IKHTIAR HIDUP KITA

bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Saturday, February 7, 2015

Perjalanan ini

Sungguh aku terasa lelah
menjalani perjalanan ini
terasa panjang
terasa lama
terasa sukar

Kadang kadang tertanya tanya
apakah kesudahan semua ini
apakah pengakhiran yang menanti
dihujung pengembaraan ini

Perjalanan ini menakutkan
keseorangan menghadapi kesukaran
terkial kial mencari jawaban


Friday, April 22, 2011

Friday, April 1, 2011

Salam Wahai Sang Pencari

Aku melihat mu dari kejauhan
Tercengang-cengang
Terkial-kial
Menoleh kesana kemari
Seolah-olah ada sesuatu yang hilang

Lalu aku mengahmpiri mu dan bertanya
'Apakah yang hilang wahai saudaraku?'
Engkau tidak memperdulikan aku
'Tuan mencari arahkah?' tanyaku
Engkau masih lagi tidak memperdulikan aku

Ketika aku bergerak menjauh, engkau menyapa ku
'Aku tidak kehilangan apa-apa kerana aku tidak memiliki apa-apa'
'Aku bukan mecari arah kerana kemana pun ku toleh itu adalah arahku'
katanya tersengih-sengih...
'Mampukah orang yang tiada arah memberi arah?' tanyanya

Aku terkedu diperhentian itu...

Tuesday, March 29, 2011

Hilarious School Exam Answer!

Q. Name the four seasons
A. Salt, pepper, mustard and vinegar

The following questions were set in last year’s GCSE examination in England.

These are genuine answers from 16 year olds, not very bright, but entertaining, 16 year olds.



Q. Explain one of the processes by which water can be made safe to drink
A. Flirtation makes water safe to drink because it removes large pollutants like grit, sand, dead sheep and canoeists

Q. How is dew formed
A. The sun shines down on the leaves and makes them perspire

Q. What causes the tides in the oceans
A. The tides are a fight between the earth and the moon. All water tends to flow towards the moon, because there is no water on the moon, and nature abhors a vacuum. I forget where the sun joins the fight.

Q. What guarantees may a mortgage company insist on
A. If you are buying a house they will insist that you are well endowed

Q. In a democratic society, how important are elections
A. Very important. Sex can only happen when a male gets an election
Q. What are steroids
A. Things for keeping carpets still on the stairs

Q. What happens to your body as you age
A. When you get old, so do your bowels and you get intercontinental

Q. What happens to a boy when he reaches puberty
A. He says goodbye to his boyhood and looks forward to his adultery

Q. Name a major disease associated with cigarettes
A. Premature death

Q. What is artificial insemination
A. When the farmer does it to the bull instead of the cow

Q. How can you delay milk turning sour
A. Keep it in the cow

Q. How are the main 20 parts of the body categorised (e.g. The abdomen)
A. The body is consisted into 3 parts – the brainium, the borax and the abdominal
cavity. The brainium contains the brain, the borax contains the heart and lungs and the abdominal cavity contains the five bowels: A, E, I, O and U

Q. What is the fibula?
A. A small lie

Q. What is the most common form of birth control
A. Most people prevent contraception by wearing a condominium

Q. Give the meaning of the term ‘Caesarean section’
A. The caesarean section is a district in Rome

Q. What is a seizure?
A. A Roman Emperor.

Q. What is a terminal illness
A. When you are sick at the airport.

Q. What does the word ‘benign’ mean?
A. Benign is what you will be after you be eight

Q. What is a turbine?
A. Something an Arab or Shreik wears on his head
.
# When you breath, you inspire. When you don’t breath, you expire.
# The pistol of a flower is its only protection against insects.
A fossil is an extinct animal. The older it is, the more extinct it is.
When you smell an odorless gas, it is probably carbon monoxide.
For head colds, use an agonizer to spray the nose until it drops into your throat.
The moon is a planet just like Earth, only deader.
Artificial insemination is what the farmer does to the cow instead of the bull.
Dew is formed on leaves when sun shines down on them and makes them perspire.
To collect fumes of sulfur, hold a deacon over a flame in a test tube.
Equator: A managerie lion running around Earth through Africa.
To remove dust from your eye, pull the eye down over the nose.
Momentum. What you give a person when they are going away.
Nitrogen is not found in Ireland, because it is not found in a free state.
Magnet: Something you can find crawling over a dead cat.
H20 is hot water. CO2 is cold water.
Rhubarb: A kind of celery gone bloodshot.
Vacuum: A large, empty space where the pope lives.
Respiration is composed of inspiration and then expectoration.
For a nosebleed: Put the nose lower than the body until the heart stops.
To prevent contraception use a condominium.
Blood flows down one leg and u

Saturday, March 5, 2011

Catatan Kehidupan

Catatan Kehidupan

Tiada ada apa yang akan ku ucapkan
kerana apapun ku ucapkan tidak akan merubah apa-apa
kerana jika engkau ingin mengambil kerja Tuhan
Silakan

Selepas ini
Tidak akan ada lagi lafaz atau kata-kata
kerana tidak akan ada kata-kata
yang dapat menggambarkan kelukaan dan kepedihan
Selama di bohongi oleh kepura-puraan
manusia-manusia fasik

Tetapi kita semua
akan di adili oleh hakim yang paling adil
dihari yang pasti
dimana
Kepandaian berhujah atau madah-madah indah
tidak akan bermakna apa-apa

Jika kepuasan dunia
memfitnah dan mencaci
memuaskan hati
silakan
tetapi jangan lupa hakikat
Pembohongan sekalipun diucapkan oleh semua manusia
tetap pembohongan
kebenaran
sekalipun tiada siapa yang mengucapkannya
tetap kebenaran
itu kerja TUHAN
menentukannya

Fitnah dan pembohongan
yang disampai dari satu telinga ke satu telinga
akan menghantui mu dipintu kuburmu

Nah puaskan hati mu memfitnah dan mencaci
bergembiralah kerana berupaya merasa seronok
tetapi jangan lupa
hukum karma alam
fitnah dan cacian itu akan kembali kepada mu
Ketika itu tidak ada pintu untuk bersembunyi
berlarilah engkau kesana-kemari
cuba menutup aib diri
sedangkan engkau tidak sedar
Tuhan memberi peringatan
tentang pintu terakhir
yang bakal kau jengahi


Kita semua manusia yang diuji
dengan kepayahan dan juga kesenangan
Kepayahan bukan bala
Kesenangan bukan nikmat
Kebahagiaan sementara
Penderitaan juga sementara
Semuanya hanya satu ujian
Nikmat yang sebenarnya
hanya DIRI yang dikenali


Namun yang EMPUNYA diri
menunjukkan jalan
Bila kegelapan
Jangan menyumpah
Didalam cahaya
Jangan terlalu gembira

Aku bukan memberi nasihat
kerana manusia cacat seperti aku
yang tidak sempurna ilmu dan amalan
tidak layak memberi nasihat
kepada kalian

Aku juga bukan memberi amaran
kerana terlalu lemah bagi ku
untuk berbuat demikian

Aku hanya memberi peringatan
tentang kitab yang diturunkan
Yang kalian baca setiap jumaat

Bahawa DIA yang empunya segala
baik kebaikan atau keburukan

Bahawa
Hanya SAnya DIA yang menjatuh hukuman

demikian peliharalah lidah dan hati mu
dari menjadi racun

Sabtu 5:11pm












Wednesday, March 2, 2011

Bila hidup dihantui hantu - Hantu Kak Limah Balik Kampung

Baru-baru ini ketika hendak memulakan satu projek pembaikan kuarters lama di selatan negara, penulis menghantar sekumpulan pekerja untuk tinggal disalah sebuah kuarters tersebut. Bagi penulis kawasan tersebut biasa sahaja dan tidak terasa ada apa-apa yang janggal.

Walau bagaimanapun beberapa hari selepas itu, penulis membuat lawatan susulan untuk melihat kemajuan kerja penulis dapati jumlah pekerja berkurangan dari jumlah asal lalu bertanya kepada kepala mereka dimana yang lain-lain?. Kepala menjawab sudah lari. Dari soal selidik penulis dapati mereka tidak betah tinggal dikuarters berkenaan kerana kawasan kuarters berkenaan keras!.

Menurut mereka pada malam hari ada bayang-bayang perempuan mengintai atau melintas ditingkap kuarters berkenaan!. Timbul pulak cerita yang kuarters yang mereka diami tersebut pernah ada perempuan menggantung diri . Tambahan masih terdapat seutas tali guni masih terjurai ditengah-tengah bilik tidur utama!

Bila ditanya kembali ada sesiapa nampak rupa sebenar wajah perempuan tersebut? masing-masing berkata tidak nampak sebab bila merasa takut mereka memejamkan mata! aduh...kok barangkali itu perempuan yang benar, bukankah kamu terlepas peluang untuk berkenalan?

Ahh begitulah kehidupan kita, terlalu ramai yang percaya kewujudan hantu tetapi terlalu segelintir yang pernah nampak hantu secara hakiki! sebab utama adalah kebanyakan kita memejamkan mata bila terasa ada hantu disekitar kita!.

Kita percaya sipolan sipolan bela hantu, berhantu tetapi tidak pernah ada sesiapa yang mampu memberi bukti selain hanya syak wasangka semata-mata. Malah yang sanggup memfitnah juga ramai..begitulah kehidupan.

Adakah semua hantu itu merbahaya kepada manusia? Setakat yang aku tau belum pernhah lagi aku dengar manusia mati dicekik hantu. Mungkin ada manusia mati kerana terlalu takut pada hantu tetapi bukan hantu yang membunuh mereka..kan?

Hantu mungkin wujud atas sebab -sebab mereka tersendiri, mungkin kerana dosa-dosa lampau atau kejadian-kejadian atau perbuatan-perbuatan tertentu sewaktu hidup, namun jarang sekali mereka mengganggu hidup manusia lain.

Ini membawa aku kepada filem HKLBK - satu cerita yang aku rasa cukup bijak memeksploitasi naluri ketakutan manusia. Plot yang paling mengesankan aku adalah hantu sebenarnya adalah cik Nin dan Ayu yang merayau-rayau tanpa mengusik manusia lain. BELAWOK-BELAWOK-BELAWOK...Kalau kita ingat hantu..hantu akan datang cari kita..benar sekali bukan? kerana hantu banyak berlegar-legar dalam sangkaan kita. Sememangnya hidup manusia penuh sangkaan-sangkaan

Kadang-kadang aku rasa elok hidup dengan perempuan hantu (terutama perempuan hantu macam cik Nin) dari hidup dengan perempuan-perempuan yang hati macam hantu.

Tapi aku belum berniat nak tidur kat kuarters tu..sebab takut perempuan yang melintas tu perempuan gila sebenarnya..nanti kena malaria tapioca siapa susah? hehehe




Sunday, February 27, 2011

Penipu Kompulsif...

Ada sesuatu yang sukar mendepani kehidupan apabila kita dikelilingi oleh penipu-penipu yang kompulsif. Manusia yang dengan sengaja memakai topeng kejujuran tetapi dengan sedar menggunakan setiap kesempatan untuk menipu, memperdaya dan memfitnah. Manusia yang menghiasi kata-katanya penuh dengan madah-madah yang indah dan berbunga agama tetapi lidahnya penuh racun.

Manusia-manusia ini akan berbohong, mencipta cerita, membuat fitnah tanpa rasa sedikitpun bersalah. Manusia-manusia ini berbohong untuk mencapai hajat walaupun pembohongannya akan memusnahkan kehidupan orang lain. Manusia ini umpama lintah yang melekat ke batang tubuh kita dan sukar sekali untuk dibuang. Hanya setelah ia mendapatkan apa yang dihajatkan, mereka akan meninggalakan kita berdarah dan cedera. Hakikatnya manusia-manusia ini tidak tenang jawanya dan malangnya percaya kepada pembohongan diri sendiri.

Kadang-kadang kehidupan ini menjadi sukar terutamanya apabila kita dikelilingi oleh kumpulan manusia penipu kompuldif ini. Agama mengajar kit bersangka baik. Bahawa kita tidaklah boleh mengesyaki yang kawan-kawanatau orang disekeliling kita mempunyai niat yang tidak baik dengan kita. Kerana pegangan itu, kita tidak membuat persediaan rapi untuk mengelakkan kita ditimpa masalah dan akibatnya? kita ditipu!.

Jika ia terjadi sekali atau dua kali mungkin kita boleh katakan nasib tidak baik kerana terjumpa dengan makhluk seperti ini. Jika ia dilakukan oleh seorang dua kita masih boleh terima tetapi jika ia dilakukan oleh ramai manusia yang berurusan dengan kita maka bencanalah kita. Bagaimana pula jika sekejap-sekejap kita jumpa manusia spesis ini?

Pembohong kompulsif sudah diakui sebagai satu bentuk penyakit jiwa. Jika ianya adalah penyakit jiwa bagaimana kita hendak mengatasinya tanpa bantuan doktor?.Masalah besarnya semua pembohong kompulsi ini tidak sedar mereka mengalami sakit jiwa?

Kadang-kadang aku kagum dengan kesungguhan penipu-penipu ini mempertahankan diri. Mereka dengan selamba bersumpah berkata benar sedangkan semua bukti menunjukkan sebaliknya. Sebagai contoh tidak ada sesiapa di tapak projek nampak penyelia mereka pada hari tertentu, apabila disergah mengapa tidak hadir kerja bermatian-matian beliau mempertahankan yang beliau hadir pada hari yang dikatakan . Tidak ada getaran rasa bersalah dalam suaranya...

Apabila terperangkap pandai pula menggunakan nama TUHAN, mempersoalkan sama ada yang menghukumnya sempurna dimata TUHAN?.

Begitu juga dengan manusia yang dikenali sebagai pemfitnah -yang pernah cuba merobohkan rumahtangga orang dengan menghantar penyamar sebagai girlfriend gelap suami perempuan yang tidak disukainya namun di facebooknya dihiasi dengan sulaman-sulaman tentang amal, keihklhasan dan kebenaran..waduhhh. Kronik sekali jika masalah ini dihadapai oleh orang-orang sekeliling kita. Haruskah kita menegurnya sedangkan pasti sekali mereka tidak akan mengaku?

Tuhan ku, aku berlindung dengan mu daripada manusia-manusia yang jiwanya tidak tenteram ini...

Salam untuk mangsa penipu kompulsif..

Nota tambahan tentang penipu kompulsif:

Compulsive Lying Symptoms
It is not easy to spot compulsive liar symptoms, as the lies are many times too subtle to catch ones eye or these compulsive liars are very skillful in presenting their lies. Compulsive liar symptoms become apparent mostly to the near and dear ones of the compulsive liar. Things begin to open up when close ones can easily spot the lies from the truth. The compulsive liar symptoms are as follows:
  • Attention Seekers: There are certain people who need to be the center of attraction where ever they go. In order to maintain their high popularity rate, they begin to build up attention seeking white lies. These lies soon become a part of their personalities and they never find it necessary to shrug off the harmless lies.
  • Create Stories: Creating stories of valor and great deeds about oneself all the time, is a compulsive liar symptom. They make up such great stories about themselves, that they loose their charm once the cat is out of the bag. For example, someone claims to have fought a bloody fight with a goon at the local bar, when actually he is known to get scared or has even fainted at the sight of blood.
  • Covering Up: When a compulsive liar gets caught in his lies, he will cook up another story of how he is falsely accused or will deny it totally with another story to back up his claim of innocence.
  • Same Story, Different Characters: Plagiarism becomes another part of obsessive compulsive liar symptoms. One may not realize mentioning the same lie to the same person, more than once. Each time he says the same lie, the basic concept remains the same, only the characters, place, date of occurrence, etc. may change.
  • Poor Self Esteem: The hallmark of compulsive liar disorder symptom is low self esteem. An inferiority complex forces the person to make up stories, that makes him/her feel worthy and appreciated.
  • Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD): This is mostly apparent in compulsive lying disorder in children. Even adults suffering from ADHD with impulsive behavior, exhibit compulsive lying symptoms.
  • Bipolar Disorder: People suffering from a bipolar disorder are always suffering from mood swings, that range from depression to a manic behavior. During this period, their impulsive behavior is switched on, that forces them to lie through their nose.
  • Other Addictions: Drug addicts, alcoholics, gamblers, etc. who are into similar activities that causes them to fall into trouble more than often, may exhibit compulsive liar disorder. They may keep lying to help themselves out of sticky situations, get out of financial mess, hide the truth about themselves, from their family and friends.
  • Reality Denial: People who are unable to face the truth or unable to admit truth are true compulsive liars. They may turn on a elaborate emotional display that takes the attention away from their lies. Know more on signs of compulsive lying. (Klik sini)