bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Sunday, October 25, 2009

Berhadapan dengan 'impossible client'

Salah satu 'hazard' menjadi usahawan adalah apabila kita berhadapan dengan pelanggan yang terlalu cerewet, tak reti bahasa, tak menggunakan 'common sense' dan paling sakit hati adalah mempunyai sikap tidak bertimbang rasa.


Dalam 2 minggu ini kepal haku hagak fening sebab aku kini sedang menyiapkan kerja huntuk pelanggan yang pada aku tidak mempunyai 'common sense'.

Jauh disudut hati aku sentiasa ingat yang apa-apa yang tuhan timpakan kepada aku mempunyai hikmah tersembunyi. Cuma buat masa ini haku belum nampak hikmatnya aku bertembung dengan manusia yang macam ni.

Alkisah aku mendapat satu tugas untuk mengubah suai sebuah sekolah rendah diibu kota. Kerja tidaklah banyak dan nilainya kecil sahaja. Ketika aku mula-mula mendapat arahan JPWP untuk pergi menemui Guru Besar sekolah ini dan bertanya apa bentuk penambahbaikan yang perlu, buat ukuran dan hantar sebutharga kepada JPWP. Kerjanya adalah membina satu bilik Guru Besar yang baru dan 3 bilik Guru PK dan satu pejabat kecil. Sebutharga aku berdasarkan permintaan awalnya juga. Hal ini bukan bleh diubah-ubah sesuka hati.

Episod duka bermula setelah aku mendapat LO dari JPWP dan apabila aku melapor diri untuk memulakan kerja, Guru Besar telah menukar fikiran dan kerja yang diminta aku buat lebih besar skopnya dari yang mula mula diberitahu ketika aku membuat ukuran!. Perkara macam ni biasa aku temui dikalangan pegawai kerajaan. Aku cuba menangani secara berdiplomasi dan cuba mencari jalan tengah. Mana yang boleh aku 'absorb' aku buatlah. Guru besar menukar spesifikasi untuk biliknya dari cat biasa ke wall paper (cat biasa RM 8 semeter persegi, wall paper RM23 semeter persegi, bayangkan berapa banyak kos lari) , tambahan settee tetamu, tambahan tingkap, satu bilik mesyuarat baru yang sama besar dengan biliknya dan dan berbaga-bagai lagi permintaan. Seolah-olah kami ini dihantar untuk memenuhi semua impian hidupnya dengan kos sekecil itu.

Namun hari ke hari kerenah Cikgu ni jadi makin teruk. Hari ini minta aku buat lain, esok bagi arahan pada pekerja aku untuk buat lain. Aku telah memberi arahan jangan buat selain apa yang aku arahkan. Namun semalam GB ini memberi arahan kepada penyelia aku yang dia hendak kami membuat ubahsuiai di bilik pejabat sedia ada pula sebab kerani komplen bilik mereka hodoh!.

Dilemmanya kepada orang seperti kami ini adalah jika kami berhenti menjalankan kerja sehingga hal-hal seperti ini diselesaikan adalah, kami mungkin disenarai hitam kerana tidak menyiapkan kerja dan yang paling sakit adalah kos modal sangkut kerana bayaran akan digantung hingga kerja-kerja diselesaikan. Dan GB ini tahu jika dia tidak memperakukan kerja-kerja aku, aku mungkin tak dapat payment!.

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu melihat dari sudut selain dari yang positif. Aku harap ada sesuatu yang positif akan lahir dari episod sebegini.

Salam

1 comment:

  1. BARU2 NI PUN AKU BUAT KERJA PEMBAIKAN BANGUNAN KERAJAAN. PROJEK KECIL SAHAJA, BARU 36 RIBU. KERJA DALAM BQ SIAP SEPENUHNYA TAPI KERJA TAMBAHAN BERSERTA ARAHAN TANPA TITIK BUAT AKU PENING KEPALA DAN PEKERJA AKU LARI SAMPAI SEKARANG.

    KALAU BOLEH, AMAUN PROJEK YANG KITA DAPAT TU NAK DIHABISKAN SEPENUHNYA. SAMADA KONTRAKTOR CUKUP MAKAN ATAU RUGI DEPA TAK PEDULI. JIKA ENGKAR, KITA DIKATAKAN MELAWAN ATAU KERAS KEPALA. AKIBATNYA INDEN KERJA TAK DISAHKAN. NAMA SYARIKAT BURUK, POKET PUN IKUT KUNCUP.

    INILAH AKIBATNYA JIKA SALAH MEMBERI KUASA KEPADA ORANG YANG TAK LAYAK. MEREKA IBARAT KATAK NAIK JUNJUNG DAN CACING NAIK KE MATA. HASIL KERJA JADI SERBA TAK KENA. KALAU KONTRAKTOR BUKAN MELAYU, PASTI DAH SETTLE DENGAN 'PELINCIR'. ITU NAMANYA PANDAI BERNIAGA TAPI JIKA MELAYU NAK SUAP DUIT PULAK, MEREKA ALIM2 KUCING, KUNUN BERINTEGRITI.

    ANDAI KONTRAKTOR MEMBERI SUMBANGAN UNTUK TOLONG DAPATKAN PROJEK, ITU DIKATAKAN RASUAH. KALAU MEREKA MINTA CARA PAKSA PADA KONTRAKTOR DENGAN UGUTAN INDEN KERJA TAK NAK DISAHKAN, ITU DIKATAKAN SUMBANGAN..

    ReplyDelete