bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Tuesday, July 28, 2009

Mengapa orang kita suka sangat dengan skim cepat kaya?


Akhbar Kosmo hari ini melaporkan sekumpulan pelabur sebuah koperasi yang memerangkap Pengarah Sebuah Koperasi yang berpangkat Datuk kerana dipercayai memperdayakan mereka dengan skim cepat kaya (klik disini). Dikhabarkan datuk ini mengaut keuntungan 55 juta!


Respon aku...hambik kau!. Mengapa orang kita cukup mudah diperdayakan dengan skim skim cepat kaya begini amat menghairankan aku. Mengapa orang kita sanggup bergolok bergadai kerana skim -skim yang berlambak begini. Semua skim ini adalah skim piramid. Kalau di US dipanggil Ponzi Scheme sempena nama Charles Ponzi yang mencipta skim ini.


Skim piramid bukan skim perniagaan. Ia hanya menggunakan perniagaan sebagai helah untuk mengutip dana. Skim-skim begini haram hukumnya. Mengapa begitu mudah kita terpedaya?.


Dalam hukum Islam wang tidak boleh beranak diatas wang lain, wang hanya alat untuk jual beli. Wang tidak boleh digandakan dengan riba. Skim ini secara hakikinya menggunakan asas riba. Ia berganda diatas wang lain.


Mudah sahaja hendak mengenal skim piramid. Jika anda hanya perlu melabur sejumlah wang ( atau diminta dengan membeli sedikit barangan dengan harga yang tak masuk akal), kemudian pelaburan anda dijanjikan pulangan tiap-tiap bulan dengan peratusan yang tinggi, maka berhati-hatilah, ini adalah tanda awal skim piramid.


Skim piramid bergerak dengan menjanjikan pulangan yang dari sudut perniagaan hampir mustrahil untuk diperolehi. Ia amat bergantung kepada peserta baru secara berterusan. Sumbangan perserta baharu akan diagih-agihkan kepada upline dengan peratusan tertentu. Ia nampak elok dan teratur sehingga semakin ramai perserta baru diperlukan untuk menampung upline yang ada, bila peserta baru mula berkurangan, maka pulangan pun semakin lembab dan akhirnya piramid ini runtuh. Masa itu baru tahu langit tinggi rendah.


Telalu banyak skim ini dijual atas nama Islam, membantu sesama Islam oleh orang-orang yang kononya berjuang untuk Islam tetapi hakikatnya ia haram. Anda pernah dengar skim Kopedik, Jati Emas, Buluh Emas, Platinum Lane, Swiss Cash, Perigi Duit, Etika Emas dan berbagai lagi skim yang hakikatnya akan mengkayakan pencipta skim ini dengan pantas. Hasinyal dah sah haram, tetapi tergamak mereka bagi anak bini makan dengan wang hasil tipu helah ini.


Aku pernah dengar seorang pengarah satu skim ini yang kini diburu oleh kerajaan dan bersembunyi diluar negara yang teramat kaya. Konon cerita adik ipar beliau, beliau membawa wang tunai dalam plastik sampah dalam bonet kereta BMW 7 series beliau yang berharga lebih 600k. Memang skim ini cepat mengkayakan kerana 2 tahun sebelumnya beliau hanya seorang kerani bank! Tetapi hakikatnya wang-wang yang beliau bawa dalam plastik itu mungkin wang ibu tunggal, wang warga tua, wang pencen. Tidakkah ini semua penganiayaan.


Pencipta skim ini tahu bahawa skim ini melanggar undang-undang dan akan runtuh pada satu masa, tetapi mereka tidak peduli.


Kalau hendak terlibat didalam perniagaan carilah perniagaan yang melibatkan jual beli. Ada Value added bukan menggandakan wang tanpa mengeluarkan setitik peluh pun kerana akhirnya yang menitik bukan peluh tetapi air mata.


Rakan sekolej aku kehilangan lebih 140k kerana terlalu taksub dengan Swiss Cash. Simpanan beliau selama lebih 20 tahun bekerja hangus kerana terlalu percaya skim ini akan menjadikan beliau lebih kaya. Mujurlah beliau bergaji besar, maka kehidupannya tidak begitu terjejas teruk, melainkan terpaksa tidur diluar bilik beberapa minggu kerana isteri mangamuk sakan!


Mengikut cerita beliau sepasang suami isteri yang berjawatan doktor menjual klinik mereka dan melaburkan semua wang tersebut kedalam Swiss Cash, akhirnya merana bersar. Hargailah wang yang anda sudah ada, bukan terpedaya dengan wang yang bakal ada.


Salam untuk yang terpedaya.

3 comments:

  1. saya salah seorang yang pernah terjebak skim cepat kaya ni. memang btul dorg gunakan janji2 pelsuu. huhuhu..

    Tula orang melayu suka jalan cepat dan mudah! there is no such way of doing that.

    Right now im joining Hai-o Marketing. ALhamdullilah bukan skim cpt kaya, kita mmg kene bekerja keras.

    kalau skim2 ni dia dlm bentuk pelaburan, takde black n white pun. tu lg menakutkan. pastu barang takde.

    Company tah cap ape tah, tak penah tersenarai dlm bursa saham KL.

    Siap claim dorg ni KOPERASI. githuu la lebih kurang.

    ReplyDelete
  2. Salam buat Queen Bee,
    Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Masuklah apa perniagaan pun, semua kena ada usaha dan kena ada iltizam. Tahniah diatas kejayaan anda semuga rezki anda berlipat kali ganda lagi hendaknya.

    ReplyDelete
  3. AKU PERNAH DI PAKSA UNTUK MENDENGAR TAKLIMAT SATU SKIM MENIAGA LARUT MALAM. LAYAN DEPA SAMPAI 2 PAGI BARU SAMPAI UMAH. CERITA PRODUK SIKIT JER TAPI GAMBAU KERETA MEWAH DAN BANGLOW UPLINE ITU INI DIJAJA SECUKUPNYA.

    MENIAGA APA? JUAL PENAPIS AIR. BELI SATU MANA BLEH CEPAT KAYA, DI SURUH BELI 10 SEKALIGUS. HARGANYA PULUHAN RIBU. KALAU TAKDA DUIT, GORES KAD KREDIT TAK PUN PINJAM KAT BANK RAKYAT.

    KESIAN AKU KAT KAKITANGAN KERAJAAN YANG NAK KAYA CEPAT, DEPA CUMA NAK UBAH DARI SUSAH KEPADA SENANG, DEPA BUKAN PANDAI BERNIAGA. CUMA KELABU ASAP LEPAS TERUJA, AKIBATNYA KENA TANGGUNG HUTANG 10 TAHUN UNTUK 10 PENAPIS AIR..

    ReplyDelete