Kalau kita berbicara tentang keusahawanan kita juga tidak akan dapat lari dari membicarakan kondisi ekonomi makro/mikro semasa. Sebabnya jelas bila ekonomi merudum banyak syarikat kecil yang tidak bersedia atau tidak mampu bersaing akan gulung tikar. Disaat peluang pekerjaan di berbagai sektor memang sedikit atau hampir tiada, bayangkan apa pilihan yang ada?
Namun begitu jangan terlalu bersedih atau bimbang, sebab setelah beberapa kali ekonomi negara rudum, belum ada yang mati kelaparan lagi, selagi ada daya ikhtiar, selagi ada akal biasanya usahawan akan sentiasa ada jalan untuk memastikan kelangsungan mereka. Begitu indahnya Malaysia!.
Tetapi kita perlu peka dengan apa yang sedang dan bakal berlaku bagi membolehkan kita membuat persediaan. Bagi yang biasa tentunya akan membuat SWOT analysis dalaman bagi merangka strategi disaat ekonomi menjunam.
Dari pemerhatian aku yang tak berapa pandai dalam barbagai hal ni, aku menjangka masa-masa yang mendatang adalah masa sukar bagi ekonomi negara dan bagi usahawan -usahawan kecil seperti kita.
Ekonomi dunia amnya akan mengalami keruntuhan dan akan mengambil masa sehingga 10 tahun untuk stabil. Ini bukan kata aku, ini kata IMF dan Worldbank. Ekonomi Amerika akan juga merudum kembali walaupun ketika ini pasaran saham mereka nampak macam nak pulih. Malah ada yang menjangka Amerika tidak akan mampu membayar hutangnya menjelang Julai nanti. Itu belum masuk keruntuhan ekonomi Eropah Timur dan Eropah Lama.
Natijahnya kepada kita adalah ekonomi kita juga akan menguncup selaras dengan penguncupan dunia. Walaupun penguncupan ekonomi negara kita tidak sebesar singapura ( menjunam 20%) tetapi lama kelamaan ekonopmi kita juga akan menjunam. Berapa banyak wang negara yang ada untuk merangsang ekonomi kita? Tak banyak.
Mungkin kita semua perlu mengurangkan perbelanjaan dan menurunkan taraf hidup seketika (kerana kita tiada pendapatan tetap) dan memikirkan beberapa alternatif lain untuk menjana pendapatan tambahan ( pertanian dan penternakan misalnya), tetapi hakikatnya kita perlu bersedia.
Salam...
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Sunday, April 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment