Aku pernah terbaca buku yang mengatakan begini 'We can pluck money out of thin air, we just have to know how..". Jika kita imbas sekali lalu kenyataan berbunyi hampir mustahil, tetapi jika kita mula memikirkannya kita akan dapati bahawa inilah kenyataan yang menggambarkan sifat sebenar seorang usahawan. Usahawan adalah manusia istimewa kerana mereka mampu memetik wang dari angin lalu!
Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan seorang muda (beliau berusia kurang 25 tahun). Cara penampilannya paling sederhana dan amat merendah diri. Dalam perbualan kami aku dapati beliau seorang tidak mempunyai kelulusan. Beliau anak seorang ibu tunggal. Ibunya diceraikan ketika beliau masih dalam kandungan. Beliau membesar sebagai seorang anak yang memberontak dan keras kepala . mungkin kekurangan hidup beliau berbanding dengan rakan sebaya membuat beliau tidak berpuashati dengan keadaannya. Beliau lari meninggalkan rumah pada usia 14 tahun dan berkelana dari satu kerja ke satu kerja.
Tetapi yang menarik beliau sebenarnya sedang mencari-cari sebuah lokasi yang sederhana dengan sewa yang rendah untuk dibuat pejabatnya. Rupa-rupanya kini beliau bekerja sendiri sebagai 'loan facilitator' tapi bukan Ah Long!. Beliau menguruskan pinjaman kakitangan kerajaan atau swasta untuk mendapat berbagai-bagai pinjaman dari Bank-bank perdagangan dan koperasi. Bank akan membayar komision berdasarkan jumlah pinjaman yang diluluskan. Biasa Bank bagi 8-13%
Beliau bercadang untuk membuka pejabat tetap kerana permintaan keatas khidmatnya meningkat dizaman gawat ini. Untuk beroperasi dari rumah sewa sudah tidak nampak meyakinkan kerana pelanggannya kini bukan lagi dari golongan bawahan tetapi eksekutif dan pengurus.
Yang mengejutkan aku adalah apabila aku bertanya purata pendapatan beliau. Jawabannya 'Cukup makan je bang', tapi bila aku tanya angkanya beliau menjawab dah empat bulan income saya melebihi 10K, November saya cecah 26K!.
Nah, itulah contoh usahawan yang memetik wang dari angin lalu!. Beliau mampu berbuat begitu kerana beliau 'know how to do it!'. Bayangkan ada anak-anak kita, malah ada antara kita sendiri menghabiskan bertahun-tahun belajar diuniversiti namun bila keluar kita hanya cukup makan sedangkan ada setengah individu mampu memtik wang dari angin lalu dengan mudah!. Mungkinkah ini semua ada kena mengena dengan 'law of attraction' yang popular itu.
Setengah-setengah orang bukan mencari rezeki tetapi rezeki datang mencarinya....
Salam untuk yang murah rezeki.
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Sunday, December 27, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment