bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts
Showing posts with label Keusahawanan. Show all posts

Tuesday, July 14, 2009

Keusahawanan adalah satu perlumbaan marathon!

Ada sesuatu yang perlu kita perlu ubah jika kita hendak terjun kedalam bidang keusahawanan. Kita perlu mengubah mod minda kita dari minda makan gaji tetap kepada minda mencipta gaji mengikut kemahuan dan kebolehan kita. Mengapa aku kata begitu adalah kerana aku sering bertembung dengan ramai sahabat yang terjun kedalam bidang keusahawanan ini tetapi masih dengan mod makan gaji tetap.
Ramai yang ingin bergaji atau berpendapatan besar tetapi masih terikat dengan minda makan gaji tetap. Ini membantutkan usaha mereka. Setelah apa yang mereka angan-angankan tidak tercapai mereka berputus asa. Perkara pertama yang mereka buat adalah menyalahkan sistem dimana mereka berada! Tak ada konteklah, tak kenal orang dalam lah dan macam-macam alasan yang mudah untuk diciptakan.
Seorang Professor pernah bertanya dengan aku , apakah jawaban lazim kepada soalan yang ditanya kepada pelumba maratahon yang pertama dan yang terakhir sampai ke garisan penamat? Jawabannya adalah satu kata-kata 'klise' - Saya mencuba yang terbaik!.
Jelas kepada kita 'Mencuba yang terbaik' berbeda mengikut piawaian seseorang individu. Yang tetap dikenang adalah siapa yang sampai dahulu.
Hakikatnya percubaan terbaik kita hendaklah disertai dengan keazaman untuk menenpuh atau mengatasi rintangan keletihan dan kehausan. Pada peringkat pertengahan adalah peringkat yang paling mencabar kerana kita tidak tahu berapa lama lagi hendak habis atau berapa jauh kita telah lepasi. Minda akan berteka teki samaada perlu atau tidak berhenti berlari. Siapa yang tekun dengan usahanya lama-kelamaan akan mengumpul kekuatan untuk menamatkan larian.
Semakin lama kita membuat perkara yang sama semakin kita tahu kemampuan kita dan semakin kita tahu kerenah perjalanan kita. Pengetahuan tersebut boleh digunakan untuk mengatur strategi sesuai dengan keupayaan kita. Sesuai dengan kehendak fisiologi dan mental kita. Bagi yang berlalri terlalu laju diperingkat awal biasanya akan keletihan diperingkat pertengahan. Bagi yang bermula terlalu perlahan juga tidak akan berupaya untuk mengejar jika lawan sudah terlalu jauh.
Seperti yang pernah dimaklumkan kepada aku, 90% usahawan akan gagal di tahun pertama lagi. Separuh dari baki tersebut akan gulung tikar dalam tempoh 5 tahun berikutnya. Bagi yang telah melebihi 5 tahun tersebut biasanya mereka sudah arif dengan sepak terajang industri mereka dan sudah boleh merangka strategi untuk bertahan.
Bagi yang baru setahun jagung sudah meletup, jangan terlalu angkuh atau terlalu suka..anda ada banyak tahun lagi untuk berjuang.
Satu fakta yang menarik yang pernah aku baca dalam buku Napoleon Hill adalah ;
1. Majoriti usahawan berjaya di US adalah yang melebihi 40 tahun malah diawal 5oan.
2. fakta yang paling menarik adalah kebanyakkan usahawan yang berjaya samaada wanita atau lelaki adalah kebanyakkan mempunyai pacuan seks (seksual drive) yang tinggi..hehehehe mengapa ye???

Salam untuk usahawan yang mempunyai pacuan....

Tuesday, June 30, 2009

Keusahawanan satu bidang yang brutal

Sewaktu aku di Sekolah Perniagaan dahulu aku diberitahu bahawa 9/10 dari perniagaan yang dibuka akan bungkus dalam tempoh setahun. Baki yang hidup tu pulak 50% darinya akan tutup dalam tempoh lima tahun.Jika perniagaan tersebut berjaya melepasi angka 10tahun maka ada kemungkinan ianya akan bertahan lebih lama.

Keusahawanan memang sesuatu yang brutal. Bidang ini tiada belas ehsan ..tiada kuota, tiada alasan. Oleh yang demikian untuk berada didalam bidang ini, kita seharusnya mempunyai minda yang lasak, keupayaan yang mencukupi dan kebolehan adaptasi yang luar biasa. Bidang ini tidak memberi kelebihan kepada lulusan Universiti sebaliknya semua perlu bermula dengan keupayaan diri. Kertas ijazah tersebut hanya mengajar kita untuk berfikir sahaja.

Seorang sahabat aku yang berkelulusan MBA pernah membuka perniagaan sendiri tetapi terpaksa tutup kedai dalam beberapa tahun. Tahu apa jawatan beliau kini? PENSYARAH BUSINESS SCHOOL DI UM???? dan menjadi Konsultan kepada Iskandar Malaysia...Ironik bukan?