bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Tuesday, July 14, 2009

Keusahawanan adalah satu perlumbaan marathon!

Ada sesuatu yang perlu kita perlu ubah jika kita hendak terjun kedalam bidang keusahawanan. Kita perlu mengubah mod minda kita dari minda makan gaji tetap kepada minda mencipta gaji mengikut kemahuan dan kebolehan kita. Mengapa aku kata begitu adalah kerana aku sering bertembung dengan ramai sahabat yang terjun kedalam bidang keusahawanan ini tetapi masih dengan mod makan gaji tetap.
Ramai yang ingin bergaji atau berpendapatan besar tetapi masih terikat dengan minda makan gaji tetap. Ini membantutkan usaha mereka. Setelah apa yang mereka angan-angankan tidak tercapai mereka berputus asa. Perkara pertama yang mereka buat adalah menyalahkan sistem dimana mereka berada! Tak ada konteklah, tak kenal orang dalam lah dan macam-macam alasan yang mudah untuk diciptakan.
Seorang Professor pernah bertanya dengan aku , apakah jawaban lazim kepada soalan yang ditanya kepada pelumba maratahon yang pertama dan yang terakhir sampai ke garisan penamat? Jawabannya adalah satu kata-kata 'klise' - Saya mencuba yang terbaik!.
Jelas kepada kita 'Mencuba yang terbaik' berbeda mengikut piawaian seseorang individu. Yang tetap dikenang adalah siapa yang sampai dahulu.
Hakikatnya percubaan terbaik kita hendaklah disertai dengan keazaman untuk menenpuh atau mengatasi rintangan keletihan dan kehausan. Pada peringkat pertengahan adalah peringkat yang paling mencabar kerana kita tidak tahu berapa lama lagi hendak habis atau berapa jauh kita telah lepasi. Minda akan berteka teki samaada perlu atau tidak berhenti berlari. Siapa yang tekun dengan usahanya lama-kelamaan akan mengumpul kekuatan untuk menamatkan larian.
Semakin lama kita membuat perkara yang sama semakin kita tahu kemampuan kita dan semakin kita tahu kerenah perjalanan kita. Pengetahuan tersebut boleh digunakan untuk mengatur strategi sesuai dengan keupayaan kita. Sesuai dengan kehendak fisiologi dan mental kita. Bagi yang berlalri terlalu laju diperingkat awal biasanya akan keletihan diperingkat pertengahan. Bagi yang bermula terlalu perlahan juga tidak akan berupaya untuk mengejar jika lawan sudah terlalu jauh.
Seperti yang pernah dimaklumkan kepada aku, 90% usahawan akan gagal di tahun pertama lagi. Separuh dari baki tersebut akan gulung tikar dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Bagi yang telah melebihi 5 tahun tersebut biasanya mereka sudah arif dengan sepak terajang industri mereka dan sudah boleh merangka strategi untuk bertahan.
Bagi yang baru setahun jagung sudah meletup, jangan terlalu angkuh atau terlalu suka..anda ada banyak tahun lagi untuk berjuang.
Satu fakta yang menarik yang pernah aku baca dalam buku Napoleon Hill adalah ;
1. Majoriti usahawan berjaya di US adalah yang melebihi 40 tahun malah diawal 5oan.
2. fakta yang paling menarik adalah kebanyakkan usahawan yang berjaya samaada wanita atau lelaki adalah kebanyakkan mempunyai pacuan seks (seksual drive) yang tinggi..hehehehe mengapa ye???

Salam untuk usahawan yang mempunyai pacuan....

5 comments:

  1. Sabda Nabi yang lebih kurang bermaksud "9 dari sepuluh punca rezki adalah dari perniagaan"

    Ia juga bermakna jika ada 100% cabaran atau kepayahan, kalau makan gaji kita hanya di uji dengan 10% kesusahan manakala dengan berniaga kita akan diuji dengan 90% kepayahan.

    Sudah tentu hanya yang mampu meredah 90% kepayahan sahaja yang akan berjaya...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih sdr, saya kira keusahawanan harus kita angkat menjadi jihat umat Islam dalam menegakkan kuasa ekonomi kita. Bayangkan majikan yang menggaji majoriti umat Islam di Malaysia adalah bukan Islam. Betapa rendah martabat kita bila menjadi tangan yang dibawah...

    ReplyDelete
  3. SALAM BUAT SAHABAT..

    fakta yang paling menarik adalah kebanyakkan usahawan yang berjaya samaada wanita atau lelaki adalah kebanyakkan mempunyai pacuan seks (seksual drive) yang tinggi..hehehehe mengapa ye???

    BETUL KE FAKTA TU?

    AKU MACAM TERASA LA..

    ReplyDelete
  4. OLA, MMG MENARIK TU!! U MMG BLH TU...HIHIHI

    ReplyDelete
  5. Salam buat azuan dan anonymus;
    Itu adalah diantara 30 sifat yang dipunyai oleh usahawan. Walaubagaimanapun pacuan yang terlalu kuat akan menyebabkan banyak yang terbabas...

    ReplyDelete