bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Wednesday, March 25, 2009

Duit-Duit-Dimana kau Duit?

Sewaktu M. Nasir menyanyikan lagu itu, aku rasa beliau tak ada masalah duit. Beliau artis berjaya, masalah beliau ialah bagaimana hendak menguruskan duit!
Masalah duit , adalah masalah usahawan kecil macam aku. Sentiasa kekurangan modal untuk menampung kos projek sementara bayaran bagi urus niaga terdahulu diperolehi. Kadang-kadang aku pening kepala, sebab bila orang bertanya 'ada duit ke tidak?' aku tak tahu macamana nak jawab. Nak kata tak ada, duit ada...nak kata ada...baki bank cukup2 makan je..sebab pelanggan masih belum menjelaskan bayaran..kadang 3-4 bulan baru dapat. Itulah dilemma biasa masa kini.
Ketika aku bekerja dahulu aku tak kisah pasal aliran tunai firma tempat aku bekerja. Paling penting aku capai sasaran pelan perniagaan aku dan dapat imbuhan pada bulan berikut atau bonus hujung tahun. Yang lain aku tak ambil kesah. Bila GM aku berkerut dahi pasal collection aku wat tak tahu je. Sekarang aku dah rasa sendiri.
Satu lagi aku pening bila pergi 'tender interview', kadang-kadang yang jadi interviewer jenis mangkuk berayun. 'Baki wang dalam akaun ni sikit je..macam mana nak buat projek ni??- selalu betul aku dapat komen cam tu. Sudah tentulah baki sedikit sebab ia diniagakan, kalau baki banyak maknanya syarikat tiada projek lah!!. tengok lah pada transaksinya dahulu bang oi!.
Got money?
Salam...

No comments:

Post a Comment