Salah satu ketakutan yang sering menghantui bakal usahawan sewaktu berkira-kira samada hendak terjun kelautan keusahawanan in ialah takut untuk gagal. Gagal disini pastinya membawa maksud rugi. Jika rugi bagaimana hendak mencari semula modal atau bagaimana hendak kembali semula berkerja. Itu persoalan yang menghantui aku sepuluh tahun dahulu. Itu juga persoalan yang menghantui hampir semua usahawan.
Berita baik untuk anda, hampir semua usahawan yang berjaya pernah gagal. Kecuali anda anak PM atau bekas PM atau anak Tengku yang lain biasanya pernah tersungkur. Ditipu jutaan, puluhan atau ribuan ringgit adalah perkara lumrah. Bezanya adalah bagaimana kita menangani risiko dan bagaimana kita hendak bangun kembali dan meneruskan kehidupan. Seorang Professor aku pernah berkata, menangislah jika anda kecewa, tetapi setengah jam sahaja!. Selepas itu berfikirlah untuk mengatasi masalah anda!
Ketika aku baru hendak berjinak-jinak dalam perniagaan dahulu, waktu masih menjadi pengurus disalah sebuah syarikat korporat ternama Malaysia, aku dan rakan -rakan aku pernah berjumpa dengan seorang Haji - yang duduk di Taman Nirwana Ampang (kalau tak silap aku rumah dia beberhadapan dengan pusat perabut Cempaka).
Aku (pengurus projek), rakan aku (pengurus sebuah bank) dan seorang lagi rakan ( kontraktor) diperkenalkan dengan Haji yang kelihatan warak ini melalui seorang rimiser saham di Jalan Ampang. Tahun 93-97 kalau anda tak ada akaun saham BSKL tak cool babe!.
Dipendekkan cerita kami dijemput kerumah Pak Haji yang warak ni, dalam rumah dia penuhlah gambar dia dengan pemimpin negara, beliau mula bercerita tentang kehebatan beliau menjalankan hubungan dagang dengan tokoh-tokoh tertentu.
Kami ditawarkan satu perniagaan iaitu konsensi untuk menguruskan tempat letak kereta KLIA. Anggaran pendapatannya lebih 500k sebulan, Wah! kami yang naif dengan cerita ini terus teruja sangat. Tapi pengkerasnya rm100,000.00. Kononnya untuk diagih-agih kepada beberapa pihak tertentu.
Kami agak tercengang-cengang kerana tak punya wang sebanyak itu. Yang menjadikan waktu malang kami adalah rakan kontraktor kami yang merupakan seorang pemain saham spekulatif ( berjaya pulak tu ) menawarkan diri. Beliau akan mengeluarkan wang tersebut tetapi jika gagal kosnya harus dikongsi 3 (iaitu rm 33k seorang..). So tiga hari kemudian wang rm100k berpindah tangan. Salah satu sebab yang kami percaya Pak Haji ni adalah beliau membuat urusan ini dirumahnya.
Needless to say we were being duped by supercool religous conman. Berbulan -bulan kami cuba mendapatkan kesahihan, tapi yang dapat alsan demi alasan. Satu hari rakan aku yang merupakan pengurus bank ini membuat sedikit siasatan. Hasilnya beliau ialah seorang yang bangkrap!!!.
Bila cerita ini sampai ketelinga isteri aku, dia ketawa terbahak-bahak, sebab seorang pengurus projek yang menguruskan projek berjuta- juta, seorang pegawai bank yang kerja dia menapis pemohon yang berisiko dijual oleh seorang Pak Haji yang tak diketahui asas persekolahannya!
Peristiwa tersebut mematangkan aku didalam bidang ini. Bidang ini ibarat satu permainan sahaja. Kita mengatur langkah dan orang lain juga mengatur langkah. Jadi langkah kita mesti boleh disusuli oleh langkah lain yang boleh menyelamatkan kita dalam keadaan terperangkap.
Pokoknya dalam bidang ini jangan percaya kepada Tengku, Tan Sri, Dato' , Prof, Dr, Pak Hj atau apa gelaran sekalipun. Nilaikan semua proposal berdasarkan fakta dan logik perniagaan.
Percayalah bahawa kejayaan sebenar datang dari kudrat dan usaha sendiri. Tiap kali aku minum teh dengan kawan -kawan aku ni, kami mesti mentertawakan kebodohan kami. Pelajaran aku pada hari itu bernilai 33k. Lebih kurang sama kos untuk membuat MBA!
salam untuk yang pernah tertipu...
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kena seimbangkan antara tak takut mengambil risiko dengan takut terkena...susah tu !
ReplyDeleteCerita yang baik untuk pengajaran. Thanks