Hari raya tahun ini, seperti biasa kami semua terperap di Kuala Lumpur. Dah tak ada kampung untuk kami pulang. Sudah tidak ada orang-orang tua yang rapat yang masih tinggal di kampung. Kalau adapun yang veteran, semua dah ada di Kl ikut anak-anak.
Menjelang hari raya ke tiga sudah tidak banyak rumah yang hendak dilawati. Sebab banyak rakan dan taulan ada di kampung. Kena tunggu mereka aturkan rumah terbuka la pulak...Mungkin itulah sebabnya mengapa orang KL beraya selama sebulan!. banyak sangat rumah terbuka selepas hari raya...
Bagi orang seperti aku yang tak biasa cuti lama-lama, cuti panjang sampai seminggu macam ni merimaskan. Nasib baiklah ada sedikit kerja yang boleh aku buat untuk menghabiskan waktu. Ada lapuran dan proposal yang boleh aku siapkan. Jadi balik sahaja dari cuti dah boleh submit.
Cuma masa lapang yang panjang ini memberi ruang dan masa untuk mengenang kembali perjalanan sebagai usahawan kecil serta memikirkan langkah-langkah seterusnya bagi memastikan kelestarian sebagai usahawan. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini bergantung kepada satu punca usaha sahaja mungkin bukan langkah yang baik.
Namun untuk mengambil langkah untuk 'diversify' juga akan memberi risikonya tersendiri jika infratrukturnya tidak mencukupi. Jika kita pakai terjah sahaja silap-silap masuk parit.
Namun satu kegembiraan aku adalah banyak ahli keluarga rapat aku sudah mula terlibat dalam keusahawanan ini sebagai pilihan kerjaya. Adik perempuan aku sudah menceburkan diri dalam bidang perbekalan daging segar dan daging salai secara runcit. Perkembangannya sangat menakjubkan. alhamdullillah.
Salam eid ul fitr untuk semua.
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Tuesday, September 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selamat Hari Raya untuk anda dan seluruh saudara mara.
ReplyDelete