bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Friday, April 22, 2011

Friday, April 1, 2011

Salam Wahai Sang Pencari

Aku melihat mu dari kejauhan
Tercengang-cengang
Terkial-kial
Menoleh kesana kemari
Seolah-olah ada sesuatu yang hilang

Lalu aku mengahmpiri mu dan bertanya
'Apakah yang hilang wahai saudaraku?'
Engkau tidak memperdulikan aku
'Tuan mencari arahkah?' tanyaku
Engkau masih lagi tidak memperdulikan aku

Ketika aku bergerak menjauh, engkau menyapa ku
'Aku tidak kehilangan apa-apa kerana aku tidak memiliki apa-apa'
'Aku bukan mecari arah kerana kemana pun ku toleh itu adalah arahku'
katanya tersengih-sengih...
'Mampukah orang yang tiada arah memberi arah?' tanyanya

Aku terkedu diperhentian itu...