10 bulan dahulu aku menjemput seorang rakan lama untuk menyertai aku didalam bidang keusahawanan. Ketika itu menghadapi masalah dengan tempat beliau bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat konsultan kewangan yang terjejas akibat kejatuhan pasaran saham dan pasaran kewangan antarabangsa.
Niat aku adalah untuk membantu beliau bertapak didalam bidang keusahawanan ini dengan harapan selepas beberapa lama beliau akan mampu mengembangkan sayapnya dan dapat berdikari dengan usahanya sendiri. Sebagai seorang yang dekat dengan industri kewangan aku percaya beliau berkebolehan untuk 'master' dengan pantas sebarang model perniagaan.
Sebagai permulaan aku berjanji untuk membayar gaji asas beliau mungkin untuk selama setahun sementara beliau bejar selok belok perniagaan atau bagi beliau mencari 'forte' beliau dalam bidang keusawahanan ini. Sebagai balasan beliau akan membuat sedikit kerja-kerja aku seperti lawatan tapak, membuat lapuran serta menguruskan projek yang mana aku memerlukan bantuan,
Model yang sama telah aku gunakan dengan rakan kongsi aku sekarang ini. Sewaktu beliau menyertai aku dahulu, aku memberi beliau gaji asas sementara beliau belajar selok belok perniagaan. Setelah 10 bulan beliau, betul-betul meletup dengan keupayaan untuk menjana lebih dari RM 2 juta urus niaga!
Namun dengan rakan ini aku menghadapi kesukaran. Mungkin kerana 'expectation' aku yang tinggi terhadapnya atau mungkin kerana beliau tidak berupaya menguasai bidang ini dengan secepat atau sepantas yang aku harapkan.
Setelah 10 bulan, pada pandangan mata kasar , yang mempunyai 10 tahun pengalaman ini, beliau mungkin tidak akan kemana-mana dalam dang ini jika beliau meneruskan mod yang sama. Dilemma aku adalah bagaimana hendak memberitahu secara jelas kepada beliau. Aku sudah beberapa kali menegur beliau tetapi responnya tidak begitu positif kerana sikap tidak ambil peduli dengan teguran.
Beliau tidak selesa berurusan dengan pelanggan, takut untuk berhadapan dengan masalah, memandang negatif semua perkara yang tidak menyebelahinya. Ini menyebabkan beliau berkelahi dengan sub kontraktor dan kini beliau berkelahi dengan rakan perniagaan aku!.
Hasrat untuk menolong kini menjadi beban pula dipundak aku.
Mungkin tidak baik untuk aku membuat 'judgement' terlalu awal, tetapi ketidak khuatiran beliau terhadap situasi yang mendepani beliau membuat aku gusar. Aku bimbang jika aku melepaskan beliau bersendirian, beliau akan tersungkur dalam alam perniagaan ini. Dalam usia yang menjangkau 40an dan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ditambah dengan 'attitude problem', adalah sangat sukar untuk mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan kewangan beliau.
10 bulan aku perhatikan beliau langsung tidak membuat jaringan perniagaan, langsung tidak mencari atau mencari bakal-bakal pelanggan. Di pihak aku, mungkin aku boleh menganggap ini adalah satu pelaburan yang gagal, namun bagi isteri dan anak-anaknya ini adalah masa depan mereka....
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Wednesday, September 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ada orang yang perlu diajar dengan satu kejutan untuk membuatkan mereka sedar dan bergerak. Macam orang yang takut terjun kolam dengan pujukan dan rayuan, kita tolak saja masuk biar dia terkapai-kapai mencari jalan timbul sambil kita perhati dengan pelampung.
ReplyDeleteSuruh saja dia keluar dan berdikari, nampak kasar tapi tiada niat membunuh, hanya salah satu methode pengajaran.
Manusia yang hidup telah tertulis segala rezkinya sehingga mati, Allah jamin itu dan manusia amat flexible dalam mengadaptasi situasi kehidupan.
Anak isterinya juga dalam jaminan Allah, adalah jalan keluarnya.
Kita berniaga, perlu buat cara berniaga, kalau seorang general tak gamak kerahkan askarnya serang dan bunuh orang, alamat semua askar dan tanah air akan musnah.
Sekadar pandangan kalau-kalau boleh diambil pengajaran.
Salam sejahtera. Saya sedar tentang hal itu dan sebenarnya, kesimpulan itulah yang mungkin sekali akan diguna pakai, namun sebagai manusia dan sebagai rakan kebimbangan tetap juga dirasakan.
ReplyDeleteTerima kasih kerana komen anda.