bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Wednesday, March 2, 2011

Bila hidup dihantui hantu - Hantu Kak Limah Balik Kampung

Baru-baru ini ketika hendak memulakan satu projek pembaikan kuarters lama di selatan negara, penulis menghantar sekumpulan pekerja untuk tinggal disalah sebuah kuarters tersebut. Bagi penulis kawasan tersebut biasa sahaja dan tidak terasa ada apa-apa yang janggal.

Walau bagaimanapun beberapa hari selepas itu, penulis membuat lawatan susulan untuk melihat kemajuan kerja penulis dapati jumlah pekerja berkurangan dari jumlah asal lalu bertanya kepada kepala mereka dimana yang lain-lain?. Kepala menjawab sudah lari. Dari soal selidik penulis dapati mereka tidak betah tinggal dikuarters berkenaan kerana kawasan kuarters berkenaan keras!.

Menurut mereka pada malam hari ada bayang-bayang perempuan mengintai atau melintas ditingkap kuarters berkenaan!. Timbul pulak cerita yang kuarters yang mereka diami tersebut pernah ada perempuan menggantung diri . Tambahan masih terdapat seutas tali guni masih terjurai ditengah-tengah bilik tidur utama!

Bila ditanya kembali ada sesiapa nampak rupa sebenar wajah perempuan tersebut? masing-masing berkata tidak nampak sebab bila merasa takut mereka memejamkan mata! aduh...kok barangkali itu perempuan yang benar, bukankah kamu terlepas peluang untuk berkenalan?

Ahh begitulah kehidupan kita, terlalu ramai yang percaya kewujudan hantu tetapi terlalu segelintir yang pernah nampak hantu secara hakiki! sebab utama adalah kebanyakan kita memejamkan mata bila terasa ada hantu disekitar kita!.

Kita percaya sipolan sipolan bela hantu, berhantu tetapi tidak pernah ada sesiapa yang mampu memberi bukti selain hanya syak wasangka semata-mata. Malah yang sanggup memfitnah juga ramai..begitulah kehidupan.

Adakah semua hantu itu merbahaya kepada manusia? Setakat yang aku tau belum pernhah lagi aku dengar manusia mati dicekik hantu. Mungkin ada manusia mati kerana terlalu takut pada hantu tetapi bukan hantu yang membunuh mereka..kan?

Hantu mungkin wujud atas sebab -sebab mereka tersendiri, mungkin kerana dosa-dosa lampau atau kejadian-kejadian atau perbuatan-perbuatan tertentu sewaktu hidup, namun jarang sekali mereka mengganggu hidup manusia lain.

Ini membawa aku kepada filem HKLBK - satu cerita yang aku rasa cukup bijak memeksploitasi naluri ketakutan manusia. Plot yang paling mengesankan aku adalah hantu sebenarnya adalah cik Nin dan Ayu yang merayau-rayau tanpa mengusik manusia lain. BELAWOK-BELAWOK-BELAWOK...Kalau kita ingat hantu..hantu akan datang cari kita..benar sekali bukan? kerana hantu banyak berlegar-legar dalam sangkaan kita. Sememangnya hidup manusia penuh sangkaan-sangkaan

Kadang-kadang aku rasa elok hidup dengan perempuan hantu (terutama perempuan hantu macam cik Nin) dari hidup dengan perempuan-perempuan yang hati macam hantu.

Tapi aku belum berniat nak tidur kat kuarters tu..sebab takut perempuan yang melintas tu perempuan gila sebenarnya..nanti kena malaria tapioca siapa susah? hehehe




No comments:

Post a Comment