هو الذي جعل لكم الأرض ذلوﻻ، فامشوا فى مناكبها وكلوا من رزقه، وإليه النشور.(الملك : ١٥)
Terjemahan : " Dialah Allah yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah disegala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekinya. Dan hanya kepadanya jua kamu kembali setelah dibangkitkan.
Begitulah ikhtiar kita sebagai hamba, berjalan ke seluruh pelusuk bumi untuk mencari rezeki yang telah ditentukan olehNya. Dengan penuh kesedaran bahawa semua ikhtiar adalah sekadar ikhtiar dan semua ketentuan berada dengannya.
Kadang-kadang sebagai manusia kita terlupa fakta-fakta ini. Kita menyangka semua rezeki yang kita dapat adalah hasil daripada kerja kita dan tiada kena mengena dengan benda -benda lain. Namun hakikanya sebagai seorang muslim sangkaan itu semua tidak benar.
Jika semuanya adalah ketentuanNya mengapakah kita perlu bekerja keras?. Malah Nabi s.a.w meminta kita berkerja seolah-olah kita akan hidup seribu tahun dan beramal seolah-olah kita akan mati esoknya?
Ini kerana Tuhan tidak mentakdirkan rezeki turun tanpa ada ikhtiar. Tuhan memberi kita pintu-pintu rezeki tetapi terpulanglah kepada kita untuk mrncari ikhtiar bagi membuka pintu-pintu yang sudah disediakannya. Firman Allah , bahawa Allah tidak akan mungubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya dengan tangan mereka sendiri.
Ini memberi makna bahawa untuk mendapatkan rezeki kita perlu menyediakan 'pintu-pintu' yang mana darinya rezeki akan turun kepada kita. Bagi seorang yang bekerja 'pintu'nya adalah majikan masing-masing. Kita juga mungkin memcipta 'pintu-pintu' lain seperti MLM, berniaga kecil-kecilan atau apa sahaja ikhtiar bagi menjadi saluran untuk rezeki turun mendapatkan kita.
Bagi setengah orang ilmu menjadi pintu, bagi setengah yang lain kemahirannya menjadi saluran. Namun semua rezeki tersebut perlu ada satu saluran bagi membolehkan ia turun.
Bolehkan kita menarik rezeki, seperti yang diwar-warkan oleh hukum tarikan itu ( Law of attraction)? Mungkin benar, namun ia tetap memerlukan pintu-pintu yang membolehkan rezeki turun.
Namun sebagai manusia, kita sentiasa diuji, ketika tuhan menurunkan rezeki, kita perlu berhati-hati dalam mencipta pintu-pintu kerana ada pintu yang haram bagi kita dan ada juga yang halal. Ini akan menentukan samada rezeki itu menjadi halal atau haram. Dan ujian kepada kita manusia adalah memilih untuk mencari atau membuka pintu yang halal bagi kita, kerana terlalu banyak pintu dan saluran yang haram bagi kita...
Aku mencanai tulisan ini seketika menanti waktu zohor mendatang kerana selepasnya aku akan bertolak ke Kuala Krai untuk menghadiri mesyuarat tapak apda hari isnin nanti. Ini merupakan mesyuarat terakhir kerana kerja-kerja aku telah semprna dilaksanakan.
Dan ketika menghampiri bulan April ini, syarikat aku masih belum mendapat sebarang kerja baru. Sebagai seorang manusia ini sesuatu yang membimbangkan, namun sebagai seorang hamba Allah, aku sedar semua adalah ketentuanNya. Aku telah berusaha menciptakan pintu-pintunya, Doa aku semuga bahagian aku akan turun..wallahu aklam...
Salam untuk pencar-pencari yang berjalan dimuka bumi...