Ada seorang lelaki separuh baya yang bekerja sebagai pendayung sampan diRaja negeri Pasir Dua Butir ( he he macam biasa dengar je ). Cerita ni berlaku lama sebelum Nizar/ Dr Zambry jadi MB lah.
Dipendekkan cerita, Pendayung ini tak puas hati dengan kehidupannya. Dia selalu tertanya-tanya mengapa dia hanya boleh jadi pendayung sampan sahaja, mengapa dia tidak boleh menjadi menteri dan sebagainya.
Alkisah pada suatu hari beliau dan beberapa pendayung lain ditugaskan untuk mengayuh sampan bagi membawa rombongan Raja dan para menterinya bersiar-siar di tasik yang besar. Didalam sampan tersebut Raja dan para menteri dihiburkan oleh para pelayan istana dengan makanan yang selayaknya bagi sultan dan didendangkan dengan lagu-lagu yang asyik oleh biduan DiRaja.
Setelah waktu semakin lewat maka ahli rombongan pun mula masuk kamar untuk tidur. Sedang Raja terkebil-kebil hendak melelapkan mata telinganya menangkap beberapa suara yang sedang berbicara perlahan-lahan. Baginda merapati dinding kamar untuk mendengar apakah butir bicara yang menganggu beliau. Setelah diamatinya rupanya pendayung sampan beliau sedang berbual-bual kosong namun beliau teringin mendengar juga butir bicara itu.
"Aku heran dengan nasib aku ni..sudah berpuluh tahun aku mendayung sampan tapi nasib aku tak berubah" kata satu suara.
" Alah Hassan ooi..kalau dah nasib kita pendayung nak buat macam mana.." kata suatu suara yang lain.
"ehh..aku ini apa kurangnya dengan orang lain? aku cukup semua sifat macam orang lain. Tapi mengapa aku tak boleh jadi menteri?" kata suara orang yang bernama Hassan tadi.
"ha ha ha ...kau jangan buat lawaklah Hassan" kata suara yang lain.
" Betul...aku tak rasa aku kekurangan daripada semua menteri sultan kita...aku pun boleh jadi menteri sultan.." kata Hassan penuh yakin.
Tiba-tiba kedengaran bunyi binatang yang amat bising sehingga mengganggu tidur rombongan diRaja. Raja mendapat satu akal. Beliau ingin mencuba keupayaan pendayung sampan bernama Hassan tadi.
Beliau pura-pura keluar dengan marah dari kamarnya "Hassan!!!! kemari kau!" jerit beliau .
"Ampun Tuanku..patik menjunjung perintah" jawab Hassan menggigil melihat kemurkaan Raja.
"Kamu pergi siasat apa yang bising-bising disana tu sekarang!!!" perintah Raja lagi.
" Baik tuanku..segera Hassan turun dengan sampan kolek ke daratan . Setelah beberapa waktu beliau sampai untuk membuat laporan. "Ampun tuanku..adapun bunyi tadi bunyi anjing tuanku" lapornya.
"Bunyi anjing sahajakah..beta mendengar ada bunyi binatang lain juga" jawab tuanku tegas
"Ampun tuanku..patik akan siasat lagi" jawabnya dan segera beredar. Beberapa waktu kemudian beliau mengadap Raja untuk buat lapuran " Bunyi angsa tuanku.." lapornya kepenatan.
" Hai..adakah bunyi seekor angsa dan seekor anjing boleh begini bising?" Raja meninggikan suara. Hassan sudah mati akal..hendak bertanya tuanku dia takut.
"Kamu pergi panggil memanda laksamana beta mengadap sekarang " arah tuanku dengan berang.
Hassan pun memanggil Laksanaman mengadap Raja. "Laksamana..pergi siasat bunyi apa yang mengganggu beta itu sekarang juga!!!" arah Raja dengan suara meninggi. "Ampun tuanku..patik akan uruskan sekarang juga" jawab laksamana.
Laksamana pun meninggalkan sampan DiRaja dengan mendayung sampan kolek. Sesudah beberapa waktu tiada lagi bunyi bising-bising dan suasana hening yang aman menjelma.
Kemudian laksamana pun sampai dan segera mengadap tuanku.
"Ampun tuanku, adapun bunyi itu tadi datangnya dari seekor anjing dan dua belas ekor angsa yang dibela oleh sepasang suami isteri tua yang sudah tinggal dipinggir tasik ini sejak mereka lahir tuanku. Memandangkan mereka ini miskin dan tidak berharta maka patik telah membeli angsa-angsa tadi dengan seuncang wang emas. Angsa-angsa tersebut telah hamba arah sembelih dan dagingnya dihadiahkan kepada orang kampung sebagai hadiah dari Sultan. Ada pun anjing yang menyalak telah hamba arahkah supaya dibawa pergi jauh dari kawasan ini sehingga pagi esok agar tuanku tidak terganggu tidurnya. Ampun tuanku" lapor Laksamana dengan begitu teliti.
"Bagus Laksama beta.." titah Raja dengan senang hati .
Sebelum beliau berpatah balik kekamarnya, beliau menoleh kepada Hassan dan bertitah:
"Wahai Hassan si pendayung sampan, begitulah bezanya seorang menteri dan seorang pendayung sampan".
Hassan telah menemui jawapan mengapa dia masih menjadi pendayung.
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Wednesday, April 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment