Jika anda seorang usahawan yang bergiat didalam bidang pembinaan, pencucian atau perbekalan am, anda tidak akan lari dari berurusan dengan pembekal Cina. Mahu tidak mahu kita mesti memperakui pembekal Cina adalah nadi dan tulang belakang kepada industri2 ini.
Aku sering berfikir mengapa orang-orang Melayu amat kurang didalam bidang perbekalan peruncitan bahan pembinaan ini. Salah satu faktor yang dapat aku fikirkan adalah bidang peruncitan ini merupakan 'capital intensive' dan marginnya rendah. Oleh yang demikian tidak ramai umat melayu yang mempunyai cukup modal dan kesabaran untuk bersaing dalam bidang ini.
Satu lagi hal yang aku dapat perhatikan adalah rangkaian jurujual Cina yang berkerja dengan pekilang-pekilang besar yang banyak itu lebih suka berurusan dengan peniaga Cina juga. Mudah untuk mereka berkomunikasi dan bersosial.
Faktor lain yang aku rasa tak kurang penting adalah setakat ini tidak ramai Melayu yang boleh 'dipercayai'. Didalam kata yang lebih manis mempunyai 'credit rating' yang rendah. Ramai usahawan Melayu yang liat membayar hutang dan ramai juga yang gulung tikar bersama hutang-hutangnya sekali. Aku mempunyai seorang sahabat yang berkerja dengan syarikat pengedar bahan binaan ternama dinegara ini. Menurut beliau usahawan Melayu yang paling ramai yang sedang diambil tindakan mahkamah oleh syarikatnya.
Ini adalah salah satu beban yang ditanggung oleh Usahawan Melayu. Iaitu kesukaran mendapat 'kredit' untuk menjalankan urusniaga. Semua terpaksa dibayar tunai atau setidak-tidaknya deposit 30%. Pernah aku berdebat dengan seorang pembekal tentang samaada mereka boleh dipercayai bila kita membayar deposit kepada mereka (kadang sampai beratus ribu..boleh beli perdana cash)...jawaban beliau sangat menusuk kalbu aku ..katanya " U selalu dengar kita bawak lari wang kah?".
Cuma setelah 10 tahun dalam industri ini, aku sudah punya rangkaian pembekal tetap yang sudah boleh diharapkan untuk memberi kredit. Rahsianya anggaplah mereka ini business partner anda. Bila sampai waktu untuk membayar, ikhtiarkanlah pembayaran. Insyaallah anda akan dihormati oleh mereka.
Salam
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Monday, July 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment