bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Sunday, February 13, 2011

Naluri Survival Manusia

Manusia, sama seperti haiwan lain yang menghuni dunia, mempunyai naluri untuk hidup yang tinggi. Berbeda dengan haiwan yang hanya mampu hidup dengan apa yang disediakn oleh alam, manusia mempunyai kebolehan untuk mencipta peluang dari beberapa keadaan yang kelihatan tidak bersangkutan.

Sepanjang perjalanan sebagai usahawan, aku sering terjumpa dengan manusia-manusia berjaya yang mempunyai keupayaan untuk mencipta peluang dari keadaan keadaan tertentu. Mereka tidak memerlukan kelulusan ijazah atau diploma untuk mencipta kejayaan. Mereka berjaya kerana keunikan kebolehan mereka. Mereka boleh menulis, melukis, memasak, kebolehan muzik atau seni lain serta berbagai-bagai lagi kebolehan yang istimewa.

Namun ada persamaan dalam diri mereka ini yang menyebabkan mereka berjaya. Sifat persaingan untuk terus hidup. Naluri survival dan motivasi diri yang tinggi. Mereka tahu untuk menempatkan diri dalam kedudukan strategik yang tidak terfikir oleh orang lain.

Kerjaya sebabagi usahawan tidak boleh diajar tetapi ia boleh dipelajari. Jika anda seorang usahawan tentu sekali anda mengetahuinya. Namun kehidupan usahawan memang pedih sekali, terlalu banyak cabaran dan rintangan yang harus dilalui.

Banyak orang melihat usahawan dengan rumah besar dan kereta besar da terus mencemburui kejayaan mereka namun jika mereka faham akan cabaran dan rintangan yang terpaksa dihadapi, aku yakin ras cemburu itu akan bertukar kepada rasa syukur pula! ( kepada yang suka bekerja makan gaji).

Salam...

No comments:

Post a Comment