bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, April 10, 2009

Punca-punca kegagalan

Diantara punca-punca biasa yang menyebabkan kegagalan terutamanya didalam bidang keusahawanan seperti yang disenaraikan oleh Napoleon Hill.
  1. Tiada arah tuju yang jelas dalam kehidupan
  2. Tiada keinginan untuk menjadi yang terbaik
  3. Tahap pendidikan yang rendah (bukan bermakna kena ada ijazah, disini bermaksud tiada kehendak untuk belajar)
  4. Disiplin diri yang rendah
  5. Kesihatan yang sering terjejas
  6. Pengaruh yang tidak sesuai ketika membesar
  7. Melambat-lambatkan kerja
  8. Tiada kesungguhan
  9. Personaliti yang negatif
  10. Keinginan seksual yang sukar dikawal
  11. Mengambil risiko yang keterlaluan
  12. Teragak-agak dan tidak mempunyai keberanian membuat keputusan
  13. Ketakutan yang keterlaluan
  14. Pasangan hidup yang salah
  15. Terlalu memilih dan terlalu mahu kesempurnaan
  16. Rakan niaga yang salah
  17. Terlalu percaya kepada tahyul dan bersifat prejudis
  18. Memilih kemahiran yang salah
  19. Kurang tumpuan kepada tugasan
  20. Suka membazir
  21. Kurang kesungguhan
  22. Tidak bertolak ansur
  23. Sifat pemarah yang keterlaluan
  24. Tidak mampu bekerjasama dengan orang lain
  25. Menyalah guna kuasa
  26. Tidak jujur
  27. Terlalu ego
  28. Tidak suka berfikir sebaliknya suka bersangka-sangka
  29. Kekurangan modal

Tidak dinafikan kita mempunyai salah satu dari kelemahan diatas. Cuma sebagai insan kita sentiasa harus mencuba untuk memperbaiki diri. Selamat berjaya.

Salam...

3 comments: