bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Showing posts with label Skim Cepat Kaya. Show all posts
Showing posts with label Skim Cepat Kaya. Show all posts

Tuesday, July 28, 2009

Mengapa orang kita suka sangat dengan skim cepat kaya?


Akhbar Kosmo hari ini melaporkan sekumpulan pelabur sebuah koperasi yang memerangkap Pengarah Sebuah Koperasi yang berpangkat Datuk kerana dipercayai memperdayakan mereka dengan skim cepat kaya (klik disini). Dikhabarkan datuk ini mengaut keuntungan 55 juta!


Respon aku...hambik kau!. Mengapa orang kita cukup mudah diperdayakan dengan skim skim cepat kaya begini amat menghairankan aku. Mengapa orang kita sanggup bergolok bergadai kerana skim -skim yang berlambak begini. Semua skim ini adalah skim piramid. Kalau di US dipanggil Ponzi Scheme sempena nama Charles Ponzi yang mencipta skim ini.


Skim piramid bukan skim perniagaan. Ia hanya menggunakan perniagaan sebagai helah untuk mengutip dana. Skim-skim begini haram hukumnya. Mengapa begitu mudah kita terpedaya?.


Dalam hukum Islam wang tidak boleh beranak diatas wang lain, wang hanya alat untuk jual beli. Wang tidak boleh digandakan dengan riba. Skim ini secara hakikinya menggunakan asas riba. Ia berganda diatas wang lain.


Mudah sahaja hendak mengenal skim piramid. Jika anda hanya perlu melabur sejumlah wang ( atau diminta dengan membeli sedikit barangan dengan harga yang tak masuk akal), kemudian pelaburan anda dijanjikan pulangan tiap-tiap bulan dengan peratusan yang tinggi, maka berhati-hatilah, ini adalah tanda awal skim piramid.


Skim piramid bergerak dengan menjanjikan pulangan yang dari sudut perniagaan hampir mustrahil untuk diperolehi. Ia amat bergantung kepada peserta baru secara berterusan. Sumbangan perserta baharu akan diagih-agihkan kepada upline dengan peratusan tertentu. Ia nampak elok dan teratur sehingga semakin ramai perserta baru diperlukan untuk menampung upline yang ada, bila peserta baru mula berkurangan, maka pulangan pun semakin lembab dan akhirnya piramid ini runtuh. Masa itu baru tahu langit tinggi rendah.


Telalu banyak skim ini dijual atas nama Islam, membantu sesama Islam oleh orang-orang yang kononya berjuang untuk Islam tetapi hakikatnya ia haram. Anda pernah dengar skim Kopedik, Jati Emas, Buluh Emas, Platinum Lane, Swiss Cash, Perigi Duit, Etika Emas dan berbagai lagi skim yang hakikatnya akan mengkayakan pencipta skim ini dengan pantas. Hasinyal dah sah haram, tetapi tergamak mereka bagi anak bini makan dengan wang hasil tipu helah ini.


Aku pernah dengar seorang pengarah satu skim ini yang kini diburu oleh kerajaan dan bersembunyi diluar negara yang teramat kaya. Konon cerita adik ipar beliau, beliau membawa wang tunai dalam plastik sampah dalam bonet kereta BMW 7 series beliau yang berharga lebih 600k. Memang skim ini cepat mengkayakan kerana 2 tahun sebelumnya beliau hanya seorang kerani bank! Tetapi hakikatnya wang-wang yang beliau bawa dalam plastik itu mungkin wang ibu tunggal, wang warga tua, wang pencen. Tidakkah ini semua penganiayaan.


Pencipta skim ini tahu bahawa skim ini melanggar undang-undang dan akan runtuh pada satu masa, tetapi mereka tidak peduli.


Kalau hendak terlibat didalam perniagaan carilah perniagaan yang melibatkan jual beli. Ada Value added bukan menggandakan wang tanpa mengeluarkan setitik peluh pun kerana akhirnya yang menitik bukan peluh tetapi air mata.


Rakan sekolej aku kehilangan lebih 140k kerana terlalu taksub dengan Swiss Cash. Simpanan beliau selama lebih 20 tahun bekerja hangus kerana terlalu percaya skim ini akan menjadikan beliau lebih kaya. Mujurlah beliau bergaji besar, maka kehidupannya tidak begitu terjejas teruk, melainkan terpaksa tidur diluar bilik beberapa minggu kerana isteri mangamuk sakan!


Mengikut cerita beliau sepasang suami isteri yang berjawatan doktor menjual klinik mereka dan melaburkan semua wang tersebut kedalam Swiss Cash, akhirnya merana bersar. Hargailah wang yang anda sudah ada, bukan terpedaya dengan wang yang bakal ada.


Salam untuk yang terpedaya.

Wednesday, July 22, 2009

SKIM CEPAT KAYAKAN PENGANJUR

Hari ini didalam akhbar ada tersiar berita tentang bakal usahawan ketam nipah yang tertipu berjuta-juta ringgit kerana sistem yang ditawarkan kepada mereka tidak menjadi.

Diberitakan peserta peserta membelanjakan 6-60 ribu untuk modul-modul penternakan yang mengandungi tangki fiber dan bahan-bahan kimia dan diberi beberapa ekor anak ketam untuk diternak. Peserta-peserta juga ditawarkan dengan jaminan beli balik sekiranya jualan mereka mencapai tahap matang.

Ulasan aku ;

Skim sebegini adalah satu bentu skim cepat kaya. Cepat untuk mengayakan penganjur!. bayangkan 3000 pserta membayar sekrang-kurangnya 6000 untuk satumodul, penganjur sudah boleh mengutip minimum 18 juta!!!. Bukankah skim ini baik? ya ia baik untuk penganjur...Sebagai seorang yang terdidik dalam bidang pertanian, aku sering juga menyertai seminar-seminar untuk menternak cacing, lintah, ikan ketutu, cendawan, ketam nipah, belut, fertigasi, orkid vanilla dan berbagai lagi aktiviti pertanian yang dipasarkan secara skim francais sebegini. Ini adalah satu strategi bijak- bijak kepada penganjur.

Bukan semua skim sebgini tidak berdaya maju, tetapi sebahgian besarnya adalah helah untuk menjual produk yang tiada pasaran sebenar!. Sewaktu aku berbual dengan usahawan cacing yang berjaya satu ketika dahulu, aku bertanya dimana pasaran beliau? jawaban yang aku terima adalah pasaran beliau adalah penternak cacing lain!. Soalan aku seterusnya adalah apabila semua penternak cacing ini mengeluarkan hasil dimana mereka hendak menjual cacing mereka?. Jawaban beliau kita kembangkan industri penternakan cacing ini supaya sentiasa ada penternak cacing. Inilah kelemahannya, penternakan cacing di Malaysia bergantung kepada penternak cacing sahaja. Bila pasran ini tepu siapakah yang akan membeli cacing2 itu?.

Memang benar cacing boleh dibuat pallet untuk makanan ikan, perubatan, baja dan sebagainya. Tetapi perkiraan kasar aku masih tidak viable sebab harga cacing dibeli oleh penternak pada rm450.00 sekilo selepas dicampur kos makanan, kos menjadi terlalu tinggi sedangkan harga baja buangan baja baru kira-kira 25 sekilo, pallet cacing 5 ringgit sebungkus. Hakikatnya pasti ada satu atau dua penternak yang akan berjaya membina tapak tetapi bilangannya sangat kecil yang mempunyai daya sain, sedangkan sebilangan yang lain akan terhapus perlahan-lahan.

Begitu juga dengan skim ketam, ketutu dan yang lain-lain. Cuma yang aku tengok Cendawan dan Cili fertigasi mempunyai pasaran luran yang cukup besar, tetapi pengusaha perlukan daya saing yang cukup kuat kerana harga komoditi ini turun naik dengan besar.

aku pun ingta nak francaiskan perniagaan aku lah...