Mengapa aku sangat tertarik kepada keusahawanan? Aku sendiri tertanya-tanya apa sebab aku terjun kedalam dunia yang serba tidak pasti ini. Mungkin beberapa faktor dalam hidupku menyebabkan aku memilih untuk bekerja sendiri. Mungkin faktor suasana semasa aku berkerja mendedahkan aku dengan beberapa individu yang berjaya didalam perniagaan. Mungkin juga kerana aku kurang sabar untuk mendaki tangga korporat. Mungkin juga kerana aku melihat usahawan ini sebagai master of their own faith. Mungkin juga kerana aku jenis manusia yang suka mengambil risiko.
Tetapi aku pasti sekali aku terjun kedalam dunia ini kerana aku ingin mencabar diriku. How far could I take myself. Aku tak nak mati dalam keadaan tertanya-tanya. Aku mahu tahu kemampuan diriku. Dalam proses itu aku ingin mencipta lorong untuk generasi aku menyambung impian ku. Aku pasti nasib hanya menyebelahi manusia yang mencari.
" I bargained with my life for a penny,
and life would pay no more,
However I begged at evening
When I counted my scanty store.
For life is a just employer,
He gives you what ever you ask,
But once you have set the wages,
Why, you must bear the task.
I work for a menial's hire
Only to learn dismayed,
That any wages I ask of Life,
Life would have willingly paid"
yes...i also wonder, why i'm so into this business thingy...mungkin minat?desakan hidup masa lalu??atau dh sifat semulajadi...tak tau yg mane satu.
ReplyDelete