Beberapa hari yang lalu aku menerima panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang membesar dengan aku di Datuk Keramat. Lama sungguh aku tidak berbual dengannya. Banyak juga perkara yang aku bincangkan dengannya.
Sahabat aku ini seorang kontraktor kecil yang pernah aku bantu pada tahun 2003. Sebelum itu beliau bekerja dengan syarikat MNC selama hampir 25 tahun sebagai penghantar surat sebelum diangkat menjadi kerani. Apabila syarikat MNC tersebut melaksanakan VSS beliau terlibat. Beliau menerima hampir 60 ribu wang pampasan. Walaupun menerima wang yang agak banyak, beliau tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan bagi menyara hidupnya, memandangkan beliau menerima wang pampasan maka banyaklah lalat-lalat datang menghurung dengan berbagai-bagai proposal perniagaan.

Sahabat aku ini akhirnya menghubungi aku dan kami akhirnya bertemu disebuah warung kopi. Disitu aku menasihatkannya untuk membuka perniagaan menjadi kontraktor kecil dengan mengambil kesempatan kepada keadaan ekonomi yang baik ketika itu. Aku akhirnya membantu beliau mendapatkan lesen kelas F serta membantu mencarikan kerja-kerja kecil-kecilan melalui kontak-kontak yang aku ada. Kalau tak silap aku kami berjaya membuat keuntungan hampir 20 ribu seorang bagi tahun tersebut dari kontrak kecil-kecilan ini.
Sejak itu aku dengar beliau hanya meng'sub'kan kerja-kerja kepada pihak ketiga dan hanya mengambil 'percent' sahaja. Kerja secara begitu memang mudah tetapi secara jangka masa panjang ia amat merugikan. Kerana sikap tersebut akan membuat kita hilang daya saing kerana kita tidak mempunyai kemahiran yang perlu untuk 'survive' dalam dunia keusahawanan yang 'kejam' ini.
Namun begitu kami masih berkawan walaupun dari sudut perniagaan kami sudah tiada hubungan. Kemudian aku dengan sahabat aku ini terputus hubungan untuk 2-3 tahun . Aku hanya mendengar cerita dan berita dari rakan -rakan yang sesama mengenali ,sehinggalah panggilan telefonya beberapa hari yang lalu.
Kami bertemu disebuah cafe ditengah ibu kota. Riak wajahnya tidak ceria dan kelihatan resah dan gundah. Setelah bertukar-tukar khabar dan memesan makanan masing-masing, cerita kami beralih ke tajuk yang lebih serius. Teman aku ini sebenarnya sudah dua tahun tiada kerja. Tidak melakukan sebarang kerja!. Rumahnya di Kuala Lumpur sudah dijual, isterinya dihantar balik kekampung di pantai timur dan hasil jualan rumah juga sudah hampir habis digunakan. Kini rumahtangganya sudah berantakan kerana isteri sudah memberontak akibat beliau tiada sebarang pekerjaan tetap. Isteri terpaksa menanggung empat anak dengan kerja sebagai jururawat. Beliau sudah buntu. Soalan beliau kepada aku 'what am I supposed to do?'. Soalan yang pada aku paling sukar hendak dijawab kerana aku memang tiada jawabannya!
ZUL,
ReplyDeleteKAU AMIK JER DIA KERJA NGAN KOMPENI KAU.
BAGI DIA JADI SITE SUPERVISOR,
TAK PUN JADI JAGA DI TAPAK KERJA..