bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, February 18, 2011

Perniagaan sebagai satu Jihad

Orang Melayu tidak boleh berniaga? Mungkin benar, mungkin tidak. Telah banyak usahawan Melayu yang berjaya, banyak juga yang tersungkur ditengah jalan. Hakikatnya dunia usahawan bukan untuk semua orang, malah orang Cina dan India ada yang tidak berniaga.

Kaum Melayu ni punya banyak pilihan untuk menyara hidupnya namun makan gaji dengan gaji tetap menjadi pilihan majoriti. Dahulu orang Melayu berniaga sebagai jalan terakhir setelah tidak diterima maka gaji oleh majikan. Satu hal yang sering diperhatikan orang Melayu suka kestabilan dalam hidup mereka, mereka tidak mahu terkocoh-kocoh mengejar masa atau bersusah payah memikirkan strategi untuk kekal hidup dalam bidang ini.

Kalau diperhatikan hanya ada satu syarat untuk berjaya didalam perniagaan. Jangan jadikan bidang ini sebagai 'part time' anda. Jadikan ia pilihan hidup mati anda. Pasti anda akan pergi jauh. Namun ramai yang tersungkur kerana tidak mampu bertahan dengan kerenah menjadi usahawan.

Sebenarnya Malaysia mempunyai begitu banyak peluang perniagaan tetapi tidak mempunyai cukup usahawan Melayu. Akhirnya peluang -peluang ini diambil oleh bangsa asing yang kemudian menjadi usawahan berjaya.

Lihatlah bagaimana pendatang Bangla semakin menguasai bidang-bidang keusahawanan yang kerajaan rancangkan untuk dimiliki oleh bangsa Melayu. Banyak pendatang bangla sudah berjaya didalam perniagaan perabot, mengusahakan kebun sayur, mencetak baju dan T-shirt malah menjadi pengusaha bengkrl motor dan kereta sedangkan ketika masuk ke Malaysia satu apapun tidak mereka ketahui!.

Mengapa senario ini terjadi?, jawabanya adalah terletak kepada "Will to survive". Melayu harus mengubah mentaliti ini. Walaupun banyak sudah Melayu yang berjaya tetapi tidak cukupo banyak dibandingkan dengan peluang yang tersedia. Kita harus menjadikan usaha untuk mengusai ekonomi sebagai satu jihad kita. Kerana tanpa kuasa ekonomi kita akan menjadi seperti Indoensia dan thailand dimana rakyat pribumi msikin dan pai ekonomi dikuasai oleh golongan imigran. Nampaknya kita semakin hampir kearah itu...




No comments:

Post a Comment