Tiba-tiba dalam beberapa hari ini pinggang aku mengalami sakit yang teramat...berjalan lama sikit tak boleh..duduk lama sikit sakit...sakitnya bukan berdenyut-denyut..cuma ia mambuat aku tak berapa selesa.
Aku teringat satu latihan yang aku jalani sewaktu kursus modul pertama tempohari. Dalam latihan yang dinamakan cob web building itu, kami harus membawa teman-teman sekumpulan melepasi cob web yang mempunyai lubang setinggi paras pinggang. Kami dikumpulkan didalam kumpulan yang agak2 sama saiz. Bayangkan kalau berat aku sendiri 90 kg, dan kumpulan kami ada sekurang-kurangnya 8 orang!
Aku tak sangka pula yang kesannya hanya akan dirasai selepas 3 minggu!. Laa ni hidup agak sengsara sikit. Nak angkat beras 10kg pun aku rasa payah sangat.
Mungkin pinggang aku dah bagi notis tentang usia aku yang semakin tinggi agkanya itu!. Dalam tempoh tak sampai sebulan setengah umur aku aku akan meningkat setahun lagi.
Mungkin juga pinggang aku marah sebab aku dah terlebih guna agaknya!
Salam untuk pinggang aku....
SALAM ZUL,
ReplyDeleteBILA DAH JAUH PERJALANAN, PINGGANG TETAP KENA JAGA BRO. LAMA LAGI NAK DI PAKAI TU..
Cuba senaman ini untuk melegakan sakit pinggang.
ReplyDeleteDuduk dalam keadaan tasyahud awal. Letakkan tangan di lantai ke belakang sikit dati badan anda dan luruskannya. Turun perlahan-lahan hingga dagu anda berada di antara dua kepala lutut. Jangan paksa, perlahan-lahan tahan seberapa lama yang anda boleh.
Selepas itu dalam keadaan yang sama. Letakkan kedua tangan anda di depan lantai, luruskan dan turun perlahan-lahan seperti tadi dan tahan seberapa lama yang boleh.
Amalkan selalu selepas solat, pagi dan malam, insyallah anda akan rasa lega.
Salam Sdra Azuan dan Subhi, Saya ada mencuba sedikit senaman-senaman spt yang dicadangklan tu. Tapi badan dah lama ni keras la pulak..Betul tu Azuan, pinggang ni kalau lama-lama dia meragam masalah akan berjangkit...
ReplyDelete