bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, May 15, 2009

Langkah Melayu Baru

Aku berkesempatan minum teh dengan seorang usahwan Melayu dari BB Bangi beberapa hari lalu. Beliau menjalankan perniagaan menjual baja 'slow release'. Pasaranya kebanyakan kepada padang-padang golf diseluruh semenanjung. Baja-baja beliau diimport dari Kanada dan China.
Beliau sedang berkira-kira untuk mendirikan kilang baja 'slow release' dengan teknologi Jepun. Beliau sudahpun memulakan perbicangan awal dengan bakal rakan kogsinya dari Jepun.
Apa yang menarik pada aku ialah apa bila beliau memberi tahu yang beliau mempunyai 2 pekerja bukan Melayu dalam kumpulan beliau. Seorang Cina dan Seorang Sikh. Bagi aku ini merupakan satu perkembangan menarik kerana jarang sekali ada bangsa Malaysia dari etnik lain yang sanggup bekerja dengan syarikat kecil milik Melayu. Pada aku beliau sudah mencipta satu reputasi yang baik dikalangan pasaran beliau.
Pagi ini aku membaca The Star dan terpandangkan iklan 'Public Mutual' yang meniklankan agen-agen mereka yang berjaya. 90 dari juara kategori mereka terdiri daripada etnik Melayu. Kebetulan rakan sekolej aku kini adalah Champion di MAA. Ini membuat aku terfikir, sudah kah bangsa Melayu keluar dari tempurung mereka?
Benarlah kata Dr Mahathir, Bangsa Melayu jika diberi peluang dan pendedahan mereka juga boleh maju setara dengan mana-mana bangsa yang maju didunia ini. Cerita sebegini sebenarnya banyak terdapat dinegara ini. Cuma aku kira dari segi bilangan, kita masih kekurangan usahawan Melayu. Kita perlu mengusasai banyak lagi bidang da kemahiran untuk membolehkan kita menguasai ekonomi. Kita perlu terus bergerak.
Aku kira keusahawanan amat penting dibangunkan dikalangan bangsa Melayu. Kerana hanya melalui keusahawanan sahaja kita dapat menguasai ekonomi. Oleh yang demikian keusahawanan mempunyai kepentingan strategik dalam menentukan kelestarian bangsa Melayu. Diatas sebab itu juga orang Melayu tidak boleh membenci usahawan Melayu kerana mereka mempunyai tugas strategik. Walaupun banyak usahawan yang tidak sedar perkara ini.
Bangsa Melayu sudah terlalu lama ditanam dengan mentaliti makan gaji. Mentaliti malas berfikir dan mentaliti malas membaca dan mengkaji. Masanya telah sampai untuk kita berubah. Perubahan ini memerlukan anjakan paradigma dan perubahan dari segi sikap. Oleh yang demikian setiapkali anda melihat anak Melayu yang berniaga burger di tepi jalan, berbanggalah kerana mereka sedang menjalankan kegiatan yang penting bagi bangsa Melayu.
Salam...

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete