Pesan Afdlin Shauki dan Din Belamboi..
bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Hutang oh hutang

Jika kita membaca akhbar hari ini jelas di muka hadapan kisah peminjam wang yang dikurung dan diseksa oleh kumpulan Ah Long-Ah Long yang kejam kerana gagal membayar wang yang pinjamankan kepada mereka. Kadang-kadang kita ingin bertanya siapa yang lebih kejam..kumpulan Ah Long2 ini atau kumpulan yang gagal atau dengan sengaja tidak mahu membayar hutang.
Namun itulah hakikatnya tentang hutang. Sistem hutang dan memberi hutang ini sebenarnya memberi banyak faedah kepada perkembangan ekonomi. Namun hutang yang tidak diuruskan dengan bijak akan membawa bala kepada kehidupan.
Usahawan tentu sekali tidak lari dari sistem 'kredit' iaitu satu bentuk sistem hutang. Sistem kredit banyak memberi bantuan kepada perkembangan dan kebolehupayaan ushawan untuk berkembang dan menyiapkan projek-projek mereka. Kalau sistem ini tidak wujud maka ekonomi tidak dapat berkembang dengan baik.
Perlu kita ingat juga bahawa sistem kredit ini bukan sahaja boleh merosakkan sebuah kehidupan malah boleh merobohkan sebuah tamadun. Tamadun Rom, Empayar British, Empayar USSR dan kini Empayar Amerika semuanya roboh akibat sistem kredit yang tidak dikawal.
Monday, May 25, 2009
Tamak
Masalah dan dilema yang selalu mendepani usahawan adalah sikap tamak haloba. Baik sikap tamak dirinya sendiri atau sikap tamak orang-orang disekelilingnya. Selalu aku diingatkan bahawa sikap sebenar manusia akan terserlah apabila dia mempunyai wang atau kuasa. Bak kata Azizi Ali, wang mempunyai kuasa untuk 'amplify' sisi seorang manusia. Jika dia tamak wang akan menjadikanya lebih tamak. Jika dia penipu wang akan menjadikan penipu yang lebih besar. Begitulah sebaliknya.
Berbeza dengan spesis lintah yang aku hikayatkan terdahulu, mahkluk sitamak ini lebih 'prevalent' tetapi mereka bukan perosak. Mereka hanya mementingkan diri sendiri dan keuntungan jangka pendek berbanding menjalinkan satu hubungan panjang yang memerlukan sikap bertolak ansur dan berlebih kurang. Mungkin dalam menjalinkan persahabatan kita lah yang perlu lebih bertolak dan beransur atau yang berada dipihak 'kurang' didalam lebih kurang tadi.
Perlukah sikap tamak dibalas dengan sikap tamak juga? Perlukah sikap tamak haloba di nuetralkan dengan tipu helah atau kita berlalu dengan menunjukkan jari tengah? Kadang-kadang sitamak ini akan membuli kita tanpa sedikitpun rasa bersalah. Kadang -kadang sitamak ini datang dengan berbagai syarat yang berat sebelah, tetapi selagi ia dapat memaksimumkan keuntungan, ia akan dianggap adil sehinggalah apabila ia berasa rugi maka ia mula mengubah syarat-syarat yang dipersetujui dengan berbagai -bagai alasan.
Tetapi yang paling tragis adalah sikap tamak ini boleh mengorbankan persahabatan. Sebanyak manapun keuntungan ia tetap tidak akan sama dengan sebuah persabatan yang jujur. Tetapi apabila kita meletakkan harga kepada suatu persahabatan, maka kita telah terperosok didalam sikap tamak haloba kita...
Sejahtera kepada mu sahabat ku...
Saturday, May 23, 2009
Keluhan sang pengembara
Kalau ada belas Tuanku
Izinkan hamba memasuki pintu istana mu
Telah lelah hamba bertandang
Tiada jua pintu yang hamba terpandang
Berjejeran air mata hamba tumpah
Segenap sudut hamba mencari arah
Semua daya telah hamba kerah
Semua ikhtiar telah hamba perah
Telah hampir hamba pasrah
Telah hamba selak segala buku hikmat
Telah dikhabar kepada hamba akan alamat
Telah diberi tanda dan isyarat
Akan kewujudan istana hikmat
Tempat tuju segala berkat
Tempat segala yang keramat
Tempat akhir segala penamat
Saban hari hamba mencuba
Mencari semua daya upaya
Agar dapat mencari pintu yang maya
Agar dapat hamba bertemu Raja segala raya
Untuk mengadu nasib ku seorang hamba sahaya
Yang tidak punya upaya
hanya berharap kepada ihsannya
Tuan punya istana
Izinkan hamba memasuki pintu istana mu
Telah lelah hamba bertandang
Tiada jua pintu yang hamba terpandang
Berjejeran air mata hamba tumpah
Segenap sudut hamba mencari arah
Semua daya telah hamba kerah
Semua ikhtiar telah hamba perah
Telah hampir hamba pasrah
Telah hamba selak segala buku hikmat
Telah dikhabar kepada hamba akan alamat
Telah diberi tanda dan isyarat
Akan kewujudan istana hikmat
Tempat tuju segala berkat
Tempat segala yang keramat
Tempat akhir segala penamat
Saban hari hamba mencuba
Mencari semua daya upaya
Agar dapat mencari pintu yang maya
Agar dapat hamba bertemu Raja segala raya
Untuk mengadu nasib ku seorang hamba sahaya
Yang tidak punya upaya
hanya berharap kepada ihsannya
Tuan punya istana
Friday, May 22, 2009
Hikayat Pacat dan Lintah

Jika kita bersawah bendang, bertanam, berladang , meneroka hutan dan rimba maka pacat dan lintah adalah teman sejati. Haiwan kecil yang bewarna kehitaman dengan garisan-garisan merah atau coklat dibadanya ini mendatangkan perasaan geli yang teramat pada setengah orang. Pacat dan Lintah terkenal kerana tabiat suka menghisap darah haiwan lain. Darah bukan makanan mereka tetapi apabila membiak mereka perlukan darah. Maksudnya mereka perlukan darah untuk beranak pinak.
Pacat dan lintah secara alaminya bukan perosak atau pembawa penyakit, malah secara semulajadi mereka boleh menjadi penawar kepada penyakit tertentu. Jika dijadikan minyak..ah lagi BESAR punya khasiat.
Tetapi dalam arus kemodenan ini ada beberapa proses evolusi telah berlaku. Dalam hutan rimba kota ini telah membiak satu spesis yang belum dinamakan secara saintifik tetapi boleh dikenal pasti dan beberapa nama. Tabiatnya banyak persamaan dengan lintah dan pacat. Mereka perlukan mangsa untuk dihisap darahnya. Mereka hidup segar karana ditengah kota banyak hos untuk dihisap darahnya.
Spesis pseudo lintah ini ada kelebihan lain, kebolehan untuk melakukan penyamaran yang hampir sempurna. Mereka berkeupayaan menyamar dengan berbagai-bagai ragam dan rencam. Kepada orang-orang yang kurang berpengalaman dalam hal mengenal spesis pseudo lintah ini agak sukar untuk membuat pengecaman.
Tetapi kita boleh tahu dikawasan mana spesis pseudo lintah ini berada, biasanya mereka akan berkerumun di tempat-tempat yang banyak mangsa. Malah kalau kita tidak bernasib baik mereka menghuni tempat-tempat yang memang kita perlu jengah untuk mencari rezeki. Jika di Savanna sana lintah dan pacat akan berkerumun di lubang air kerana disana ada banyak haiwan menjengah untuk minum dan menyejukkan badan.
Kepada yang sudah selalu terkena dengan spesis pseudo lintah ini, ada yang hampir mati dan ada yang berantakan hidup mereka dan ada yang hanya kena sekedar tempias angin lalu sahaja. Tahap kecederaan akibat penangan pseudo lintah ini berbagai-bagai tetapi yang hampir pasti ada bahagian dalam tubuh yang pasti sakit akibat sengatan pseudo lintah ini...HATI.
Aku dahulu pernah kena sengat dengan pseudo lintah ini. Sengatannya begitu mendalam dan meninggalkan parut dalam hati aku. Semalam aku bertembung dengan spesis ini. Yang aku amat terkejut adalah aku tidak menjangka dia dari spesis ini. Bayangkan 10 tahun pengalam aku menghuni rimba ini aku boleh terlepas pandang spesis pseudo lintah yang ini.....
Thursday, May 21, 2009
Liku-liku Kehidupan

Beberapa hari yang lalu aku menerima panggilan telefon dari seorang sahabat lama yang membesar dengan aku di Datuk Keramat. Lama sungguh aku tidak berbual dengannya. Banyak juga perkara yang aku bincangkan dengannya.
Sahabat aku ini seorang kontraktor kecil yang pernah aku bantu pada tahun 2003. Sebelum itu beliau bekerja dengan syarikat MNC selama hampir 25 tahun sebagai penghantar surat sebelum diangkat menjadi kerani. Apabila syarikat MNC tersebut melaksanakan VSS beliau terlibat. Beliau menerima hampir 60 ribu wang pampasan. Walaupun menerima wang yang agak banyak, beliau tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan bagi menyara hidupnya, memandangkan beliau menerima wang pampasan maka banyaklah lalat-lalat datang menghurung dengan berbagai-bagai proposal perniagaan.
Sahabat aku ini seorang kontraktor kecil yang pernah aku bantu pada tahun 2003. Sebelum itu beliau bekerja dengan syarikat MNC selama hampir 25 tahun sebagai penghantar surat sebelum diangkat menjadi kerani. Apabila syarikat MNC tersebut melaksanakan VSS beliau terlibat. Beliau menerima hampir 60 ribu wang pampasan. Walaupun menerima wang yang agak banyak, beliau tidak tahu apa yang hendak beliau lakukan bagi menyara hidupnya, memandangkan beliau menerima wang pampasan maka banyaklah lalat-lalat datang menghurung dengan berbagai-bagai proposal perniagaan.
Sahabat aku ini akhirnya menghubungi aku dan kami akhirnya bertemu disebuah warung kopi. Disitu aku menasihatkannya untuk membuka perniagaan menjadi kontraktor kecil dengan mengambil kesempatan kepada keadaan ekonomi yang baik ketika itu. Aku akhirnya membantu beliau mendapatkan lesen kelas F serta membantu mencarikan kerja-kerja kecil-kecilan melalui kontak-kontak yang aku ada. Kalau tak silap aku kami berjaya membuat keuntungan hampir 20 ribu seorang bagi tahun tersebut dari kontrak kecil-kecilan ini.
Sejak itu aku dengar beliau hanya meng'sub'kan kerja-kerja kepada pihak ketiga dan hanya mengambil 'percent' sahaja. Kerja secara begitu memang mudah tetapi secara jangka masa panjang ia amat merugikan. Kerana sikap tersebut akan membuat kita hilang daya saing kerana kita tidak mempunyai kemahiran yang perlu untuk 'survive' dalam dunia keusahawanan yang 'kejam' ini.
Namun begitu kami masih berkawan walaupun dari sudut perniagaan kami sudah tiada hubungan. Kemudian aku dengan sahabat aku ini terputus hubungan untuk 2-3 tahun . Aku hanya mendengar cerita dan berita dari rakan -rakan yang sesama mengenali ,sehinggalah panggilan telefonya beberapa hari yang lalu.
Kami bertemu disebuah cafe ditengah ibu kota. Riak wajahnya tidak ceria dan kelihatan resah dan gundah. Setelah bertukar-tukar khabar dan memesan makanan masing-masing, cerita kami beralih ke tajuk yang lebih serius. Teman aku ini sebenarnya sudah dua tahun tiada kerja. Tidak melakukan sebarang kerja!. Rumahnya di Kuala Lumpur sudah dijual, isterinya dihantar balik kekampung di pantai timur dan hasil jualan rumah juga sudah hampir habis digunakan. Kini rumahtangganya sudah berantakan kerana isteri sudah memberontak akibat beliau tiada sebarang pekerjaan tetap. Isteri terpaksa menanggung empat anak dengan kerja sebagai jururawat. Beliau sudah buntu. Soalan beliau kepada aku 'what am I supposed to do?'. Soalan yang pada aku paling sukar hendak dijawab kerana aku memang tiada jawabannya!
Sunday, May 17, 2009
Selamat Hari Guru
Untuk Semua Guru Di Dunia Dimana pun engkau berada.
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJ
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desaS
emakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJ
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desaS
emakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,
guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG1979
Subscribe to:
Posts (Atom)