Catatan Kehidupan
kerana apapun ku ucapkan tidak akan merubah apa-apa
kerana jika engkau ingin mengambil kerja Tuhan
Silakan
Selepas ini
Tidak akan ada lagi lafaz atau kata-kata
kerana tidak akan ada kata-kata
yang dapat menggambarkan kelukaan dan kepedihan
Selama di bohongi oleh kepura-puraan
manusia-manusia fasik
Tetapi kita semua
akan di adili oleh hakim yang paling adil
dihari yang pasti
dimana
Kepandaian berhujah atau madah-madah indah
tidak akan bermakna apa-apa
Jika kepuasan dunia
memfitnah dan mencaci
memuaskan hati
silakan
tetapi jangan lupa hakikat
Pembohongan sekalipun diucapkan oleh semua manusia
tetap pembohongan
kebenaran
sekalipun tiada siapa yang mengucapkannya
tetap kebenaran
itu kerja TUHAN
menentukannya
Fitnah dan pembohongan
yang disampai dari satu telinga ke satu telinga
akan menghantui mu dipintu kuburmu
Nah puaskan hati mu memfitnah dan mencaci
bergembiralah kerana berupaya merasa seronok
tetapi jangan lupa
hukum karma alam
fitnah dan cacian itu akan kembali kepada mu
Ketika itu tidak ada pintu untuk bersembunyi
berlarilah engkau kesana-kemari
cuba menutup aib diri
sedangkan engkau tidak sedar
Tuhan memberi peringatan
tentang pintu terakhir
yang bakal kau jengahi
Kita semua manusia yang diuji
dengan kepayahan dan juga kesenangan
Kepayahan bukan bala
Kesenangan bukan nikmat
Kebahagiaan sementara
Penderitaan juga sementara
Semuanya hanya satu ujian
Nikmat yang sebenarnya
hanya DIRI yang dikenali
Namun yang EMPUNYA diri
menunjukkan jalan
Bila kegelapan
Jangan menyumpah
Didalam cahaya
Jangan terlalu gembira
Aku bukan memberi nasihat
kerana manusia cacat seperti aku
yang tidak sempurna ilmu dan amalan
tidak layak memberi nasihat
kepada kalian
Aku juga bukan memberi amaran
kerana terlalu lemah bagi ku
untuk berbuat demikian
Aku hanya memberi peringatan
tentang kitab yang diturunkan
Yang kalian baca setiap jumaat
Bahawa DIA yang empunya segala
baik kebaikan atau keburukan
Bahawa
Hanya SAnya DIA yang menjatuh hukuman
demikian peliharalah lidah dan hati mu
dari menjadi racun
Sabtu 5:11pm
No comments:
Post a Comment