bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Tuesday, April 28, 2009

Bila Hidup menguji kita...

Terlalu banyak yang berlaku kebelakangan ini, terlalu banyak kebetulan yang berlaku serentak menyebabkan aku tidak mempunyai banyak masa untuk update blog ini.


Lumrah menjadi usahawan untuk 'expect the unexpected', namun walau macamana sekalipun kita bersedia untuk dikejutkan kita tetap akan dikejutkan dengan perkara-perkara yang kita tidak jangka. Aku telah memilih untuk melalui jalan hidup sebegini maka itulah yang perlu dilalui. Satu perkara yang menghantui aku ketika ini adalah kes kereta . Selepas kereta wife aku rosak, diikuti dengan kereta aku kemalangan dan terbaru gear box volvo aku kong pulak. Waktu tu aku jauh kat Ipoh pulak tu!


Wife aku kata aku kena mandi bunga..aku rasa tak kut...mungkin kena mandi air tanah kubur...hehehe

2 comments: