bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Monday, April 6, 2009

Minggu yang penuh ketegangan


Pertengahan March lalu aku dan rakan kongsi berjaya mendapat satu kerja untuk membina stor terbuka untuk sebuah organisasi. Tempoh kerja didalam kontrak adalah selama 6 bulan. So semuanya telah diatur termasuk financing, resourcing bahan dan sub kontraktor. Dalam tempoh 6 bulan, tekanan kos modal tidaklah begitu teruk sebab ada bayaran kemajuan. Itu sangka kami...


Jumaat lepas kami mendapat panggilan telefon yang mengarahkan kami menghadiri satu mesyuarat tergempar. Pukul 9.30 malam!. Hairan jugak aku sebab kumpulan ni sanggup mengadakan mesyuarat tergempar jam 9.30 malam. Hari Khamis malam Jumaat lak tu...


Alkisahnya kami telah diarah menyiapkan kerja kami dalam tempoh SEBULAN sahaja!. Tiada tambahan kepada nilai kontrak dibenarkan. Kalau tak mampu diminta untuk menarik diri dari kontrak.


Aku tidak pasti mengapa tiba2 arahan seperti ini dikeluarkan, mungkin ada keperluan kecemasan kepada kemudahan yang dirancang atau mungkin ia satu strategi untuk memaksa kami menarik diri dari kontrak. Dengan demikian kontrak tersebut boleh dibatalkan. Aku dengar mereka memang ada rancangan untuk mengurangkan kos kerana keadaan ekonomi semasa. memandangkan kontrak kami telah ditanda tangani mereka tidak boleh membatalkannya melainkan kami menarik diri. Aku tak nak speculate. Tak baik berburuk sangka...


Tetapi kami telah menerima cabaran tersebut. Kami akan menyiapkan kerja dalam tempoh yang baru. Kami perlu menggandakan volume kerja dan sumber bagi mencapai sasaran. Cabaran itu menukarkan semua pelan rancangan kami terutama yang bersangkut paut dengan pembiayaan. Jika kami hendak menyiapkan kerja dalam tempoh sebulan bermakna kami perlu mencari modal kerana ia perlu disediakan sekali gus. Ini memberi tekanan kepada kerja-kerja kami yang lain serta mengurangkan margin kami. Memandangkan keadaan ekonomi sekarang we really have to make do with what ever we had.ahhh...


Setelah 10 tahun terlibat dalam bidang ini, perkara-perkara begini tidak mengejutkan lagi. Cuma aku berharap semuanya akan berjalan lancar. Namun begitu aku tidak terlepas dari mengalami ketegangan...selagi projek ini tidak disempurnakan. Rakan niaga aku lebih positif dalam hal ini..Biar tegang ada kerja jangan tegang tiada kerja katanya...hehehe


1 comment:

  1. Dalam kehidupan kita mmg tak terlepas dari mengalami ketegangan! Kita kena banyak bersabar ...sesungguhnya sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.........

    ReplyDelete