwan lain. Darah bukan makanan mereka tetapi apabila membiak mereka perlukan darah. Maksudnya mereka perlukan darah untuk beranak pinak.
Pacat dan lintah secara alaminya bukan perosak atau pembawa penyakit, malah secara semulajadi mereka boleh menjadi penawar kepada penyakit tertentu. Jika dijadikan minyak..ah lagi BESAR punya khasiat.
Tetapi dalam arus kemodenan ini ada beberapa proses evolusi telah berlaku. Dalam hutan rimba kota ini telah membiak satu spesis yang belum dinamakan secara saintifik tetapi boleh dikenal pasti dan beberapa nama. Tabiatnya banyak persamaan dengan lintah dan pacat. Mereka perlukan mangsa untuk dihisap darahnya. Mereka hidup segar karana ditengah kota banyak hos untuk dihisap darahnya.
Spesis pseudo lintah ini ada kelebihan lain, kebolehan untuk melakukan penyamaran yang hampir sempurna. Mereka berkeupayaan menyamar dengan berbagai-bagai ragam dan rencam. Kepada orang-orang yang kurang berpengalaman dalam hal mengenal spesis pseudo lintah ini agak sukar untuk membuat pengecaman.
Tetapi kita boleh tahu dikawasan mana spesis pseudo lintah ini berada, biasanya mereka akan berkerumun di tempat-tempat yang banyak mangsa. Malah kalau kita tidak bernasib baik mereka menghuni tempat-tempat yang memang kita perlu jengah untuk mencari rezeki. Jika di Savanna sana lintah dan pacat akan berkerumun di lubang air kerana disana ada banyak haiwan menjengah untuk minum dan menyejukkan badan.
Kepada yang sudah selalu terkena dengan spesis pseudo lintah ini, ada yang hampir mati dan ada yang berantakan hidup mereka dan ada yang hanya kena sekedar tempias angin lalu sahaja. Tahap kecederaan akibat penangan pseudo lintah ini berbagai-bagai tetapi yang hampir pasti ada bahagian dalam tubuh yang pasti sakit akibat sengatan pseudo lintah ini...HATI.
Aku dahulu pernah kena sengat dengan pseudo lintah ini. Sengatannya begitu mendalam dan meninggalkan parut dalam hati aku. Semalam aku bertembung dengan spesis ini. Yang aku amat terkejut adalah aku tidak menjangka dia dari spesis ini. Bayangkan 10 tahun pengalam aku menghuni rimba ini aku boleh terlepas pandang spesis pseudo lintah yang ini.....
No comments:
Post a Comment