bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Tuesday, June 9, 2009

pakej yang tidak dirangsang dengan betul...akan menjadi pakej gersang


Salam bahagia...agak lama juga blogger ini tidak menjenguk ke alam maya. Kesibukkan mengejar kehidupan dan mengendalikan apa yang sudah diamanahkan oleh pelanggan termasuk mendepani masalah-masalah biasa menguruskan projek menyebabkan tidak cukup masa dan upaya untuk menitipkan buah fikiran dan pandangan.


Bagi yang bergelar usahawan terutama didalam bidang pembinaan, waktu begini adalah waktu yang sibuk sedikit kerana banyak kerja-kerja sedang ditenderkan, dalam proses di award atau implementasi. Tambahan dalam keadaan ransangan-ransangan yang sedang berjalan ini, maka banyaklah yang teransang...tak gitu kontraktor wibawa? (beliau selalu mengeluh tak dapat ransangan mencukupi...)


Tapi apa yang aku ingin titipkan disini ialah walaupun niat kerajaan ini mulia mau merangsang ekonomi negara, tetapi pada pandangan aku ialah cara ia dihebahkan tidak dibuat dengan betul, akibatnya ia menjadi pakej ransangan tertutup.


Masalah aku sekarang ialah hanya beberapa orang atau beberapa kumpulan sahaja yang tahu sahaja yang ada maklumat bahawa agensi polan polan sedang mengumpul senarai nama syarikat untuk pakej ransangan..sila beri profail kepada sipolan atau sipolan.


Akibatnya ramai orang-orang yang tidak berkenaan mencari kontraktor kelas anu dan anu untuk diberi kepada agensi anu dan anu. Mengapa kerajaan tidak bertindak dengan telus dan mengiklan terus disurat khabar tanpa melalui proses bisik-bisik ni? Ini menyebabkan usahawan yang rajin mencari peluang macam akupun boleh terlepas peluang. Kalau malas nak iklan kat surat khabar iklan kat internet sudah lah.


Keadaan begini akan menggalakkan pacat dan lintah yang tidak pernah menjadi usahawan tetiba nak pinjam lesen pasal ada peluang dan kabel.shissssssssssshhh penat betul lah macam ni.


1 comment:

  1. SALAM SAHABAT,

    PACAT DAN LINTAH MASIH BANYAK YANG BELUM MATI, MACAM MANA LA AKU NAK SENANG HATI?

    AKU SELALU DENGAR KELUHAN KONTRAKTOR KECIL, DEPA TAK BERANI NAK BERCAKAP TERANG2, BIMBANG SYARIKAT 'DI PETI SEJUK KAN'. PADA DEPA REZEKI TU ORANG BERKUASA YANG PEGANG.

    AKU CUKUP DENGAN APA YANG ADA SEBAB AKU DAH BERUSAHA SEBERAPA YANG TERDAYA, SELEBIHNYA AKU SERAHKAN PADA YANG MAHA KUASA.

    CUMA AKU BERTAMBAH TERANGSANG BILA NAMA KU DI SEBUT-SEBUT..

    TERIMA KASIH ZUL KERANA MASIH MENGINGATI..

    ReplyDelete