Kami sampai jam 8.30 pagi, ketika aku ambil no giliran anak aku nonya ialah 123. Seramai 123 orang sedang menunggun untuk berdaftar dengan klinik ini. Itu baru jam 8.30 pagi!. Setengah jam kemudian no giliran mencecah 180 orang! Hampir 60% ( pada pandangan mata kasar aku) selsema dan demam.
Perkara yang menyebabkan aku seriau adalah hampir semua orang disana termasuk jururawat dan attendan kecuali seorang doktor tidak memakai topeng pelindung. Ini termasuklah aku dan anak aku!. Dalam pada itu aku terdengar pembantu perubatan merungut kerana hanya ada 1 doktor sahaja pagi ini. So kalau aku nak tunggu, mungkin sampai petang baru selesai urusan aku dan anak aku.
Untuk mengelakkan risiko jangkitan H1N1 dari orang lain, aku terus membawa anak aku ke klinik swasta. Dari beliau mengunggu berjam-jem diklinik dengan orang semua batuk, berkahak dan demam biarlah aku keluar duit lebih sikit.
Pada pandangan aku, H1N1 mudah merebak dinegara ini adalah kerana kita (kerajaan dan rakyat) tidak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Datang ke klinik dengan membawa anak2 yang sihat dan membiarkan mereka berlari-lari diruang menunggu yang semoit dengan oraang batuk2 dan selsema bukan langkah yang bijak. Dalam keadaa hospital kita kini dibebani dengan ramai orang demam dan batuk sepatutnya kakitangan klinik diberi perlindungan dari risiko jangkitan. Aku tengok mereka yang ada diklinik macam tak risau yang mereka terdedah kepada kuman-kuman dari pesakit.
Tetapi mungkin kebanyakkan lalaki di klinik tersebut tak berapa kisah sebab mereka tak takut H1N1, mereka lebih takut B1N1! hehehe
H1N1 tu sangat berbahaya kerana berasal dari binatang yang (H)aram no.(1) & (N)ajis no.(1)
ReplyDeletewalaupun dah jadi wabak, kat tempat aku nih macam xde pape yang berlaku. semua masih santai bersukan & ngobrol selamba tanpa pelindung muka.
betul la zul, ramai lelaki lebih takut bini dari virus babi..