bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Wednesday, December 30, 2009

Cerita Orang Alim dan Sijil Simpanan Premium

Kisah ini adalah sebuah kisah motivasi. Ia diadaptasi dari cerita masyarakat.

Kisahnya tentang seorang yang agak warak dan rajin beramal. Setiap malam sebelum tidur beliau akan mengaji Al Quran dan sebelum tidurkan membaca doa-doa dalam bahasa arab yang panjang. Tetapi ada satu doa yang dibuatnya dalam bahasa Melayu..doanya adalah untuk beliau menang hadiah Sijil Simpanan Premium BSN. Beliau sungguh teringin hendak memandu kereta BMW atau Mercedes yang dilihatnya didlam iklan itu.

Begitulah berlangsung hidup teman ini. Siang beliau berkerja bersungguh-sungguh di gerai yang diusahakannya dan malam beliau menngaji, sembahyang malam dan berdoa termasuk doa bahasa Melayu itu. Hal ini terjadi selama hampir 10 tahun.

Suatu malam setelah habis mengaji beliau teringat yang beliau sudah membuat amal sebegini selama hampir sepuluh tahun dan TUHAN tidak pernah memakbulkan doa yang dilafazkan selama hampir 10 tahun. Beliau tiba-tiba berasa sangat kecewa kerana beliau bersungguh-sungguh berdoa. Jadi malam itu beliau melahirkan kekecewaannya kepada tuhan kerana doanya tidak dimakbulkan. 'Malam ini hamba tidak akan berdoa kepada mu ya TUHAN kerana DOA hamba selama 10 tahun tidak pernah dimakbulkan' katanya dengan nada yang sangat sedih. Dalam pada beliau merintih tersebut beliau tertidur.

Dalam mimpi tersebut beliau didatangi seorang yang sangat muda dan lawa. Orang muda yang handsome ini memperkenalkan dirinya sebagai malaikat yang diutuskan TUHAN untuk berjumpa dengannya dan menenangkan hati beliau yang gundah tersebut.

Dalam mimpi tersebut beliau dibawa melawat ketempat-tempat yang indah dan berjumpa dengan berbagai hidupan dan tumbuhan yang tidak pernah dijumpainya di dunia. Kini sampailah waktunya untuk berpisah. Sebelum berpisah Malaikat bertanya adakah beliau sudah gembira. Tentu sekali jawab siTeman ini. 'Kalau begitu sampailah waktunya untuk kita berpisah' kata malaikat tersebut.

'Nanti wahai malaikat!' Teman tadi masih tidak berpuas hati. 'Bagaimana dengan doa ku yang selama 1o tahu tidak dimakbulkan TUHAN?' tanya beliau ingin mendapat kepastian.

'Oh yang itu..' kata malaikat. 'Bagaimana TUHAN hendak memakbulkan doa mu jika kau masih belum membeli SIJIL SIMPANAN PREMIUM nya?'

Moral of the story? You can pray as hard as you can. But You Still have to make the MOVE!



Sunday, December 27, 2009

Kita boleh petik duit dari angin lalu...

Aku pernah terbaca buku yang mengatakan begini 'We can pluck money out of thin air, we just have to know how..". Jika kita imbas sekali lalu kenyataan berbunyi hampir mustahil, tetapi jika kita mula memikirkannya kita akan dapati bahawa inilah kenyataan yang menggambarkan sifat sebenar seorang usahawan. Usahawan adalah manusia istimewa kerana mereka mampu memetik wang dari angin lalu!

Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan seorang muda (beliau berusia kurang 25 tahun). Cara penampilannya paling sederhana dan amat merendah diri. Dalam perbualan kami aku dapati beliau seorang tidak mempunyai kelulusan. Beliau anak seorang ibu tunggal. Ibunya diceraikan ketika beliau masih dalam kandungan. Beliau membesar sebagai seorang anak yang memberontak dan keras kepala . mungkin kekurangan hidup beliau berbanding dengan rakan sebaya membuat beliau tidak berpuashati dengan keadaannya. Beliau lari meninggalkan rumah pada usia 14 tahun dan berkelana dari satu kerja ke satu kerja.

Tetapi yang menarik beliau sebenarnya sedang mencari-cari sebuah lokasi yang sederhana dengan sewa yang rendah untuk dibuat pejabatnya. Rupa-rupanya kini beliau bekerja sendiri sebagai 'loan facilitator' tapi bukan Ah Long!. Beliau menguruskan pinjaman kakitangan kerajaan atau swasta untuk mendapat berbagai-bagai pinjaman dari Bank-bank perdagangan dan koperasi. Bank akan membayar komision berdasarkan jumlah pinjaman yang diluluskan. Biasa Bank bagi 8-13%

Beliau bercadang untuk membuka pejabat tetap kerana permintaan keatas khidmatnya meningkat dizaman gawat ini. Untuk beroperasi dari rumah sewa sudah tidak nampak meyakinkan kerana pelanggannya kini bukan lagi dari golongan bawahan tetapi eksekutif dan pengurus.

Yang mengejutkan aku adalah apabila aku bertanya purata pendapatan beliau. Jawabannya 'Cukup makan je bang', tapi bila aku tanya angkanya beliau menjawab dah empat bulan income saya melebihi 10K, November saya cecah 26K!.

Nah, itulah contoh usahawan yang memetik wang dari angin lalu!. Beliau mampu berbuat begitu kerana beliau 'know how to do it!'. Bayangkan ada anak-anak kita, malah ada antara kita sendiri menghabiskan bertahun-tahun belajar diuniversiti namun bila keluar kita hanya cukup makan sedangkan ada setengah individu mampu memtik wang dari angin lalu dengan mudah!. Mungkinkah ini semua ada kena mengena dengan 'law of attraction' yang popular itu.

Setengah-setengah orang bukan mencari rezeki tetapi rezeki datang mencarinya....

Salam untuk yang murah rezeki.

Friday, December 25, 2009

Kura-kura...


Aku sering melabel teman aku ini sebagai kura-kura. Sebabnya pada aku teman aku ini hilang dalam dunia kecilnya sendirian meskipun dia dikelilingi hiruk pikuk dunia. Kura-kura mempunyai satu sikap yang aneh, setiap kali dia terancam atau merasa dirinya terancam dia akan segera memasukkan kepala dan kakinya didalam tempurung kecilnya sehingga dia merasa cukup selamat. Bayangkan ketika dia melintas jalan kemudian dia merasa terancam dan segera menyorok didalam tempurung kecilnya...

Namun hahikatnya banyak manusia adalah kura-kura. Mereka segera masuk kedalam 'comfort zone' mereka sabaik ada masalah yang mereka tidak selesa untuk tangani. Mereka berharap keadaan akan menjadi baik semula tanpa apa-apa tindakan dari diri mereka sendiri. Alangkah moleknya jika keadaan itu sentiasa berlaku.

Apabila kita hendak terjun kedalam bidang keusahawanan kita tidak boleh mengharap keadaan akan menjadi baik dengan sendiri. Semua orang hendak berjaya tanpa perlu mengeluarkan walau setitik peluh namun hakikatnya ia tidak pernah berlaku sedemikian rupa.Jika setiap kali kita menghadapi kesukaran kita berhenti dan tidak mahu mencuba maka hentikanlah angan-angan untuk menjadi usahawan. Dunia sebegini bukan untuk kura-kura. Dunia ini adalah untuk manusia pantas. Pantas dalam ikhtiar, pantas dalam menukar strategi serta pantas dalam tindakan.

Banyak cerita kejayaan yang boleh kita kongsi dalam bidang keusahawanan yang sangat luas ini. Pernah dengar cerita manusia yang tidak lulus PMR berpendapatan 15k sebulan?, tentang peniaga makanan yang berpendapatan 30k sebulan, tentang peniaga popia yang membuat keuntungan 800 ringgit sehari? Kelulusan hanyalah sekeping kertas dalam dunia usahawan ini. Kelulusan tidak menjanjikan apa-apa selain hakikat yang ia mengajar kita berfikir dari sudut yang betul...

Seorang teman yang telah mencuba untuk berniaga selama setahun namun tidak kemana-kemana dengan usahanya itu pernah memberi komen yang dia belum dapat 'momentum'nya.
Bila dia ditanya apa maksud momentum dia tercengang-cengang. Momentum bermaksud gerakan tanpa kawalan yang terhasil apabila kita berhenti dari satu gerakan terkawal. Seperti kereta yang masih bergerak walaupun kita telah membrek.

Momentum tidak terhasil dari benda yang tidak bergerak!!. Padanlah dia masih tidak jumpa momentum sebab dia tidak pernah membuat gerakan!!!.

Kadang-kadang kita tidak akan tahu bahawa kita boleh berenang sehinggalah seluruh badan kita berada didalam air. Kadang-kadang manusia yang tidak tahu berenang tiba-tiba boleh berenang apabila dia jatuh kedalam air. Kadang-kdang Ketakutan boleh menghasilkan sesuatu yang positif apabila ia melibatkan survivorship.

Peter Drucker pernah berkata 'if you are lost, just take any route, it will take you somewhere'

Salam untuk yang belum ada 'momentum'...

Sunday, December 20, 2009

Family Day




Maal Hijrah yang lalu kami menganjurkan famili day untuk syarikat kecil kami...
Seronok juga dapat berkumpul dengan keluarga masing-masing.

Semuga selepas ini masing-masing bersemangat pula untuk berjuang dalam arena keusahawanan yang mencabar ini...

Thursday, December 17, 2009

Sesuatu untuk di renungkan....heheh

1. Regular naps prevent old age...especially if you take them while driving.
2. Having one child makes you a parent; having two makes you a referee.
3. Marriage is a relationship in which one person is always right and the other is the husband!
4. They said we should all pay our tax with a smile. I tried - but they wanted cash.
5. A child's greatest period of grow this the month after you've purchased new school uniforms.
6. Don't feel bad. A lot of people have no talent.
7. Don't marry the person you want to live with, marry the one you cannot live without... but whatever you do, you'll regret it later.
8. You can't buy love . . but you pay heavily for it.
9. True friends stab you in the front.
10. Forgiveness is giving up my right to hate you for hurting me.
11. Bad officials are elected by good citizens who do not vote.
12. Laziness is nothing more than the habit of resting before you get tired.
13. My wife and I always compromise. I admit I'm wrong and she agrees with me.
14. Those who can't laugh at themselves leave the job to others.
15. Ladies first. Pretty ladies sooner.
16. It doesn't matter how often a married man changes his job, he still ends up with the same boss.
17. They call our language the mother tongue because the father seldom gets to speak.
18. Saving is the best thing. Especially when your parents have done it for you.
19. Wise men talk because they have something to say; fools talk because they have to say something.
20. Real friends are the ones who survive transitions between address books.

Sunday, December 6, 2009

aduh..sakit pinggang!


Tiba-tiba dalam beberapa hari ini pinggang aku mengalami sakit yang teramat...berjalan lama sikit tak boleh..duduk lama sikit sakit...sakitnya bukan berdenyut-denyut..cuma ia mambuat aku tak berapa selesa.

Aku teringat satu latihan yang aku jalani sewaktu kursus modul pertama tempohari. Dalam latihan yang dinamakan cob web building itu, kami harus membawa teman-teman sekumpulan melepasi cob web yang mempunyai lubang setinggi paras pinggang. Kami dikumpulkan didalam kumpulan yang agak2 sama saiz. Bayangkan kalau berat aku sendiri 90 kg, dan kumpulan kami ada sekurang-kurangnya 8 orang!

Aku tak sangka pula yang kesannya hanya akan dirasai selepas 3 minggu!. Laa ni hidup agak sengsara sikit. Nak angkat beras 10kg pun aku rasa payah sangat.

Mungkin pinggang aku dah bagi notis tentang usia aku yang semakin tinggi agkanya itu!. Dalam tempoh tak sampai sebulan setengah umur aku aku akan meningkat setahun lagi.

Mungkin juga pinggang aku marah sebab aku dah terlebih guna agaknya!

Salam untuk pinggang aku....


Thursday, December 3, 2009

Kursus lagi...

Belum pernah lagi aku dok sertai satu kursus yang panjang macam ni. Aku harap banyak yang boleh aku perolehi dari sesi-sesi macam ni.

Modul kedua yang aku lalui ni adalah modul penyediaan rancangan perniagaan. Benda ni bukanlah asing bagi aku, namun sesekali buat refreshing apa salahnya..

Secara asasnya rancangan perniagaan adalah seperti satu blue print yang merangka hala tuju perniagaan kita. Ia menjawab siapa kita, siapa pelanggan kita, apa kita buat, apa kita hendak dan bagaimana strategi yang hendak kita pakai bagi membantu kita mencapai apa yang kita hajatkan.

Bagi sesetengah orang, perkara ini tidak perlu kerana apa yang kita rancang tak semestinya akan menjadi seperti yang kita bayangkan. Namun hakikatnya kita perlu merancang sebelum kita mula melangkah kerana ia memberi kita bayangan meskipun bukan semestinya ia menjadi hakikat.

Rancangan perniagaan adalah perlu sebenarnya. Bak kata orang jawa di England nun... NO BODY PLANNING TO FAIL, ONLY A LOT of PEOPLE FAIL TO PLAN...

Tuesday, November 24, 2009

Tarikh Lahir Boleh menentukan hala tuju hidup kita?

Saya berpeluang menyertai satu kursus perniagaan yang dianjurkan secara percuma oleh sebuah agensi kerajaan. Saya ingatkan kursus tersebut hanya selama seminggu sahaja, tetapi setelah menyertainya baru diberitahu ia mengandungi lapan modul yang setiap modul adalah selama seminggu!. Sementelah dah masuk tu saya rasa elok juga peluang ini diambil, mudah mudahan dapat juga pendedahan baru.

Minggu pertama ini kami berada didalam modul motivasi!. Salah satu subjek didalam modul motivasi ini adalah subjek mengenal diri melalui tarikh lahir. Ia adalah kajian tarikh lahir melalui aspek metafizik. Kaedahnya nampak seperti agak saintifik tetapi akhirnya ia tidak lebih dari ilmu numerologi yang biasa kita dapati dari penelek-penelek nasib.

Pun begitu ia menimbulkan pertanyaan dalam benak saya , adakah ilmu sebegini penting dalam menjalankan perniagaan?. Saya sentiasa percaya segalanya terletak kepada kudrat dan IradatNYA. Dia yang maha pemberi dan dia yang maha pengambil. Yang penting didalam hidup kita adalah ikhtiar dan selebihnya adalah hak DIA untuk menentukan. Hal ini jelas, pergantungan hidup dan mati kita hanyalah kepada NYA.

Namun setelah kembali dari kursus, saya pun membuat sedikit penyelidikan di internet. Rupa-rupanya berlambak juga para usahawan menjual ilmu ini sebagai alat cari makan. Malah saya juga difahamkan bahawa Dr Fadilah Kamsah juga mempelopori ilmu ini !. Kini giat dijalankan oleh seorang yang bergelar Dr.... menjual ilmu ini dengan janji kononnya boleh melahirkan jutawan hanya dengan ilmu ini. Malah beliau kerap keluar bersiaran di TV kerana kepakaran beliau meramal nasib ini. Rupa-rupanya satu-satunya jutawan yang dilahirkan dari ilmi ini adalah beliau sendiri.

Hmmm...adakah saya berada didalam bidang keusahawanan yang salah?....

Salam untuk penelek-penelek...

Wednesday, October 28, 2009

Bila kita menilai hidup dari ukuran keuntungan...

Ini sesuatu yang sering dilakukan oleh kita semua orang secara sedar atau tanpa sedar. Pada setengah orang ia memang menjadi tabiat, pada setengah yang lain ia menggambarkan persepsinya kepada sesuatu hal yang dianggap tidak melayakkan hal tersebut mendapat perhatian atau layanan sedemikian rupa.

Pernahkah kita dengar tentang seorang komposer yang isterinya mati akibat lelah dahulu? Isterinya menghidap lelah yang kronik. Kalau menurut kemampuan beliau, beliau mampu menghantar isterinya ke hospital kelas pertama, namun isterinya cuma di hantar HKL!. Bukan hendak menuduh bahawa HKL tidak bagus tetapi sebagai menghargai isteri dan memandangkan kita berkemampuan mengapa tidak dihantar ke hospital yang selayaknya untuk isteri yang telah banyak berkorban untuk kita.

Seorang ibu tunggal yang bertungkus lumus membesarkan 6 anak menghidap penyakit lelah sejak sekian lama. Sewaktu aku kecil aku sering membeli nasi lemaknya dalam perjalanan ke sekolah. Setelah sekian lama aku bertembung dengannya yang membuka restoran berhampiran pejabat aku. Ibu ini dengan anak-anaknya telah berjaya dalam perniagaan restoran. Dalam perkiraan aku yang memang suka mengira jualan perniagaan orang lain ni, pendapatan restorannya mencecah rm 5 ribu sehari. Ini bermakna pendapatan kasar restoranya rm 150 ribu sebulan ( mereka beroperasi 7 hari seminggu) . Jika diambil margin keuntungan 30% pun aku rasa pendapatan mereka hampir 45ribu sebulan. Anak2 beliau semua mempunyai kereta yang canggih, dari BMW, Wish, sampailah ke kelisa dan MyVi.

Satu hari restoran ini restoran ini tutup 3 hari berturut-turut. Curios aku pun bertanya kepada anak beliau mengapa restoran tutp sampai 3 hari . Jawaban anaknya ibu mereka tenat dan berada dihospital sedang koma. Hospital mana? tanya aku. HKL jawabnya!. Laa..apasal tak hantar Ampang Putri tanya ku (Mereka tinggal di Ampang) komen aku . Mahal! jawabnya ringkas....

Seorang suami yang menatang isterinya bagai minyak yang penuh pula menghadapi masalah berlainan, akibat beberapa hal nama telah disenarai hitam oleh bank. Beliau terpaksa menjalankan perniagaan menggunakan nama isteri yang tidak bekerja. Perniagaannya cukup makan walau pun sederhana. Suatu hari beliau menyuarakan hajat untuk meminjam simpanan isteri bagi membeli rumah buat ibunya. Cuma 30 ribu sahaja. Itu pun wang yang beliau sendiri kumpul dari perniagaannya. Namun isterinya menolak 'Kalau awak mati siapa nak bayar?' katanya....

Begitulah apabila kasih dan cinta diukur dari untung dan rugi. Kasih dan cinta hanya apabila ada kuntungan yang boleh diperolehi. Kasih dan cinta menjadi tiada harga apabila tiada untung yang dapat dimiliki. Keihlasan dan ketulusan sudah mati...

Cinta yang sebenarnya masih ada. Masih banyak. Namun cinta yang luhur ini sering dipandang sebagai murah dan mudah. Sehinggalah cinta itu hilang dari pandangan mata . Hilang dari dunia. Ketika itu adakah nilai kepada kasih sayang tulus seorang ibu /ayah? seorang isteri/ suami?




Sunday, October 25, 2009

Berhadapan dengan 'impossible client'

Salah satu 'hazard' menjadi usahawan adalah apabila kita berhadapan dengan pelanggan yang terlalu cerewet, tak reti bahasa, tak menggunakan 'common sense' dan paling sakit hati adalah mempunyai sikap tidak bertimbang rasa.


Dalam 2 minggu ini kepal haku hagak fening sebab aku kini sedang menyiapkan kerja huntuk pelanggan yang pada aku tidak mempunyai 'common sense'.

Jauh disudut hati aku sentiasa ingat yang apa-apa yang tuhan timpakan kepada aku mempunyai hikmah tersembunyi. Cuma buat masa ini haku belum nampak hikmatnya aku bertembung dengan manusia yang macam ni.

Alkisah aku mendapat satu tugas untuk mengubah suai sebuah sekolah rendah diibu kota. Kerja tidaklah banyak dan nilainya kecil sahaja. Ketika aku mula-mula mendapat arahan JPWP untuk pergi menemui Guru Besar sekolah ini dan bertanya apa bentuk penambahbaikan yang perlu, buat ukuran dan hantar sebutharga kepada JPWP. Kerjanya adalah membina satu bilik Guru Besar yang baru dan 3 bilik Guru PK dan satu pejabat kecil. Sebutharga aku berdasarkan permintaan awalnya juga. Hal ini bukan bleh diubah-ubah sesuka hati.

Episod duka bermula setelah aku mendapat LO dari JPWP dan apabila aku melapor diri untuk memulakan kerja, Guru Besar telah menukar fikiran dan kerja yang diminta aku buat lebih besar skopnya dari yang mula mula diberitahu ketika aku membuat ukuran!. Perkara macam ni biasa aku temui dikalangan pegawai kerajaan. Aku cuba menangani secara berdiplomasi dan cuba mencari jalan tengah. Mana yang boleh aku 'absorb' aku buatlah. Guru besar menukar spesifikasi untuk biliknya dari cat biasa ke wall paper (cat biasa RM 8 semeter persegi, wall paper RM23 semeter persegi, bayangkan berapa banyak kos lari) , tambahan settee tetamu, tambahan tingkap, satu bilik mesyuarat baru yang sama besar dengan biliknya dan dan berbaga-bagai lagi permintaan. Seolah-olah kami ini dihantar untuk memenuhi semua impian hidupnya dengan kos sekecil itu.

Namun hari ke hari kerenah Cikgu ni jadi makin teruk. Hari ini minta aku buat lain, esok bagi arahan pada pekerja aku untuk buat lain. Aku telah memberi arahan jangan buat selain apa yang aku arahkan. Namun semalam GB ini memberi arahan kepada penyelia aku yang dia hendak kami membuat ubahsuiai di bilik pejabat sedia ada pula sebab kerani komplen bilik mereka hodoh!.

Dilemmanya kepada orang seperti kami ini adalah jika kami berhenti menjalankan kerja sehingga hal-hal seperti ini diselesaikan adalah, kami mungkin disenarai hitam kerana tidak menyiapkan kerja dan yang paling sakit adalah kos modal sangkut kerana bayaran akan digantung hingga kerja-kerja diselesaikan. Dan GB ini tahu jika dia tidak memperakukan kerja-kerja aku, aku mungkin tak dapat payment!.

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu melihat dari sudut selain dari yang positif. Aku harap ada sesuatu yang positif akan lahir dari episod sebegini.

Salam

Thursday, October 22, 2009

Wujudkan Pengkalan Data untuk Pesalah Seksual Di Malaysia

Dengan bertambahnya kes penderaan seksual di Malaysia, mungkin sudah sampai waktunya negara ini mempunyai pankalan data pesalah seksual yang boleh dijadikan rujukan olah masyarakat.

Kita tidak anak-anak dan kaum wanita kita yang tidak bersalah menjadi mangsa binatang-binatang buas yang bertopengkan manusia. Pesalah-pesalah seksual ini bukan datang darui hanya satu profail manusia malah datang dengan berbagai-bagai ragam. Malah banyak yang bila pergi ke mahkamah semua memakai kopiah. Ada apa dengan kopiah? nak menunjukkan alim?

Mungkin juga perogol perogol ini perlu dikasi macam dan leher mereka dipakaikan rantai macam anjing. Mungkin juga perlaksanaan hudud untuk perogol ini perlu dilaksanakan.

Salam untuk semua.

Monday, October 19, 2009

Apabila Allah mendatangkan ujian....

Baru kembali dari menziarah seorang teman yang sedang mendepani ujian Allah yang hebat.

Anak bongsu teman ini yang berumur 11 tahun sedang terlantar di hospital dalam keadaan koma. Kemungkinan untuk anak ini pulih adalah sangat tipis. Menurut ceritanya anaknya dalam keadaan biasa-biasa sahaja pada hari kejadian. Selaps maghrib anak ini minta makanan , sebelum memberitahu untuk masuk tidur. Tidak berapa lama selepas masuk bilik anaknya mengahadapi kesukaran untuk bernafas dan dalam masa yang sangat singkat badannya bertukar biru. Teman ini bergegas menghantarnya ke hospital. Doktor memberitahu bahawa anaknya sudah tidak bernafas ketika sampai dihospital, namun teknologi moden membolehkan anaknya bernafas secara artifisal. Dalam 2-3 hari ini doktor akan menanggalkan peralatan pernafasan untuk melihat sama ada anak ini boleh bernafas sendiri. Jika tidak boleh maka teman akau akan diminta membuat keputusan seterusnya.

Punca bencana ini tidak dapat dipastikan. Pada mulanya doktor menyangka H1n1 namun ujian dari IMR negatif. Mungkin ada virus lain. Hospital sedang menjalankan ujian lanjut.

Aku menahan airmata ketika beliau memanggil nama anaknya secara perlahan-lahan. Getaran suara seorang ayah yang menahan gelodak perasaan melihat anak terlantar kaku. Dia tidak menampakkan kesedihan namun disebalik airmuka yang tenang itu tersembunyi kesedihan yang teramat.

Tidak ada simpati dan kata-kata pujukan yang mampu menenangkan kegundahan itu. "Tolong doakan anak aku" katanya. Aku hanya dapat mengangguk tanpa sebarang kata.

Demikian apabila Tuhan menguji hambanya. Di ambilnya apa-apa yang kita rasa milik kita sedangkan hakikatnya semua adalah miliknya. Namun bagi seorang insan yang lemah, untuk melepaskan sesuatu yang sangat bernilai kepada dirinya malah melebihi nyawanya bukan sesuatu yang mudah. Mungklin demikian juga perasaannya apabila Nabi Ibrahim menerima perintah dari Allah.

Sekembali kerumah aku tidak mampu menjamah nasi sekalipun aku belum makan tengah hari. Tertanya-tanya dalam diri..kuatkah aku? mampukah aku jika aku yang menerima ujian ini?...

Subhanallah..mahasuci engkau yang memilik sekian alam..jika engkau menguji ku, kuatkanlah iman ku....

Saturday, October 17, 2009

Ukur Baju di Badan Sendiri...

Minggu-minggu terakhir di bulan Syawal ini banyak rumah terbuka dibuat serentak, maklumlah minggu terakhir raya (walaupun raya sebenarnya 1 hari sahaja), kalau buat raya dibulan Zulhijjah kelakolah pulak...

Dah jadi trend sekarang ni, kalau ada rumah terbuka yang terbuka (maknanya dibuat diluar rumah dengan khemah) pasti ada sesi karaoke. Mungkin dah terkeluar dari tujuan asal menyambut hari raya, tapi begitulah yang terjadi trend sekarang ini. Orang yang tak berapa nak puasa akan menyambut hari raya lebih dari yang berpuasa penuh.

Masalah aku dengan sesi karaoke ini adalah dengan pengunjung yang suaranya tak berapa nak masyuk tapi perasan pulak macam Jamal. Dok balon lagu tak putus-putus sampai tersedak-sedak.

Aku berkeriut muka tiap kali penyanyi menarik suara. Pecah gegendang telinga aku mendengar orang macam ni menjerit. Nak ditegur kang takut berkecil hati...

Dalam hidup ini kita perlu realistik, kalau dah tak boleh menyanyi atau suara cukup-cukup makan je eloklah menjerit kat bilik karaoke yang tertutup lengkap dengan dinding sound proof supaya tak menganggu orang lain.

Ni makcik-makcik yang masa muda dulu kempunan tak dapat masuk AF pun turut serta menyumbangkan suara yang sumbang tambah lagi seksa orang keliling.

salam pada katak-katak dikolam...

Thursday, October 15, 2009

Berdosakah kita membina kekayaan?

*******gambar hanya ilustrasi sahaja


Ini bukan blog politik dan aku ingin mengekalkanya begitu. Ini blog tentang kehidupan seorang entrepreneur, namun tak dapat tidak kita tetap akan bertembung dengan poltik kerana dunia politk amat dekat dihati umat Melayu. Betulkah orang-orang melayu mempunyai mentaliti terkepung seperti yang dikhabarkan oleh Khairy Jamaludin?


Sepetang yang lalu aku dan rakan kongsi aku dalam perjalanan pulang dari Sabak Bernam setelah menyiapkan kerja-kerja kecil lanskap untuk seorang pelanggan. Walaupun sudah lama tidak berkecimpung dalam bidang ini, namun sentuhan lama masih ada. So far they all happy with the end result.


Ketika hampir sampai ke pejabat, kami singgah untuk mengisi minyak di Hulu Kelang. Kebentulan dibelakang stesen ini, ada sebuah rumah banglo yang sedang diubah suai secara besar-besar. Dari sebuah rumah satu setengah tingkat ditambah dengan bangunan tiga tingkat.


"Kalau orang UMNO yang buat rumah macam ni dah tentu-tentu kena tuduh rasuah!" ngomel rakan aku. Aku yang tercengang-cengan menoleh kearah beliau. "Tu.." beliau menjuihkan mulut kearah bangunan hebat ini. Nah ada bendera PAS dan PKR tegak megah ditengah-tengah laman rumah hebat ini.


"Berdosakah jika orang Melayu membina kekayaan?" tanya ku. "Tidak lansung...hanya orang UMNO yang berdosa membina kekayaan.." jawab teman aku secara sarkastik..aku faham kerana itulah stail beliau berhujah.


"Orang UMNO kena duduk kat PPR je...orang lain tak pe...tak payah tanya dimana punca kekayaan mereka..semua halal je.." komennya lagi.


Perbincangan kami terhenti disitu tetapi ia telah menyebabkan aku berfikir tentangnya sepanjang petang. Tentang sikap segelintir Melayu yang mempunyai sentimen begitu apabila kumpulan yang tidak disokongnya mengumpul harta tetapi tidak bertanya soalan yang sama jika kumpulan sendiri secara terang-terang menunjukkan kemewahan melampui keupayaan kewangannya.

Sebenarnya sikap yang diamalkan oleh orang Melayu terhadap pihak yang tidak sehaluan dengan mereka baik UMNO,PAS atau Keadilan sendiri adalah sangat destruktif. Banyak contoh yang boleh kita bahaskan tetapi percayalah kata aku, aku tidak pernah percaya bahawa ahli politik baik dari PAS (yang sepatutnya lebih zuhud), atau PKR ( sapu depan belakang) atau UMNO ( semua balon) tidak mengumpul harta baik cara baik atau cara gelap. Aku sudah cukup lama dalam bidang ini untuk membuat kesimpulan ini.

Lihatlah pendokong PAS atau PKR yang tidak sampai setahun memerintah, sudah boleh memandu Harrier, Mercedes, BMW, TOYOTA dll. Tak ada siapa bertanya bagaimana ini semua diperolehi..namun aku jangkakan menjelang PRU akan datang mereka banyak antara mereka akan jadi seperti UMNO yang mereka amat benci itu.

Soalan aku sebenarnya berdosakah kita mengumpul harta kekayaan? Jawabanya tentulah tidak, jika kita mengumpul harta dengan jalan yang betul. Apakah maksud jalan yang betul? menjadi broker projek jalan yang salah atau betul? Sebab banyak orang PKR dan PAS dah jadi broker projek sekarang ini. atau ia hanya salah jika orang UMNO yang melakukanya?

Bagaimana dengan mendiskriminasi usahawan yang tidak dari satu aliran? Sebab sekarang ini sebuah kerajaan negeri mewajibkan apabila hendak membeli tender mereka perlu mendapat pengesahan dari Adun mereka dahulu baru boleh membeli tender. Ini belum pernah dilakukan oleh kerajaan BN.

COMPETENCY, ACCOUNTABILITY, TRANSPARENCY???...NAMPAKNYA SLOGAN INI HANYA DI LETAK DIDALAM BOTOL KACA.

Tuesday, October 13, 2009

Kasih Yang Pergi- untuk teman yang kehilangan

Telah tertutup sudah sebuah kisah kasih ini
Telah berakhir semua suka atau duka atau apa yang ada
diantara keduanya
Tiada lagi kesakitan atau keseronokan dunia yang dapat dirasainya
Ruang dan waktu terhenti disini

Mulai saat ini, dia hanyalah secebis memori
yang mengisi selembar waktu dalam catatan kehidupan mu
Mulai saat ini dia hanyalah sebuah gambaran dalam jaringan ingatan
yang akan semakin luput oleh waktu
Mulai saat ini dia hanyalah sekadar sepotong ayat


Sekalipun engkau tidak mengizinkan kepergiannya
Engkau tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan jadual kehidupannya
yang telah tertulis dengan rapi di Lohul Mahfuz
Bahawa semuanya tidak akan terlambat atau tercepat walaupun sesaat

Sekalipun engkau punya seribu kekesalan
Dia sudah tidak dapat mendengarnya lagi
Sekalipun engkau penuh kerinduan
Ia sudah tidak bermakna baginya
Sekalipun engkau masih ada banyak kasih sayang
Ia telah tersisa
Sekalipun masih ada banyak lagi yang belum dilakukan untuknya
Ia sudah menjadi tidak perlu


Kepergian mungkin satu kesedihan kepada yang tinggal
Namun kepada yang pergi ia mungkin sesuatu yang dinanti
Terbebas sudah sang pengembara dari sangkar yang mengurung jiwa

Sekalipun kepergian ini diratapi
Yang pergi sebenarnya tidak pernah mati!

Salam untuk yang masih meratap.....


Tuesday, October 6, 2009

Mendepani Realiti Kehidupan

Satu hakikat yang pasti dalam kehidupan adalah kita tidak akan mampu memiliki semua yang kita inginkan. Dalam mengejar kehendak-kehendak kehidupan , kita akan dibatasi oleh beberapa faktor yang tidak mengizinkan semua kehendak kita. Sekuat manapun kita mencuba, sehebat manapun kekuatan ihktiar kita, yang menentukan semua dalam kehidupan kita adalah yang ESA. Semua ini di rangkulkan dalam apa yang dinamakan helaian-helaian takdir hidup kita. Semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz.

Namun adakah itu menjadi penyebab untuk kita tidak berusaha? Adakah itu menjadi alasan yang kuat untuk hanya berdiam diri? Adakah semuanya salah takdir? Semuanya kehendak Allah? lalu kita berhenti berIKHTIAR?

Sewaktu belajar ilmu tauhid dahulu aku diperkenalkan oleh orang tua ku tiga bentuk pegangan manusia tentang takdir hidupnya.

1. Iktikad Jabariah yang berpegang kepada segalanya telah tertulis, maka manusia tidak mempunyai apa-apa sumbangan atau kesan kepada takdir hidupnya. Manusia ini umpama bulu ayang yang ditiup angin. Tidak berkuasa ia menentu arah jatuhnya.

2. Iktikad Muktazilah yang berkata sebaik sahaja Tuhan menjadikan manusia ke dunia, Tuhan tidak memainkan apa-apa peranan lagi dalam takdir hidup manusia tersebut. Manusialah yang menentukan melalui pilhannya sendiri arah tuju hidup manusia tersebut. Jika manusia gagal dalam kehendaknya itu adalah kesilapan ikthiar manusia itu sendiri.

3. Iktikad Ahlul Sunnah Waljamaah yang berpegang kepada manusia mempunyai kuasa untuk beriktiar memalui akal dan semua deria yang diberi tuhan. Tetapi TUHAN yang menentukan hasil ikhtiar manusia kerana TUHAN yang maha mengetahui.

Dalam perjalanan aku meniti kehidupan ini, aku bertemu dengan manusia yang memegang cabang-cabang iktikad diatas. Sekalipun mereka tidak mengetahuinya, melalui pegangan dan cara fikir mereka kita akan tahu apa bentuk iktikad mereka.

Ada manusia yang hanya berserah pada nasib semata-mata tanpa mahu melakukan apa-apa tindakan yang boleh menjadi ikhtiar dalam menentukan nasib mereka. Mereka redha dengan apa yang menimpoa mereka tanpa soalan, tanpa pertanyaan.

Ada manusia yang mengambil pendekatan matlamat menghalalkan cara sebab kepada mereka Tuhan tidak menjadikan kehendak mereka sebagai kenyataan jika mereka sendiri tidak memastikan kehendak mereka menjadi!

Ada yang bersederhana diantara keduanya.


Tulisan ini bukan untuk berbahas tentang nilai positif atau negatif tentang pegangan iktikad2 diatas. Ia telah dibahaskan oleh ulamak2 zaman berzaman. Cuma dalam kumpulan manusia yang terlibat dalam keusahawanan, pegangan mereka lebih banyak kepada pegangan muktazilah dan ahlul sunnah. Jarang yang aku jumpa usahawan yang hanya berserah kepada nasib dan takdir.

Kebanyakkan usahawan terkenal dengan sikap suka berikhtiar. Kalau kita bercakap dengan mereka macam-macam idea perniagaan yang kadang-kadang kita tidak terfikir pun boleh dizahirkan oleh mereka. Dari manakah iktiar itu keluar. Dari akal!.

Yang paling menarik adalah hakikat bahawa akal sudah diberi tuhan sewaktu kita lahir lagi. Jadi gunakanlah ia. IA PERCUMA!!!.

Berbalik kepada para pertana entri aku tadi bahawa tidak semua perkara yang kita inginkan akan kita miliki. Ini adalah hakikat bahwa TUHANlah yang menentukan hasil ikhtiar kita. Semua ketentuannya adalah yang terbaik untuk kita.

Satu ketika dalam kerjaya keusahawanan aku, aku ditakdirkan tertipu. Aku berasa seoalah-olah takdir tidak menyebalahi aku dengan semua ikhtiar yang telah aku lakukan. Aku berasa dunia tidak berlaku adil sebab ada pihak mendapat hasil yang sangat lumayan dari perkongsian dan ikhtiar aku.

Tiga tahun berlalu, kini aku mendapat perspektif baru. Tuhan mentakdirkan yang terbaik buat ku. Yang aku sangkakan bala rupanya adalah hikmah yang sangat tidak ternilai. Bukan sahaja aku mendapat kembali apa yang aku hilang, melalui ikhtiar lain, tetapi aku menemui diriku. Aku tahu keupayaan ku. Tuhan memberi aku sahabat yang lebih baik bagi ku. Untuk itu aku amat bersyukur.

Sebab itu blog ini dinamakan ikhtiar hidup. Manusia perlu berikhtiar untuk meneruskan kehidupannya. Tetapi hakikatnya tuhan yang menentukan semuanya. Ketetntuanya pula adalah yang terbaik untuk kita.

Salam...

Thursday, October 1, 2009

Usia dan waktu yang semakin dekat.

Dalam usia mencapai pertengan abad ini, ada beberapa perkara yang pasti akan menjengah kita yang kita tidak pasti bila akn sampainya namun tetap juga ia akan menjengah kita. Penyakit dan kematian!

Dalam kesibukan mengejar dan membina kehidupan ini sesekali ada juga terfikir bila kah masanya? Bagaimanakah ia datang menjengah? apakah sudah bersedia untuk mendepani hakikat tersebut ? dan apa yang bakal terjadi kepada yang ditinggalkan?

Dengan bilangan usia yang semakin meningkat. Banyak yang belum dicapai , banyak lagi yang belum di buat namun masa semakin laju perginya. Sedar -sedar sudah hampir menjangkau 45 tahun usia ini Januari tahun hadapan. Sudah jauh usia meninggalkan diri namun masih terlalu banyak yang perlu dicari.

Dalam kesibukan itu dengan tiada kita sedar penyakit-penyakit sudah mula menghinggapi tubuh badan kita. Tanpa kita sedar dan tanpa kita ambil kesah!. Perlahan-lahan ia akan memamah tubuh dan sistem badan kita dan mungkin (kalau tidak ada sebab lain) akan menjadi penyebab untuk kita menemui Sang Pencipta.

Al kisahnya, sewaktu Ramadhan yang lalu, ketika singgah di Farmasi aku mengambil kesempatan untuk membuat ujian glukos dan kolesterol aku. Hasilnya memeranjatkan ( walaupun sebenarnya secara hakiki aku sedar waktunya akan sampai). Paras gula aku sudah melepasi paras normal dan kini berada didalam Zon Diabetik! Kolestrol agak normal.

Kegemaran aku dengan sebarang kuih muih yang ada gula melaka/gula kabong, terutama sago gula melaka kini harus dikawal bah. Aku sudah perlu mengubah gaya hidup untuk mensesuaikan dengan keadaan tubuh tua aku yang dah tak boleh memproses gula dengan baik.

Pun begitu aku bernasib baik kerana mengesan gejala ini diperingkat awal, kerana aku belum mengalami simptom-simptom diabetik seperti turun berat badan, kencing malam yang kerap atau kehausan yang kronik. Cuma yang aku perasan bila aku lapar badan aku menggigil. Ini mungkin akibat paras gula yang terlalu rendah didalam badan. Rugilah belum sempat aku kaya raya dah badan aku pulak buat hal.heheh.

Ada seorang kawan aku, sebaik jadi jutawan, jantung buat hal. Laa ni hidup dengan pacemaker! nasib-nasib....

Wednesday, September 30, 2009

Dilemma...

10 bulan dahulu aku menjemput seorang rakan lama untuk menyertai aku didalam bidang keusahawanan. Ketika itu menghadapi masalah dengan tempat beliau bekerja sebagai pentadbir di sebuah syarikat konsultan kewangan yang terjejas akibat kejatuhan pasaran saham dan pasaran kewangan antarabangsa.

Niat aku adalah untuk membantu beliau bertapak didalam bidang keusahawanan ini dengan harapan selepas beberapa lama beliau akan mampu mengembangkan sayapnya dan dapat berdikari dengan usahanya sendiri. Sebagai seorang yang dekat dengan industri kewangan aku percaya beliau berkebolehan untuk 'master' dengan pantas sebarang model perniagaan.

Sebagai permulaan aku berjanji untuk membayar gaji asas beliau mungkin untuk selama setahun sementara beliau bejar selok belok perniagaan atau bagi beliau mencari 'forte' beliau dalam bidang keusawahanan ini. Sebagai balasan beliau akan membuat sedikit kerja-kerja aku seperti lawatan tapak, membuat lapuran serta menguruskan projek yang mana aku memerlukan bantuan,

Model yang sama telah aku gunakan dengan rakan kongsi aku sekarang ini. Sewaktu beliau menyertai aku dahulu, aku memberi beliau gaji asas sementara beliau belajar selok belok perniagaan. Setelah 10 bulan beliau, betul-betul meletup dengan keupayaan untuk menjana lebih dari RM 2 juta urus niaga!

Namun dengan rakan ini aku menghadapi kesukaran. Mungkin kerana 'expectation' aku yang tinggi terhadapnya atau mungkin kerana beliau tidak berupaya menguasai bidang ini dengan secepat atau sepantas yang aku harapkan.

Setelah 10 bulan, pada pandangan mata kasar , yang mempunyai 10 tahun pengalaman ini, beliau mungkin tidak akan kemana-mana dalam dang ini jika beliau meneruskan mod yang sama. Dilemma aku adalah bagaimana hendak memberitahu secara jelas kepada beliau. Aku sudah beberapa kali menegur beliau tetapi responnya tidak begitu positif kerana sikap tidak ambil peduli dengan teguran.

Beliau tidak selesa berurusan dengan pelanggan, takut untuk berhadapan dengan masalah, memandang negatif semua perkara yang tidak menyebelahinya. Ini menyebabkan beliau berkelahi dengan sub kontraktor dan kini beliau berkelahi dengan rakan perniagaan aku!.
Hasrat untuk menolong kini menjadi beban pula dipundak aku.

Mungkin tidak baik untuk aku membuat 'judgement' terlalu awal, tetapi ketidak khuatiran beliau terhadap situasi yang mendepani beliau membuat aku gusar. Aku bimbang jika aku melepaskan beliau bersendirian, beliau akan tersungkur dalam alam perniagaan ini. Dalam usia yang menjangkau 40an dan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, ditambah dengan 'attitude problem', adalah sangat sukar untuk mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan kewangan beliau.

10 bulan aku perhatikan beliau langsung tidak membuat jaringan perniagaan, langsung tidak mencari atau mencari bakal-bakal pelanggan. Di pihak aku, mungkin aku boleh menganggap ini adalah satu pelaburan yang gagal, namun bagi isteri dan anak-anaknya ini adalah masa depan mereka....

Friday, September 25, 2009

Kebakaran di AU3 Keramat

BOMBA hanya tiba setelah api hampir padam. Kalau depa tak datang terus pun api tersebut akan dipadamkan oleh penduduk setempat
Pihak TNB sampai 10 minit setelah lapuran dibuat untuk memutuskan bekalan letrik.

Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, aku bertembung dengan sebuah gerai makan yang baru hendak terbakar. Asap keluar berkepul-kepul dari atapnya. Mungkin angkara tidak mematikan suis elektrik yang menyambung tv, peti ais, kipas angin dan sebagainya.

Yang menarik dalam episod ini, Van TNB sampai ketempat kejadian dalam tempoh sepuluh minit dari tempoh laporan dibuat sementara BOMBA hanya tiba setelah kebakaran hampir dipadamkan oleh penduduk setempat.


Mungkin Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlu belajar dari TNB tentang kecekapan menangani kecemasan seperti ini.

Tuesday, September 22, 2009

Sesudah Hari Raya

Hari raya tahun ini, seperti biasa kami semua terperap di Kuala Lumpur. Dah tak ada kampung untuk kami pulang. Sudah tidak ada orang-orang tua yang rapat yang masih tinggal di kampung. Kalau adapun yang veteran, semua dah ada di Kl ikut anak-anak.

Menjelang hari raya ke tiga sudah tidak banyak rumah yang hendak dilawati. Sebab banyak rakan dan taulan ada di kampung. Kena tunggu mereka aturkan rumah terbuka la pulak...Mungkin itulah sebabnya mengapa orang KL beraya selama sebulan!. banyak sangat rumah terbuka selepas hari raya...

Bagi orang seperti aku yang tak biasa cuti lama-lama, cuti panjang sampai seminggu macam ni merimaskan. Nasib baiklah ada sedikit kerja yang boleh aku buat untuk menghabiskan waktu. Ada lapuran dan proposal yang boleh aku siapkan. Jadi balik sahaja dari cuti dah boleh submit.

Cuma masa lapang yang panjang ini memberi ruang dan masa untuk mengenang kembali perjalanan sebagai usahawan kecil serta memikirkan langkah-langkah seterusnya bagi memastikan kelestarian sebagai usahawan. Memandangkan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini bergantung kepada satu punca usaha sahaja mungkin bukan langkah yang baik.

Namun untuk mengambil langkah untuk 'diversify' juga akan memberi risikonya tersendiri jika infratrukturnya tidak mencukupi. Jika kita pakai terjah sahaja silap-silap masuk parit.

Namun satu kegembiraan aku adalah banyak ahli keluarga rapat aku sudah mula terlibat dalam keusahawanan ini sebagai pilihan kerjaya. Adik perempuan aku sudah menceburkan diri dalam bidang perbekalan daging segar dan daging salai secara runcit. Perkembangannya sangat menakjubkan. alhamdullillah.

Salam eid ul fitr untuk semua.

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kepada semua sahabat, kenalan, rakan dan pengunjung blog ini. Saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan mohon maaf diatas semua kesilapan dan kekurangan zahir dan batin.


Monday, September 14, 2009

50 Soalan 9-11 yang perlu dijawab oleh Amerika


Peristiwa Hitam 9-11 sengaja dicipta oleh Amerika sebagai alsan untuk menawan Iraq demi minyaknya. Namun kebenaran akan menghantui Negara ini untuk sepanjang zaman. Amerika akan dikenali sebagai negara yang mencipta perang yang tidak sah. Kepimpinannya wajar dibicarakan seperti mana petualang Nazi kerana kekejamannya ke atas umat Islam.

Fifty questions


1) How come dead or not dead Osama bin Laden has not been formally indicted by the Federal Bureau of Investigation (FBI) as responsible for 9/11? Is it because the US government - as acknowledged by the FBI itself - has not produced a single conclusive piece of evidence?

2) How could all the alleged 19 razor-blade box cutter-equipped Muslim perpetrators have been identified in less than 72 hours - without even a crime scene investigation?

3) How come none of the 19's names appeared on the passenger lists released the same day by both United Airlines and American Airlines?

4) How come eight names on the "original" FBI list happened to be found alive and living in different countries?

5) Why would pious jihadi Mohammed Atta leave a how-to-fly video manual, a uniform and his last will inside his bag knowing he was on a suicide mission?

6) Why did Mohammed Atta study flight simulation at Opa Locka, a hub of no less than six US Navy training bases?

7) How could Mohammed Atta's passport have been magically found buried among the Word Trade Center (WTC)'s debris when not a single flight recorder was found?

8) Who is in the possession of the "disappeared" eight indestructible black boxes on those four flights?

9) Considering multiple international red alerts about a possible terrorist attack inside the US - including former secretary of stateCondoleezza Rice's infamous August 6, 2001, memo - how come four hijacked planes deviating from their computerized flight paths and disappearing from radar are allowed to fly around US airspace for more than an hour and a half - not to mention disabling all the elaborate Pentagon's defense systems in the process?

10) Why the secretary of the US Air Force James Roche did not try to intercept both planes hitting the WTC (only seven minutes away from McGuire Air Force Base in New Jersey) as well as the Pentagon (only 10 minutes away from McGuire)? Roche had no less than 75 minutes to respond to the plane hitting the Pentagon.
11) Why did George W Bush continue to recite "My Pet Goat" in his Florida school and was not instantly absconded by the secret service?

12) How could Bush have seen the first plane crashing on WTC live - as he admitted? Did he have previous knowledge - or is he psychic?

13) Bush said that he and Andrew Card initially thought the first hit on the WTC was an accident with a small plane. How is that possible when the FAA as well as NORAD already knew this was about a hijacked plane?

14) What are the odds of transponders in four different planes be turned off almost simultaneously, in the same geographical area, very close to the nation's seat of power in Washington, and no one scrambles to contact the Pentagon or the media?

15) Could defense secretary Donald Rumsfeld explain why initial media reports said that there were no fighter jets available at Andrews Air Force Base and then change the reports that there were, but not on high alert?

16) Why was the DC Air National Guard in Washington AWOL on 9/11?

17) Why did combat jet fighters of the 305th Air Wing, McGuireAir Force Base in New Jersey not intercept the second hijacked plane hitting the WTC, when they could have done it within seven minutes?

18) Why did none of the combat jet fighters of the 459th Aircraft Squadron at Andrews Air Force Base intercept the plane that hitthe Pentagon, only 16 kilometers away? And since we're at it, why the Pentagon did not release the full video of the hit?

19) A number of very experienced airline pilots - including US ally Egyptian President Hosni Mubarak, a former fighter jet pilot - revealed that, well, only crack pilots could have performed such complex maneuvers on the hijacked jets, while others insisted they could only have been accomplished by remote control. Is it remotely believable that the hijackers were up to the task?

20) How come a substantial number of witnesses did swear seeing and hearing multiple explosions in both towers of the WTC?

21) How come a substantial number of reputed architects and engineers are adamant that the official narrative simply does not explain the largest structural collapse in recorded history (the Twin Towers) as well as the collapse of WTC building 7, which was not even hit by a jet?

22) According to Frank de Martini, WTC's construction manager, "We designed the building to resist the impact of one or more jetliners." The second plane nearly missed tower 1; most of the fuel burned in an explosion outside the tower. Yet this tower collapsed first, long before tower 2 that was "perforated" by the first hit. Jet fuel burned up fast - and by far did not reach the 2000-degree heat necessary to hurt the six tubular steel columns in the center of the tower - designed specifically to keep the towers from collapsing even if hit by a Boeing 707. A Boeing 707 used to carry more fuel than the Boeing 757 and Boeing 767 that actually hit the towers.

23) Why did Mayor Rudolph Giuliani instantly authorized the shipment of WTC rubble to China and India for recycling?

24) Why was metallic debris found no less than 13 kilometers from the crash site of the plane that went down in Pennsylvania? Was the plane in fact shot down - under vice president Dick Cheney's orders?

25) The Pipelineistan question. What did US ambassador Wendy Chamberlain talk about over the phone on October 10, 2001, with the oil minister of Pakistan? Was it to tell him that the 1990s-planned Unocal gas pipeline project, TAP (Turkmenistan/Afghanistan/ Pakistan), abandoned because of Taliban demands on transit fees, was now back in business? (Two months later, an agreement to build the pipeline was signed between the leaders of the three countries).

26) What is former Unocal lobbyist and former Bush pet Afghan Zalmay Khalilzad up to in Afghanistan?

27) How come former Pakistani foreign minister Niaz Niak said in mid-July 2001 that the US had already decided to strike againstOsama bin Laden and the Taliban by October? The topic was discussed secretly at the July Group of Eight summit in Genoa, Italy, according to Pakistani diplomats.

28) How come US ambassador to Yemen Barbara Bodine told FBI agent John O'Neill in July 2001 to stop investigating al-Qaeda's financial operations - with O'Neill instantly moved to a security job at the WTC, where he died on 9/11?

29) Considering the very intimate relationship between the Taliban and Pakistan's Inter-Services Intelligence (ISI), and the ISI and the Central Intelligence Agency (CIA), is Bin Laden alive, dead or still a valuable asset of the ISI, the CIA or both?

30) Was Bin Laden admitted at the American hospital in Dubai in the United Arab Emirates on July 4, 2001, after flying from Quetta, Pakistan, and staying for treatment until July 11?

31) Did the Bin Laden group build the caves of Tora Bora in close cooperation with the CIA during the 1980s' anti-Soviet jihad?

32) How come General Tommy Franks knew for sure that Bin Laden was hiding in Tora Bora in late November 2001?

33) Why did president Bill Clinton abort a hit on Bin Laden in October 1999? Why did then-Pakistani president Pervez Musharraf abort a covert ops in the same date? And why did Musharraf do the same thing again in August 2001?

34) Why did George W Bush dissolve the Bin Laden Task Force nine months before 9/11?

35) How come the (fake) Bin Laden home video - in which he "confesses" to being the perpetrator of 9/11 - released by the US on December 13, 2001, was found only two weeks after it was produced (on November 9); was it really found in Jalalabad (considering Northern Alliance and US troops had not even arrived there at the time); by whom; and how come the Pentagon was forced to release a new translation after the first (botched) one?

36) Why was ISI chief Lieutenant General Mahmud Ahmad abruptly "retired" on October 8, 2001, the day the US started bombing Afghanistan?

37) What was Ahmad up to in Washington exactly on the week of 9/11 (he arrived on September 4)? On the morning of 9/11, Ahmad was having breakfast on Capitol Hill with Bob Graham and Porter Goss, both later part of the 9/11 Commission, which simply refused to investigate two of its members. Ahmad had breakfast with Richard Armitage of the State Department on September 12 and 13 (when Pakistan negotiated its "cooperation" with the "war on terror") and met all the CIA and Pentagon top brass. On September 13, Musharraf announced he would send Ahmad to Afghanistan to demand to the Taliban the extradition of Bin Laden.

38) Who inside the ISI transferred US$100,000 to Mohammed Atta in the summer of 2001 - under orders of Ahmad himself, as Indian intelligence insists? Was it really ISI asset Omar Sheikh, Bin Laden's information technology specialist who later organized the slaying of American journalist Daniel Pearl in Karachi? So was the ISI directly linked to 9/11?

39) Did the FBI investigate the two shady characters who met Mohammed Atta and Marwan al-Shehhi in Harry's Bar at the Helmsley Hotel in New York City on September 8, 2001?

40) What did director of Asian affairs at the State Department Christina Rocca and the Taliban ambassador to Pakistan Abdul Salam Zaeef discuss in their meeting in Islamabad in August 2001?

41) Did Washington know in advance that an "al-Qaeda" connection would kill Afghan nationalist commander Ahmad Shah Massoud, aka "The Lion of the Panjshir", only two days before 9/11? Massoud was fighting the Taliban and al-Qaeda - helped by Russia and Iran. According to the Northern Alliance, Massoud was killed by an ISI-Taliban-al Qaeda axis. If still alive, he would never have allowed the US to rig a loya jirga (grand council) in Afghanistan and install a puppet, former CIA asset Hamid Karzai, as leader of the country.

42) Why did it take no less than four months before the name of Ramzi Binalshibh surfaced in the 9/11 context, considering the Yemeni was a roommate of Mohammed Atta in his apartment cell in Hamburg?

43) Is pathetic shoe-bomber Richard Reid an ISI asset?

44) Did then-Russian president Vladimir Putin and Russian intelligence tell the CIA in 2001 that 25 terrorist pilots had been training for suicide missions?

45) When did the head of German intelligence, August Hanning, tell the CIA that terrorists were "planning to hijack commercial aircraft?"

46) When did Egyptian President Mubarak tell the CIA about an attack on the US with an "airplane stuffed with explosives?"

47) When did Israel's Mossad director Efraim Halevy tell the CIA about a possible attack on the US by "200 terrorists?"

48) Were the Taliban aware of the warning by a Bush administration official as early as February 2001 - "Either you accept our offer of a carpet of gold, or we bury you under a carpet of bombs?"

49) Has Northrop-Grumman used Global Hawk technology - which allows to remotely control unmanned planes - in the war in Afghanistan since October 2001? Did it install Global Hawk in a commercial plane? Is Global Hawk available at all for commercial planes?

50) Would Cheney stand up and volunteer the detailed timeline of what he was really up to during the whole day on 9/11?

Link Penuh (klik sini)

Wednesday, September 9, 2009

Masih ada harapan untuk perpaduan


Semalam ( 08.09.09) aku berbuka puasa dengan beberapa pelanggan aku dari sebuah GLC di Concorde Hotel Shah Alam. Tiada photo boleh disertakan untuk menjaga privasi pelanggan.

Makanan menarik dan sedap. Pilihan banyak dan berkualiti. Cuma ruang yang sempit menyukarkan pergerakkan.

Shah Alam sekarang terkenal diseluruh dunia tau. Maklum dengan kes orang terjun dari tingkat 14 dan kes kepala lembu yang diarak kesana-sini itu.

Namun pada pemerhatian aku pada petang itu adalah ramainya rakan-rakan India dan Cina yang turut sama dengan rakan-rakan Melayu mereka berbuka puasa disana. Melihat kemesraan dan gurau senda mereka, aku terfikir dimana 'ketegangan' yang kelihatan sebelum ini?

Aku percaya tanpa pengaruh politik kita semua dapat bergaul dan berkawan tanpa sikap prejudis dan buruk sangka. Kita mampu membentuk persahabatan untuk membina satu masyarakat yang saling memahami. Benarlah tidak ada satu formula pun yang sempurna, tetapi sekurang-kurangnya formula Malaysia sudah terbukti selama 52 tahun.

Jika kita berhenti sejenak dari mengejar kehidupn kita untuk 'meraikan perbezaan kita', maka aku rasa negara kita mempunyai harapan cuma aku harap ahli politik kita tidak merosakkan semua ini dengan sikap parochial masing-masing.

Salam untuk 1 Malaysia

Tuesday, September 8, 2009

Gambar-gambar aneh dari Marikh

I came across tis video regarding anomalies pictures from mars that actually generate more question than answers. Have a look and make your own conclusion.

Sunday, September 6, 2009

Cobaaannnn....

Salah satu hal yang menjadi masalah menjadi usahawan selepas bersusah payah masuk sebutharga dan tender kemudian bersusah payah pula memenuhi semua kehendak sebutharga dan tender sambil melayan kerenah pegawai-pegawai yang menguruskan semua sebutharga dan tender ini adalah bab memungut hutang.

Ini adalah masalah biasa baik dalam sektor swata dan awam. Kerenahnya sama sahaja malah disektor swasta terutama syarikat yang tidak begitu kukuh keadaannya adalah lebih kronik. Ada syarikat yang tidak mempunyai aliran tunai mencukupi, terpaksalah akauntannya mencipta cerita-cerita magis sedangkan kita tahu hakikatnya.

Disektor awam masalahnya bukan tiada wang tetapi sikap sambil lewa pegawai-pegawai yang mengurus hutang-hutang ini. Sikap tidak prihatin kepada keperluan untuk syarikat-syarikat yang berurusan dengan mereka, menyebabkan banyak yang jeran. Namun itulah hakikatnya dengan usahawan. Selagi wang tidak sampai kembali ke akaun sendiri perjuangannya belum boleh dianggap selesai. Kalau kita bercakap lebih nanti akan dibalas dengan statement berani mati mereka "Kalau tak ada duit tak usah berniaga..".

Kadang-kadang pada orang seperti ini hendak sahaja aku doakan supaya mereka diberhentikan dan terpaksa berniaga untuk menampung hidup dan merasa sendiri betapa sukarnya menguruskan aliran tunai yang terhad.

Dibulan Ramadhan ini, sekalipun kita kena banyak menjaga mulut dan nafsu amarah kita, kadang-kadang panas juga hati bila cek tidak ditanda tangani walaupun dah hampir dua minggu.

Cobaaaannnnn.........






Wednesday, September 2, 2009

Lawak Tentang Makan

Disebuah hujung bandar ada sepasang suami isteri yang sangat miskin. Hidup mereka sangat daif. Sering apabila bangun pagi si suami akan menoleh kepada isterinya seraya berkata 'Entah bila kita dapat makan hari ini'.

Berhampiran pondok buruknya ada sebuah rumah kecil yang sederhana milik seorang yang berpendapatan tetap. Setiap pagi bila hendak keluar bekerja isterinya akan bertanya 'Sayang hari ini hendak makan apa?'

Ditengah bandar pula ada seorang yang hidupnya agak mewah dan berkemampuan. Menjelang tengah hari sering isterinya menelipon bertanya ' Darling, hari ini kita nak makan dimana?'.

Pasangan ini berjiran pula dengan hartawan yang kaya raya. Beliau merupakan saudagar yang mat berjaya. Pagi-pagi sebelum mandi beliau akan merenung wajahnya didalam cermin yang besar dan senyum sendirian. Selalu beliau bertanya pada dirinya ' Hari ini siapa yang aku nak makan?'

Tuesday, September 1, 2009

Bahang Ekonomi Merudum sudah Terasa

Semalam aku berkesempatan untuk meraikan pelanggan syarikat aku berbuka puasa di De Palma Ampang. Memang kami akan meraikan pelanggan kami tiap-tiap tahun. Kebanyakkannya di De Palma Ampang. Makanan boleh tahan sedap, harga antara yang termurah diantara hotel-hotel di Kuala Lumpur. Sambutan di De Palma boleh dikatakan meriah tiap -tiap tahun.

Cuma hari ini aku perasan satu hal. Jika tahun-tahun dahulu, amat sukar untuk mencari tempat letak kereta dan terpaksa berbaris panjang untuk mengambil makanan. Tapi tahun ini suasana agak lengang. Aku sampai jam 6.45 petang. Biasa boleh dikira dah lewat dan terpaksa cari parking jauh sikit. Tapi hari ini parking lengang!

Suasana dalam dewan juga tidak ramai orang dan tak payah berebut-rebut nak ambil makanan macam tahun-tahun terdahulu. Jika ini boleh dijadikan cermin kepada perubahan trend adan petunjuk ekonomi aku rasa tanda-tandanya tidaklah begitu baik untuk kita semua.

Cuma aku bersyukur kerana masih boleh meraikan pelanggan. Maknanya syarikat aku masih ada pelanggan!

Monday, August 31, 2009

Putrajaya Suram Di Malam Merdeka


Malam sebelum kemerdekaan ini, aku berkesempatan berbuka puasa di rumah adik ipar aku di Putrajaya. Lepas tu kami ke Masjid Besi untuk menunaikan isya' dan bertarawikh. Selepas bertarawikh, biras aku membawa aku berjalan-jalan sekitar Putrajaya.

Putrajaya memang cantik dengan bangunan pelbagai rekabentuknya, tetapi dimalam ambang Merdeka ke 52, Putrajaya suram tanpa kerdipan cahaya lampu. Agaknya letih berpuasa kut.

Aku mengandaikan di malam Merdeka ini, bangunan-bangunan di Putrajaya akan di simbah cahaya lampu limpah yang gemerlipan bagi melambangkan keceriaan menyambut kemerdekaan. Namun harapan aku meleset.

Kalau Putrajaya sendiri tidak menyambut kemerdekaan maka apa hendak diharapkan rakyat biasa?

Sunday, August 30, 2009

12 Sign u need to go on diet....immidiately

12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Pictures / 13 Jan 2009 / views: 11788



A small compilation made by Brotha Jones.
It is not aimed to offend any one, but according to the author of this compilation « it’s a natural response to those who need to diet ». I found this post very good and I think it’s only the truth shown with a mixture of humour and funny pictures.

Your legs have tan lines from your stomach blocking the sun
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Inanimate objects know what you’re thinking
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Your neck is wider than your head
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

6 girls should, but only 5 girls fit in the picture
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Your boobs impair your vision on the road
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

You look like the Michelin Man
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

No one can tell if you’re a man or a woman
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Your penis is sandwiched between your nuts and stomach
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

You need help putting on your pants
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

You weigh more than your motorcycle
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Even your unitard has stretch marks
12 signs you need to go on a diet (12 pics)

Your stomach hangs out from under your dress

12 signs you need to go on a diet (12 pics)



Saturday, August 29, 2009

Bersedia untuk keruntuhan ekonomi ke 2 dan perubahan zaman

Salam untuk sahabat semua, saya agak jarang mengemaskini blog saya buat masa ini kerana agak sedikit sibuk menyiapkan tugasan tugasan yang diamanahkan oleh pelanggan.

Dalam pada itu sempat juga menjenguk alam maya terutama untuk mengkaji dan melihat perkembangan ekonomi dunia semasa.

Dari pembacaan saya, saya kira dunia akan menghadapi gelombang keruntuhan ekonomi dan pergolakkan sosial yang serius bermula bulan hadapan ( september) hingga tahun 2014. Bagi yang suka membaca klik sini.

Ramai yang meramalkan Amerika Syarika akan menghadapai kegawatan kewangan (klik sini) pusingan ke dua. Hampir seribu bank-bank Amerika akan gulung tikar dalam tempoh dua tahun dari sekarang. Ini akan menjejaskan hampir semua negara dunia.

Dunia juga dijangka akan mula menghadapi krisis bekalan makanan akibat kemarau dan beberapa maslah lain yang dihadapi oleh pengeluar makanan dunia seperti Cina, Australia, Amerika Selatan dan Amerika Utara.

Krisis yang dijangka berlaku bermula musim luruh ini akan menjejaskan semua bahagian dunia kecuali kepada yang mendiami gua-gua di afghanistan atau di Myanmar. Selebihnya akan kena tempiasnya walaupun sedikit.

Huru hara ini akan menyebabkan perang besar-besaran yang akan melibatkan Iran dan Israel. Perang ini perlu untuk menyelamatkan ekonomi Amerika dan sekutunya.

Ini ditambah pula dengan satu fenomena alam yang akan berlaku pada 21.12.2012 iaitu tahun yang diramalkan oleh tamadun Maya dan Cina dimana dunia akan 'berubah zaman'. ini berlaku setiap 5000 tahun.





Pada tahun 2012 juga bumi akan berada pada garisan yang sama dengan matahari dan pusat galaksi. Satu peristiwa yang berlaku setiap 25800 tahun.

Satu fenomena yang dipanggil 'polar shift' yang mungkin menyebabkan matahari terbit dari barat!. Ini sudah dibuktikan oleh kajian sains. Tahukah anda Alaska pernah berada di garisan khatulistiwa?.

Memandangkan kita berada didalam bulan Ramadhan elok kita berdoa banyak2.



Sunday, August 23, 2009

Ramadhan dan Usahawan

Bulan Ramadhan ini hampir semuanya bergerak perlahan terutama waktu!. Tender-tender dan sebut harga akan berkurangan sehingga habis syawal. Mungkin ramai pegawai kerajaan yang malas hendak organize lawatan tapak dan sebagainya. Bagi GLC pula ada yang tahun kewangan berakhir Ogos. Maka tiada banyak peluang perniagaan dibulan ini. Mungkin tuhan nak orang-orang macam aku slowdown sikit...

Projek yang masih berjalan pun berjalan perlahan. Produktiviti pekerja menjunam, maklumlah berpuasa, bekerja ditengah terik panas pulak.

Tapi ada yang bergerak laju di bula Ramadhan yang mulia ini. Duit!. Banyak perbelanjaan terpaksa ditanggung. Klien-klien dah mula bagi mesej bila nak berbuka sama. Pekerja-pekerja dah mula bagi soalan berlapek bila nak dapat bonus kalau ada...

Bagi orang berniaga ini semua lumrah alam yang terpaksa ditempuhi setiap tahun. Namun amat bersyukur rezeki tahun ini boleh tahan merangsangkan juga. Kesan rangsangan ekonomi dapat juga tempiasnya.

salam..




Tuesday, August 18, 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan akan menjengah kita tidak berapa hari sahaja lagi. Selamat Datang wahai Ramadhan. Sesungguhnya kedatangan mu dialu-alukan. Keberkatan mu dipohon dari yang empunya dunia.

Semuga aku punya cukup kekuatan untuk menghayati kemanisan ramadhan.


Sunday, August 9, 2009

Hasil Kerja Terbaru




Ikhtiar Hidup telah diberi kerja untuk mengubahsuai bangunan 3 tkt untuk dijadikan pejabat sebuah GLC di Subang.

Skop kerja adalah membina sekatan dari gypsum termasuk pintu dan tingkap berbingkai kayu keras, siling gantung Mineral Fiber, Karpet, Open Plan, Pendawaian elektrik, pendawaian data dan suara (data and voice cabling work), building to building wireless bridging, pemasangan 30 unit penyaman udara dan cat.

Tempoh siap 8 minggu.

Dan inilah hasil penat lelah kami setelah 8 minggu bertungkus lumus.


Monday, August 3, 2009

Sebab H1N1 mudah merebak.

Pagi ini aku membawa anak lelaki aku yang nomber 2 ke klinik kerajaan. Beliau demam, hidung berair, selsema dan muntah-muntah. So, bimbang dengan H1N1 aku segera membawa beliau ke klinik.

Kami sampai jam 8.30 pagi, ketika aku ambil no giliran anak aku nonya ialah 123. Seramai 123 orang sedang menunggun untuk berdaftar dengan klinik ini. Itu baru jam 8.30 pagi!. Setengah jam kemudian no giliran mencecah 180 orang! Hampir 60% ( pada pandangan mata kasar aku) selsema dan demam.

Perkara yang menyebabkan aku seriau adalah hampir semua orang disana termasuk jururawat dan attendan kecuali seorang doktor tidak memakai topeng pelindung. Ini termasuklah aku dan anak aku!. Dalam pada itu aku terdengar pembantu perubatan merungut kerana hanya ada 1 doktor sahaja pagi ini. So kalau aku nak tunggu, mungkin sampai petang baru selesai urusan aku dan anak aku.

Untuk mengelakkan risiko jangkitan H1N1 dari orang lain, aku terus membawa anak aku ke klinik swasta. Dari beliau mengunggu berjam-jem diklinik dengan orang semua batuk, berkahak dan demam biarlah aku keluar duit lebih sikit.

Pada pandangan aku, H1N1 mudah merebak dinegara ini adalah kerana kita (kerajaan dan rakyat) tidak mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya. Datang ke klinik dengan membawa anak2 yang sihat dan membiarkan mereka berlari-lari diruang menunggu yang semoit dengan oraang batuk2 dan selsema bukan langkah yang bijak. Dalam keadaa hospital kita kini dibebani dengan ramai orang demam dan batuk sepatutnya kakitangan klinik diberi perlindungan dari risiko jangkitan. Aku tengok mereka yang ada diklinik macam tak risau yang mereka terdedah kepada kuman-kuman dari pesakit.

Tetapi mungkin kebanyakkan lalaki di klinik tersebut tak berapa kisah sebab mereka tak takut H1N1, mereka lebih takut B1N1! hehehe