bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, July 31, 2009

Tanah Untuk Di Jual

Lokasi : Sebidang Tanah di Hulu Kelang dalam area Kg Pasir dekat Ukay Perdana
Ukuran : 65ft x 300ft (19500kp)
Deskripsi : Diapit oleh jalan (kiri kanan), mempunyai 2 blok rumah sewa sedia ada
Harga jualan : 700k (rm 35 skp) atau dirunding
hubungi iktiar hidup @019 2312128

Tuesday, July 28, 2009

Mengapa orang kita suka sangat dengan skim cepat kaya?


Akhbar Kosmo hari ini melaporkan sekumpulan pelabur sebuah koperasi yang memerangkap Pengarah Sebuah Koperasi yang berpangkat Datuk kerana dipercayai memperdayakan mereka dengan skim cepat kaya (klik disini). Dikhabarkan datuk ini mengaut keuntungan 55 juta!


Respon aku...hambik kau!. Mengapa orang kita cukup mudah diperdayakan dengan skim skim cepat kaya begini amat menghairankan aku. Mengapa orang kita sanggup bergolok bergadai kerana skim -skim yang berlambak begini. Semua skim ini adalah skim piramid. Kalau di US dipanggil Ponzi Scheme sempena nama Charles Ponzi yang mencipta skim ini.


Skim piramid bukan skim perniagaan. Ia hanya menggunakan perniagaan sebagai helah untuk mengutip dana. Skim-skim begini haram hukumnya. Mengapa begitu mudah kita terpedaya?.


Dalam hukum Islam wang tidak boleh beranak diatas wang lain, wang hanya alat untuk jual beli. Wang tidak boleh digandakan dengan riba. Skim ini secara hakikinya menggunakan asas riba. Ia berganda diatas wang lain.


Mudah sahaja hendak mengenal skim piramid. Jika anda hanya perlu melabur sejumlah wang ( atau diminta dengan membeli sedikit barangan dengan harga yang tak masuk akal), kemudian pelaburan anda dijanjikan pulangan tiap-tiap bulan dengan peratusan yang tinggi, maka berhati-hatilah, ini adalah tanda awal skim piramid.


Skim piramid bergerak dengan menjanjikan pulangan yang dari sudut perniagaan hampir mustrahil untuk diperolehi. Ia amat bergantung kepada peserta baru secara berterusan. Sumbangan perserta baharu akan diagih-agihkan kepada upline dengan peratusan tertentu. Ia nampak elok dan teratur sehingga semakin ramai perserta baru diperlukan untuk menampung upline yang ada, bila peserta baru mula berkurangan, maka pulangan pun semakin lembab dan akhirnya piramid ini runtuh. Masa itu baru tahu langit tinggi rendah.


Telalu banyak skim ini dijual atas nama Islam, membantu sesama Islam oleh orang-orang yang kononya berjuang untuk Islam tetapi hakikatnya ia haram. Anda pernah dengar skim Kopedik, Jati Emas, Buluh Emas, Platinum Lane, Swiss Cash, Perigi Duit, Etika Emas dan berbagai lagi skim yang hakikatnya akan mengkayakan pencipta skim ini dengan pantas. Hasinyal dah sah haram, tetapi tergamak mereka bagi anak bini makan dengan wang hasil tipu helah ini.


Aku pernah dengar seorang pengarah satu skim ini yang kini diburu oleh kerajaan dan bersembunyi diluar negara yang teramat kaya. Konon cerita adik ipar beliau, beliau membawa wang tunai dalam plastik sampah dalam bonet kereta BMW 7 series beliau yang berharga lebih 600k. Memang skim ini cepat mengkayakan kerana 2 tahun sebelumnya beliau hanya seorang kerani bank! Tetapi hakikatnya wang-wang yang beliau bawa dalam plastik itu mungkin wang ibu tunggal, wang warga tua, wang pencen. Tidakkah ini semua penganiayaan.


Pencipta skim ini tahu bahawa skim ini melanggar undang-undang dan akan runtuh pada satu masa, tetapi mereka tidak peduli.


Kalau hendak terlibat didalam perniagaan carilah perniagaan yang melibatkan jual beli. Ada Value added bukan menggandakan wang tanpa mengeluarkan setitik peluh pun kerana akhirnya yang menitik bukan peluh tetapi air mata.


Rakan sekolej aku kehilangan lebih 140k kerana terlalu taksub dengan Swiss Cash. Simpanan beliau selama lebih 20 tahun bekerja hangus kerana terlalu percaya skim ini akan menjadikan beliau lebih kaya. Mujurlah beliau bergaji besar, maka kehidupannya tidak begitu terjejas teruk, melainkan terpaksa tidur diluar bilik beberapa minggu kerana isteri mangamuk sakan!


Mengikut cerita beliau sepasang suami isteri yang berjawatan doktor menjual klinik mereka dan melaburkan semua wang tersebut kedalam Swiss Cash, akhirnya merana bersar. Hargailah wang yang anda sudah ada, bukan terpedaya dengan wang yang bakal ada.


Salam untuk yang terpedaya.

Friday, July 24, 2009

Ahhh...Tensionnya...

7 hari lagi dateline untuk menyempurnakan projek. Tujuh hari yang cukup pendek untuk menyempurnakan semua perkara-perkara kecil yang akan memberi 'first impression' kepada pelanggan.

Walaupun kerja sudah 95% siap, namun faktor-faktor kecil yang akan menyebabkan dateline ini terbabas!. Sudah berkali-kali aku memeriksa 'check list', masih ada perkara yang belum sempurna, masih ada hal yang terlepas pandang. Cermin penuh dengan cap jari, siling penuh dengan comot-comot hitam akibat dibuka dan dipasang semula dan dibuka lagi dan dipasang semula oleh kontraktor penyaman udara, syelek pintu kayu comot, kunci salah pasang, singki kotor, PABX belum diprogram sebab pelanggan masih belum beri IP address...mana agaknya penyelia aku letakkan mata dia? diponggong agaknya...

Seringnya sewaktu projek aku sedang berjalan BP aku mesti diaras 149-155/90 otherwise masa tak de keje 120/80.

Cuma kali ini projek yang ini tidak memberi aku tekanan yang begitu teruk sebab payment vey-very prompt! Kalaulah semua pelanggan macam ni aman dunia aku!

Anyway, that is why I thrive so hard to impress them. I want the to be ny recurring client. Bukan one off je. So far my sub contractor all had perform to my expectation. God willing this will be a success.

Pray for me..
Salam.

Wednesday, July 22, 2009

SKIM CEPAT KAYAKAN PENGANJUR

Hari ini didalam akhbar ada tersiar berita tentang bakal usahawan ketam nipah yang tertipu berjuta-juta ringgit kerana sistem yang ditawarkan kepada mereka tidak menjadi.

Diberitakan peserta peserta membelanjakan 6-60 ribu untuk modul-modul penternakan yang mengandungi tangki fiber dan bahan-bahan kimia dan diberi beberapa ekor anak ketam untuk diternak. Peserta-peserta juga ditawarkan dengan jaminan beli balik sekiranya jualan mereka mencapai tahap matang.

Ulasan aku ;

Skim sebegini adalah satu bentu skim cepat kaya. Cepat untuk mengayakan penganjur!. bayangkan 3000 pserta membayar sekrang-kurangnya 6000 untuk satumodul, penganjur sudah boleh mengutip minimum 18 juta!!!. Bukankah skim ini baik? ya ia baik untuk penganjur...Sebagai seorang yang terdidik dalam bidang pertanian, aku sering juga menyertai seminar-seminar untuk menternak cacing, lintah, ikan ketutu, cendawan, ketam nipah, belut, fertigasi, orkid vanilla dan berbagai lagi aktiviti pertanian yang dipasarkan secara skim francais sebegini. Ini adalah satu strategi bijak- bijak kepada penganjur.

Bukan semua skim sebgini tidak berdaya maju, tetapi sebahgian besarnya adalah helah untuk menjual produk yang tiada pasaran sebenar!. Sewaktu aku berbual dengan usahawan cacing yang berjaya satu ketika dahulu, aku bertanya dimana pasaran beliau? jawaban yang aku terima adalah pasaran beliau adalah penternak cacing lain!. Soalan aku seterusnya adalah apabila semua penternak cacing ini mengeluarkan hasil dimana mereka hendak menjual cacing mereka?. Jawaban beliau kita kembangkan industri penternakan cacing ini supaya sentiasa ada penternak cacing. Inilah kelemahannya, penternakan cacing di Malaysia bergantung kepada penternak cacing sahaja. Bila pasran ini tepu siapakah yang akan membeli cacing2 itu?.

Memang benar cacing boleh dibuat pallet untuk makanan ikan, perubatan, baja dan sebagainya. Tetapi perkiraan kasar aku masih tidak viable sebab harga cacing dibeli oleh penternak pada rm450.00 sekilo selepas dicampur kos makanan, kos menjadi terlalu tinggi sedangkan harga baja buangan baja baru kira-kira 25 sekilo, pallet cacing 5 ringgit sebungkus. Hakikatnya pasti ada satu atau dua penternak yang akan berjaya membina tapak tetapi bilangannya sangat kecil yang mempunyai daya sain, sedangkan sebilangan yang lain akan terhapus perlahan-lahan.

Begitu juga dengan skim ketam, ketutu dan yang lain-lain. Cuma yang aku tengok Cendawan dan Cili fertigasi mempunyai pasaran luran yang cukup besar, tetapi pengusaha perlukan daya saing yang cukup kuat kerana harga komoditi ini turun naik dengan besar.

aku pun ingta nak francaiskan perniagaan aku lah...


Monday, July 20, 2009

Aduhai Pembekal

Jika anda seorang usahawan yang bergiat didalam bidang pembinaan, pencucian atau perbekalan am, anda tidak akan lari dari berurusan dengan pembekal Cina. Mahu tidak mahu kita mesti memperakui pembekal Cina adalah nadi dan tulang belakang kepada industri2 ini.

Aku sering berfikir mengapa orang-orang Melayu amat kurang didalam bidang perbekalan peruncitan bahan pembinaan ini. Salah satu faktor yang dapat aku fikirkan adalah bidang peruncitan ini merupakan 'capital intensive' dan marginnya rendah. Oleh yang demikian tidak ramai umat melayu yang mempunyai cukup modal dan kesabaran untuk bersaing dalam bidang ini.

Satu lagi hal yang aku dapat perhatikan adalah rangkaian jurujual Cina yang berkerja dengan pekilang-pekilang besar yang banyak itu lebih suka berurusan dengan peniaga Cina juga. Mudah untuk mereka berkomunikasi dan bersosial.

Faktor lain yang aku rasa tak kurang penting adalah setakat ini tidak ramai Melayu yang boleh 'dipercayai'. Didalam kata yang lebih manis mempunyai 'credit rating' yang rendah. Ramai usahawan Melayu yang liat membayar hutang dan ramai juga yang gulung tikar bersama hutang-hutangnya sekali. Aku mempunyai seorang sahabat yang berkerja dengan syarikat pengedar bahan binaan ternama dinegara ini. Menurut beliau usahawan Melayu yang paling ramai yang sedang diambil tindakan mahkamah oleh syarikatnya.

Ini adalah salah satu beban yang ditanggung oleh Usahawan Melayu. Iaitu kesukaran mendapat 'kredit' untuk menjalankan urusniaga. Semua terpaksa dibayar tunai atau setidak-tidaknya deposit 30%. Pernah aku berdebat dengan seorang pembekal tentang samaada mereka boleh dipercayai bila kita membayar deposit kepada mereka (kadang sampai beratus ribu..boleh beli perdana cash)...jawaban beliau sangat menusuk kalbu aku ..katanya " U selalu dengar kita bawak lari wang kah?".


Cuma setelah 10 tahun dalam industri ini, aku sudah punya rangkaian pembekal tetap yang sudah boleh diharapkan untuk memberi kredit. Rahsianya anggaplah mereka ini business partner anda. Bila sampai waktu untuk membayar, ikhtiarkanlah pembayaran. Insyaallah anda akan dihormati oleh mereka.

Salam

Friday, July 17, 2009

Jangan Kecewa Jika Anda Gagal...anda tidak berseorangan

Salah satu ketakutan yang sering menghantui bakal usahawan sewaktu berkira-kira samada hendak terjun kelautan keusahawanan in ialah takut untuk gagal. Gagal disini pastinya membawa maksud rugi. Jika rugi bagaimana hendak mencari semula modal atau bagaimana hendak kembali semula berkerja. Itu persoalan yang menghantui aku sepuluh tahun dahulu. Itu juga persoalan yang menghantui hampir semua usahawan.

Berita baik untuk anda, hampir semua usahawan yang berjaya pernah gagal. Kecuali anda anak PM atau bekas PM atau anak Tengku yang lain biasanya pernah tersungkur. Ditipu jutaan, puluhan atau ribuan ringgit adalah perkara lumrah. Bezanya adalah bagaimana kita menangani risiko dan bagaimana kita hendak bangun kembali dan meneruskan kehidupan. Seorang Professor aku pernah berkata, menangislah jika anda kecewa, tetapi setengah jam sahaja!. Selepas itu berfikirlah untuk mengatasi masalah anda!


Ketika aku baru hendak berjinak-jinak dalam perniagaan dahulu, waktu masih menjadi pengurus disalah sebuah syarikat korporat ternama Malaysia, aku dan rakan -rakan aku pernah berjumpa dengan seorang Haji - yang duduk di Taman Nirwana Ampang (kalau tak silap aku rumah dia beberhadapan dengan pusat perabut Cempaka).


Aku (pengurus projek), rakan aku (pengurus sebuah bank) dan seorang lagi rakan ( kontraktor) diperkenalkan dengan Haji yang kelihatan warak ini melalui seorang rimiser saham di Jalan Ampang. Tahun 93-97 kalau anda tak ada akaun saham BSKL tak cool babe!.


Dipendekkan cerita kami dijemput kerumah Pak Haji yang warak ni, dalam rumah dia penuhlah gambar dia dengan pemimpin negara, beliau mula bercerita tentang kehebatan beliau menjalankan hubungan dagang dengan tokoh-tokoh tertentu.


Kami ditawarkan satu perniagaan iaitu konsensi untuk menguruskan tempat letak kereta KLIA. Anggaran pendapatannya lebih 500k sebulan, Wah! kami yang naif dengan cerita ini terus teruja sangat. Tapi pengkerasnya rm100,000.00. Kononnya untuk diagih-agih kepada beberapa pihak tertentu.


Kami agak tercengang-cengang kerana tak punya wang sebanyak itu. Yang menjadikan waktu malang kami adalah rakan kontraktor kami yang merupakan seorang pemain saham spekulatif ( berjaya pulak tu ) menawarkan diri. Beliau akan mengeluarkan wang tersebut tetapi jika gagal kosnya harus dikongsi 3 (iaitu rm 33k seorang..). So tiga hari kemudian wang rm100k berpindah tangan. Salah satu sebab yang kami percaya Pak Haji ni adalah beliau membuat urusan ini dirumahnya.


Needless to say we were being duped by supercool religous conman. Berbulan -bulan kami cuba mendapatkan kesahihan, tapi yang dapat alsan demi alasan. Satu hari rakan aku yang merupakan pengurus bank ini membuat sedikit siasatan. Hasilnya beliau ialah seorang yang bangkrap!!!.


Bila cerita ini sampai ketelinga isteri aku, dia ketawa terbahak-bahak, sebab seorang pengurus projek yang menguruskan projek berjuta- juta, seorang pegawai bank yang kerja dia menapis pemohon yang berisiko dijual oleh seorang Pak Haji yang tak diketahui asas persekolahannya!


Peristiwa tersebut mematangkan aku didalam bidang ini. Bidang ini ibarat satu permainan sahaja. Kita mengatur langkah dan orang lain juga mengatur langkah. Jadi langkah kita mesti boleh disusuli oleh langkah lain yang boleh menyelamatkan kita dalam keadaan terperangkap.


Pokoknya dalam bidang ini jangan percaya kepada Tengku, Tan Sri, Dato' , Prof, Dr, Pak Hj atau apa gelaran sekalipun. Nilaikan semua proposal berdasarkan fakta dan logik perniagaan.


Percayalah bahawa kejayaan sebenar datang dari kudrat dan usaha sendiri. Tiap kali aku minum teh dengan kawan -kawan aku ni, kami mesti mentertawakan kebodohan kami. Pelajaran aku pada hari itu bernilai 33k. Lebih kurang sama kos untuk membuat MBA!

salam untuk yang pernah tertipu...

Thursday, July 16, 2009

Catatan untuk Teman yang berjiwa Rapuh...

Sahabat,
Mungkin engkau melihat diri ku sebagai terlalu keras, kasar dan brutal.
Kadang-kadang bahasa yang ku guna sarkastik dan sinikal dan tidak sesuai dengan jiwa mu yang halus maklumlah engkau berjiwa sasterawan....
Engkau melihat aku terlalu taksub mencari kesempurnaan.
Seorang yang terlalu melihat kepada kesilapan kecil.
Engkau merasakan aku menghukum mu diatas kekhilafan yang tidak wajar
lantas engkau merasa teraniaya

aku hanya meminta mu untuk sejenak memikir kembali
tentang perjalanan yang telah dan sedang kita lalui
tentang kemana yang hendap kita tujui
apa yang hendak kita capai
itupun jika engkau mempunyai keinginan yang sama
untuk mencari destinasi diri
mencapai yang terbaik yang boleh kita capai
sebelum kita mati...

Engkau ingin mengikuti ku
dalam dunia keusahawanan yang mencabar ini
sering aku berpesan dunia yang ini sangat brutal
dunia ini hanya untuk yang mempunyai cukup kekuatan dan semangat
untuk bangkit setiap kali tumbang, setiap kali....

Oleh itu berhenti menganggap dirimu PEKERJA kerana
sebaik sahaja manusia menganggap dirinya PEKERJA dia akan mula BERHENTI bekerja.
Aneh bukan?

Jika engkau ingin hidup didalam dunia yang ini
engkau harus belajar melengkapkan dirimu
dengan segala ilmu dan persenjataannya

Paling penting ebngkau harus mempunyai semangat yang jitu
bukan semangat melankolik yang jiwang
jika begitu jadilah engkau seorang nevelis, tulislah cerita-cerita lara yang enak
untuk halwa telinga dengan kiasan dan tamsil

Dunia yang ini untuk manusia yang realistik
untuk manusia yang tahu apa yang hendak dilakukan
bukan manusia yang kebingungan, umpama Rusa disuluh cahaya diwaktu malam
Malang sekali Rusa itu akan jadi habuan pemburu

Dunia ini memerlukan fikiran yang tajam
Ia mengkehendaki kita mempunyai kebolehan membaca situasi
Ia akan menghukum kegagalan untuk bertindak tepat pada masa
Ia tidak akan melayan jiwa yang hanya berpuas hati dengan apa yang ada

Dunia yang ini menyaksikan ramai orang terpelajar tersungkur
Dunia ini selalu menyaksikan kekecewaan manusia yang cuai dan tolol
Dunia ini telah penat menangisi jiwa yang dikuburkan dengan tangisan kegagalan
akibat tidak mempunyai persediaan untuk bermainan dengannya

Dan aku tidak mahu melihat engkau menerima nasib yang sama....
Sama seperti aku bimbangkan diri ku, aku juga bimbang akan kelestarian mu
kerana aku melihat engkau terlalu alpa dengan permainan dunia yang ini...

Dalam dunia yang ini, engkau tidak akan dapat bertahan secara berseorangan
engkau perlukan bimbingan dari yang pernah melalui denai beranjau ini
dengan sikap mu yang tidak mahu mempelajari seluk beluk dunia ini, engkau tidak diyakini akan bertahan walau pun setahun...

Kemana arah mu jika engkau tidak rajin mencari peluang?
Kemana sudahnya jika engkau tidak rajin mencari maklumat untuk melengkapkan diri mu?
Mampukah engkau bertahan dengan sikap 'tidak apa'?

Ketika teman sebaya sudah pergi jauh meninggalkanmu
engkau hanya mampu berkata
'Inilah yang tuhan takdirkan kepada ku'
Mengapa menyalahkan DIA bila DIA ada berkata yang DIA tidak akan mengubah nasib mu melainkan engkau sendiri?

Tetapi aku tidak menyalahkan mu
Sering aku diingatkan
Keusahwanan tidak boleh diajar tetapi boleh dipelajari...

Jika engkau tidak ingin menJADI apa yang engkau INGINkan kerana engkau FIKIR engkau tidak mampu maka apa lagi yang mampu aku lakukan, kerana engkau telah MATI sebelum JASAD mu mati...

Tuesday, July 14, 2009

Keusahawanan adalah satu perlumbaan marathon!

Ada sesuatu yang perlu kita perlu ubah jika kita hendak terjun kedalam bidang keusahawanan. Kita perlu mengubah mod minda kita dari minda makan gaji tetap kepada minda mencipta gaji mengikut kemahuan dan kebolehan kita. Mengapa aku kata begitu adalah kerana aku sering bertembung dengan ramai sahabat yang terjun kedalam bidang keusahawanan ini tetapi masih dengan mod makan gaji tetap.
Ramai yang ingin bergaji atau berpendapatan besar tetapi masih terikat dengan minda makan gaji tetap. Ini membantutkan usaha mereka. Setelah apa yang mereka angan-angankan tidak tercapai mereka berputus asa. Perkara pertama yang mereka buat adalah menyalahkan sistem dimana mereka berada! Tak ada konteklah, tak kenal orang dalam lah dan macam-macam alasan yang mudah untuk diciptakan.
Seorang Professor pernah bertanya dengan aku , apakah jawaban lazim kepada soalan yang ditanya kepada pelumba maratahon yang pertama dan yang terakhir sampai ke garisan penamat? Jawabannya adalah satu kata-kata 'klise' - Saya mencuba yang terbaik!.
Jelas kepada kita 'Mencuba yang terbaik' berbeda mengikut piawaian seseorang individu. Yang tetap dikenang adalah siapa yang sampai dahulu.
Hakikatnya percubaan terbaik kita hendaklah disertai dengan keazaman untuk menenpuh atau mengatasi rintangan keletihan dan kehausan. Pada peringkat pertengahan adalah peringkat yang paling mencabar kerana kita tidak tahu berapa lama lagi hendak habis atau berapa jauh kita telah lepasi. Minda akan berteka teki samaada perlu atau tidak berhenti berlari. Siapa yang tekun dengan usahanya lama-kelamaan akan mengumpul kekuatan untuk menamatkan larian.
Semakin lama kita membuat perkara yang sama semakin kita tahu kemampuan kita dan semakin kita tahu kerenah perjalanan kita. Pengetahuan tersebut boleh digunakan untuk mengatur strategi sesuai dengan keupayaan kita. Sesuai dengan kehendak fisiologi dan mental kita. Bagi yang berlalri terlalu laju diperingkat awal biasanya akan keletihan diperingkat pertengahan. Bagi yang bermula terlalu perlahan juga tidak akan berupaya untuk mengejar jika lawan sudah terlalu jauh.
Seperti yang pernah dimaklumkan kepada aku, 90% usahawan akan gagal di tahun pertama lagi. Separuh dari baki tersebut akan gulung tikar dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Bagi yang telah melebihi 5 tahun tersebut biasanya mereka sudah arif dengan sepak terajang industri mereka dan sudah boleh merangka strategi untuk bertahan.
Bagi yang baru setahun jagung sudah meletup, jangan terlalu angkuh atau terlalu suka..anda ada banyak tahun lagi untuk berjuang.
Satu fakta yang menarik yang pernah aku baca dalam buku Napoleon Hill adalah ;
1. Majoriti usahawan berjaya di US adalah yang melebihi 40 tahun malah diawal 5oan.
2. fakta yang paling menarik adalah kebanyakkan usahawan yang berjaya samaada wanita atau lelaki adalah kebanyakkan mempunyai pacuan seks (seksual drive) yang tinggi..hehehehe mengapa ye???

Salam untuk usahawan yang mempunyai pacuan....

Wednesday, July 1, 2009

Pusingan ke 2 keruntuhan ekonomi bakal berlaku

WARNING
The mainstream media and government are communicating that the economy is on a positive track toward recovery while downplaying the likelihood of another economic catastrophe similar or worse than that experienced in the fourth quarter of 2008 and first quarter of 2009. In actuality, there is a significant chance that the U.S. will experience a severe economic collapse, beyond what has already been experienced, either this year or within the next few years. If there is a perceived, sustainable economic rebound before this happens, do not be fooled - the underlying economic problems still exist and will likely eventually surface in economic collapse.

This following analysis further explores this warning by describing:

1. The 4 key reasons an economic collapse is likely imminent
2. Why these 4 reasons make the economy vulnerable
3. Warning signs and triggers to monitor to foresee a collapse before it happens
4. What can result from an economic collapse
5. Ideas for preparation



The 4 Key Reasons an Economic Collapse is Likely Imminent



1. The U.S. has unprecedented, massive amounts of current and coming debt.
2. Foreign countries have experienced their own crises, and they cannot offer added levels of debt funding for the U.S. Even if they could, they are unlikely to do so.
3. Productivity is declining, and everything the government is doing is further hurting productivity.
4. The U.S. is printing unprecedented, massive amounts of money and no longer has an ability to control inflation and deflation.



1. The U.S. has unprecedented, massive amounts of current and coming debt.

1. Over $11.4 trillion in current debt and growing
2. $1.8 trillion deficit in current budget - $9.3 trillion over next decade (likely to be higher)
3. Outstanding future debt of $43 trillion to $102 trillion from entitlements
4. Debt Comparison to U.S. GDP

A. Over $11.4 trillion in current debt and growing


U.S. federal debt is now over $11.4 trillion. As this graph is slightly outdated, you can imagine how far off the graph the line will need to go to chart the increase.

Link penuh (klik disini)