bicara tentang kehidupan dari ruang lingkup seorang hamba yang serba kekurangan

Tuesday, November 24, 2009

Tarikh Lahir Boleh menentukan hala tuju hidup kita?

Saya berpeluang menyertai satu kursus perniagaan yang dianjurkan secara percuma oleh sebuah agensi kerajaan. Saya ingatkan kursus tersebut hanya selama seminggu sahaja, tetapi setelah menyertainya baru diberitahu ia mengandungi lapan modul yang setiap modul adalah selama seminggu!. Sementelah dah masuk tu saya rasa elok juga peluang ini diambil, mudah mudahan dapat juga pendedahan baru.

Minggu pertama ini kami berada didalam modul motivasi!. Salah satu subjek didalam modul motivasi ini adalah subjek mengenal diri melalui tarikh lahir. Ia adalah kajian tarikh lahir melalui aspek metafizik. Kaedahnya nampak seperti agak saintifik tetapi akhirnya ia tidak lebih dari ilmu numerologi yang biasa kita dapati dari penelek-penelek nasib.

Pun begitu ia menimbulkan pertanyaan dalam benak saya , adakah ilmu sebegini penting dalam menjalankan perniagaan?. Saya sentiasa percaya segalanya terletak kepada kudrat dan IradatNYA. Dia yang maha pemberi dan dia yang maha pengambil. Yang penting didalam hidup kita adalah ikhtiar dan selebihnya adalah hak DIA untuk menentukan. Hal ini jelas, pergantungan hidup dan mati kita hanyalah kepada NYA.

Namun setelah kembali dari kursus, saya pun membuat sedikit penyelidikan di internet. Rupa-rupanya berlambak juga para usahawan menjual ilmu ini sebagai alat cari makan. Malah saya juga difahamkan bahawa Dr Fadilah Kamsah juga mempelopori ilmu ini !. Kini giat dijalankan oleh seorang yang bergelar Dr.... menjual ilmu ini dengan janji kononnya boleh melahirkan jutawan hanya dengan ilmu ini. Malah beliau kerap keluar bersiaran di TV kerana kepakaran beliau meramal nasib ini. Rupa-rupanya satu-satunya jutawan yang dilahirkan dari ilmi ini adalah beliau sendiri.

Hmmm...adakah saya berada didalam bidang keusahawanan yang salah?....

Salam untuk penelek-penelek...