bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, December 25, 2009

Kura-kura...


Aku sering melabel teman aku ini sebagai kura-kura. Sebabnya pada aku teman aku ini hilang dalam dunia kecilnya sendirian meskipun dia dikelilingi hiruk pikuk dunia. Kura-kura mempunyai satu sikap yang aneh, setiap kali dia terancam atau merasa dirinya terancam dia akan segera memasukkan kepala dan kakinya didalam tempurung kecilnya sehingga dia merasa cukup selamat. Bayangkan ketika dia melintas jalan kemudian dia merasa terancam dan segera menyorok didalam tempurung kecilnya...

Namun hahikatnya banyak manusia adalah kura-kura. Mereka segera masuk kedalam 'comfort zone' mereka sabaik ada masalah yang mereka tidak selesa untuk tangani. Mereka berharap keadaan akan menjadi baik semula tanpa apa-apa tindakan dari diri mereka sendiri. Alangkah moleknya jika keadaan itu sentiasa berlaku.

Apabila kita hendak terjun kedalam bidang keusahawanan kita tidak boleh mengharap keadaan akan menjadi baik dengan sendiri. Semua orang hendak berjaya tanpa perlu mengeluarkan walau setitik peluh namun hakikatnya ia tidak pernah berlaku sedemikian rupa.Jika setiap kali kita menghadapi kesukaran kita berhenti dan tidak mahu mencuba maka hentikanlah angan-angan untuk menjadi usahawan. Dunia sebegini bukan untuk kura-kura. Dunia ini adalah untuk manusia pantas. Pantas dalam ikhtiar, pantas dalam menukar strategi serta pantas dalam tindakan.

Banyak cerita kejayaan yang boleh kita kongsi dalam bidang keusahawanan yang sangat luas ini. Pernah dengar cerita manusia yang tidak lulus PMR berpendapatan 15k sebulan?, tentang peniaga makanan yang berpendapatan 30k sebulan, tentang peniaga popia yang membuat keuntungan 800 ringgit sehari? Kelulusan hanyalah sekeping kertas dalam dunia usahawan ini. Kelulusan tidak menjanjikan apa-apa selain hakikat yang ia mengajar kita berfikir dari sudut yang betul...

Seorang teman yang telah mencuba untuk berniaga selama setahun namun tidak kemana-kemana dengan usahanya itu pernah memberi komen yang dia belum dapat 'momentum'nya.
Bila dia ditanya apa maksud momentum dia tercengang-cengang. Momentum bermaksud gerakan tanpa kawalan yang terhasil apabila kita berhenti dari satu gerakan terkawal. Seperti kereta yang masih bergerak walaupun kita telah membrek.

Momentum tidak terhasil dari benda yang tidak bergerak!!. Padanlah dia masih tidak jumpa momentum sebab dia tidak pernah membuat gerakan!!!.

Kadang-kadang kita tidak akan tahu bahawa kita boleh berenang sehinggalah seluruh badan kita berada didalam air. Kadang-kadang manusia yang tidak tahu berenang tiba-tiba boleh berenang apabila dia jatuh kedalam air. Kadang-kdang Ketakutan boleh menghasilkan sesuatu yang positif apabila ia melibatkan survivorship.

Peter Drucker pernah berkata 'if you are lost, just take any route, it will take you somewhere'

Salam untuk yang belum ada 'momentum'...

No comments:

Post a Comment